Isnin, 20 Disember 2010

Syiah Adalah Saudara Islam Kita

Dua tiga hari ini, selain daripada isu penarikan balik buku teks sastera Bahasa Melayu SPM (ya, gua adalah sealiran dengan mereka yang menyetujui ia adalah Bahasa Melayu, bukannya Bahasa Malaysia). Yang tidak kurang hebohnya juga adalah berkaitan serbuan JAIS ke markas pengikut-pengikut Syiah.

Sebelum apa-apa, baik gua jelaskan bahawa gua adalah seorang Muslim, bermazhab fiqh Syafie. Dan sejujurnya, gua sangat bersimpati dengan saudara-saudara Islam gua yang diserbu tersebut.

Kadang-kadang gua berasakan, pada satu tahap, kita sangat asyik berpolitik. Bercakap di sini "boleh", bercakap di sana "tidak boleh". Bercakap di hadapan ramai "satu Malaysia", bercakap di kelompok dia fasal "ketuanan". Sampai satu tahap gua rasa kita sudah biasa berperangai munafik.

Tanpa rasa bersalah kita katakan Syiah adalah sesat di Malaysia. Tapi kita mengiktiraf penganut Syiah di Iran. Secara tak langsung kita katakan yang Syiah di Iran tidak sesat. Ini yang buat gua hangin satu badan.

"Panggggggg!"

Satu kaki kerusi dah patah gua karate!

Sesat di Malaysia, tak sesat di Iran. Hati gua rasa membuak-buak, berdebar-debar rasa nak bertanya soalan cepumas pada mana-mana askar bersara, masa amalan kita dihisab nanti, adakah kita akan bertelanjang bulat dan memegang panji "dari Malaysia", atau "dari Iran" supaya nanti amalan kita dihisab ikut regional. Syiah dari Malaysia masuk neraka dan Syiah dari Iran masuk syurga? Di Terengganu ada royalti di Kelate takdok royalti?

"Pangggg!"

Satu lagi kaki kerusi patah.

Gua dengan ini menyeru supaya kita semua membuka minda kita, dan mengukuhkan persaudaraan Islam kita. Gua juga ingin menyatakan bahawa gua adalah seorang Muslim, bermazhab fiqh Syafie. Dan muslim bermazhab Syiah, Ibadhi, Sunni, Sufi & Salafi adalah saudara Islam gua.

Dan gua, buat sekian kalinya, walaupun kerap kali tidak menyetujui, kali ini menyetujui bahwa Talibanisasi akan mencetuskan keganasan. Dan kalau lu sakit hati sangat dengan gua, dan ingin sekali membantah dan tetap juga berkeras bahawa Syiah adalah sesat, tak mengapa. Tapi berikan sahaja hak-hak mereka sebagai bukan Islam.

Fuuhh! Ini baru satu cerita.

Dalam akhbar hari ini adalah pulak persatuan yang tak nak terima guru yang "non-mandarin" dihantar ke sekolah mereka untuk mengajar Bahasa Melayu. Come on la pek, dah la di merata iklan kerja nak cari yang boleh cakap Mandarin, takkan cikgu nak mengajar Bahasa Melayu pun nak kena yang boleh cakap Mandarin? Ini yang gua rasa nak cadangkan supaya Malaysia tukar nama jadi Mandarin-Tamil-Malaysia ni.

"Panngggg!!"

Banyak cakap nanti gua pulak yang kena pelempang!

Khamis, 2 Disember 2010

Saman Dapat Diskaun 50 Persen

Sekarang bila dapat saman kena jelaskan dalam masa 15 hari untuk dapat diskaun 50 persen. Sapa-sapa yang tak bayar selepas 30 hari akan disenarai hitam.

Gua jamin lepas ni semua pemandu di Malaysia akan disenarai hitam. Sebab?

Mana ada saman ekor dapat dalam masa kurang sebulan? Saman depan-depan jerlah..

Itu pun kalau saman tu dipos. Kalau tak dipos dan diperam nak harap rakyat Malaysia check saman online tiap-tiap hari lagilah menyakitkan hati.

Kahkahkah! Saman ekor gua tahun 2007 pun sampai sekarang gua tak terima lagi apakes? Tu pun nasib gua celik IT tergerak hati nak check online?

Kalau gua jenis asyik dok tengok awek comolot depan KLCC pastu upload youtube jer macam mana?

Kahkahkah! Inilah orang selalu kata available but not accessible. Boleh bagi diskaun, tapi tak ada siapa yang akan bayar saman ekor dalam masa kurang sebulan!

Gua pilih KLCC la macam ni!

Posted with WordPress for BlackBerry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...