Dua tiga hari ini, selain daripada isu penarikan balik buku teks sastera Bahasa Melayu SPM (ya, gua adalah sealiran dengan mereka yang menyetujui ia adalah Bahasa Melayu, bukannya Bahasa Malaysia). Yang tidak kurang hebohnya juga adalah berkaitan serbuan JAIS ke markas pengikut-pengikut Syiah.
Sebelum apa-apa, baik gua jelaskan bahawa gua adalah seorang Muslim, bermazhab fiqh Syafie. Dan sejujurnya, gua sangat bersimpati dengan saudara-saudara Islam gua yang diserbu tersebut.
Kadang-kadang gua berasakan, pada satu tahap, kita sangat asyik berpolitik. Bercakap di sini "boleh", bercakap di sana "tidak boleh". Bercakap di hadapan ramai "satu Malaysia", bercakap di kelompok dia fasal "ketuanan". Sampai satu tahap gua rasa kita sudah biasa berperangai munafik.
Tanpa rasa bersalah kita katakan Syiah adalah sesat di Malaysia. Tapi kita mengiktiraf penganut Syiah di Iran. Secara tak langsung kita katakan yang Syiah di Iran tidak sesat. Ini yang buat gua hangin satu badan.
"Panggggggg!"
Satu kaki kerusi dah patah gua karate!
Sesat di Malaysia, tak sesat di Iran. Hati gua rasa membuak-buak, berdebar-debar rasa nak bertanya soalan cepumas pada mana-mana askar bersara, masa amalan kita dihisab nanti, adakah kita akan bertelanjang bulat dan memegang panji "dari Malaysia", atau "dari Iran" supaya nanti amalan kita dihisab ikut regional. Syiah dari Malaysia masuk neraka dan Syiah dari Iran masuk syurga? Di Terengganu ada royalti di Kelate takdok royalti?
"Pangggg!"
Satu lagi kaki kerusi patah.
Gua dengan ini menyeru supaya kita semua membuka minda kita, dan mengukuhkan persaudaraan Islam kita. Gua juga ingin menyatakan bahawa gua adalah seorang Muslim, bermazhab fiqh Syafie. Dan muslim bermazhab Syiah, Ibadhi, Sunni, Sufi & Salafi adalah saudara Islam gua.
Dan gua, buat sekian kalinya, walaupun kerap kali tidak menyetujui, kali ini menyetujui bahwa Talibanisasi akan mencetuskan keganasan. Dan kalau lu sakit hati sangat dengan gua, dan ingin sekali membantah dan tetap juga berkeras bahawa Syiah adalah sesat, tak mengapa. Tapi berikan sahaja hak-hak mereka sebagai bukan Islam.
Fuuhh! Ini baru satu cerita.
Dalam akhbar hari ini adalah pulak persatuan yang tak nak terima guru yang "non-mandarin" dihantar ke sekolah mereka untuk mengajar Bahasa Melayu. Come on la pek, dah la di merata iklan kerja nak cari yang boleh cakap Mandarin, takkan cikgu nak mengajar Bahasa Melayu pun nak kena yang boleh cakap Mandarin? Ini yang gua rasa nak cadangkan supaya Malaysia tukar nama jadi Mandarin-Tamil-Malaysia ni.
"Panngggg!!"
Banyak cakap nanti gua pulak yang kena pelempang!
kau ni kelakarlah rosli. patut jadi columnist. aku beli akhbar kau hari-hari :)
BalasPadamaku tanak cerita pasal isu penarikan buku teks tuh. muahahaha. dan eventho aku pun takdelah reti sangat pun pasal isu-isu semasa kat negara ni atas dasar "if you don't read the newspaper, you are uninformed; but if you do, you are misinformed" (haha!) tapi bagi aku, tentang islam tuh, there isn't a thing like you are a muslim from iran or syiah or whatsoever.
i am just a muslim. no matter what your understanding is - whether you are a maliki, hambali, syafie etc.
ye, aku juga rasa kita semua ni dah macam hipokrit.
oklah, aku nak baca doa pagi :)
@marmalade, kalau aku jd columnist, setakat tulis setahun sekali buat apa? hahaha..
BalasPadamAssalamualaikum ...
BalasPadamSaya berminat untuk terlibat secara langsung dengan syiah .. dimana dan dgn siapa saya harus berhubung???
happy new year bro!
BalasPadam