Selasa, 12 Julai 2011

Berbeza Fikrah Tidak Memaksamu Menjadi Bodoh

Dalam internet berlambak-lambak video pasal bersuci itu hari. Video yang paling sadis adalah video seorang pakcik yang kelemasan dengan tangan terikat dibelakang mengucapkan dua kalimah syahadah tanpa henti, seolah-olah malaikatul maut sudah amat dekat dengannya.

Ya. Memang malaikat maut begitu dekat dengannya. Malaikat maut itu jugalah yang mengikat tangannya. Kedengaran rayuan-rayuan orang sekeliling meminta malaikat maut membuka ikatan tangan pakcik tadi. Tapi tugas malaikat maut adalah mengambil nyawa, jadi malaikat-malaikat maut tadi cuma berdiri buat-buat bodoh. Nyawa seorang pakcik yang tidak berdaya tak bermakna bagi malaikat maut. Malaikat maut memang kerjanya mencabut nyawa.

Malaikat maut pun berundur ke belakang, bersembang-sembang dengan kawan-kawan. Berhuha-huha.

***

Pakcik tadi bukan penjenayah. Pakcik tadi cuma berbeza fikrah, tidak perlulah dibiarkan dia mati begitu. Dengan membiarkan dia mati pun, lu bukannya mendapat pahala. Tuhan tidak pernah bagi tauliah kepada lu menjadi malaikat maut. Manusia pun tidak pernah melantik lu menjadi malaikat maut.

Berbeza fikrah tidak memerlukan lu menjadi kejam sebegitu. Berbeza fikrah adalah satu rahmat.

Lu bodoh. Lu bodoh. Lu bodoh piang.

Cuba kalau itu lu punya bapak! Gua yakin lu pun akan biarkan dia mati, sebab lu makan gaji satu ribu satu bulan. Kerana perintah dengan duit lu lupa pada yang lebih berkuasa. Lu ada orang atasan, orang atasan lu pun ada orang atasan.

Tapi lu lupa yang paling atas adalah Tuhan. Pakcik tadi menyebut-nyebut nama Tuhan lu buat bodoh.

Lu bodoh piang!

Gua terima dan sokong usaha berjalan untuk bersuci itu satu perjalanan yang sangat bodoh.

Tapi tindakan membiarkan seorang pakcik yang menyebut-nyebut nama Tuhan dalam keadaan kelemasan menuju maut adalah lebih bodoh. Lu bodoh piang!

Bodoh sebodoh bodoh piangnya!

Tindakan bodoh orang-orang yang ada sedikit kuasa inilah yang nanti akan merebakkan api kebangkitan.

Lu bodoh piang!

~Semoga pakcik tadi akan kembali segar bugar dan lebih kuat tempik takbirnya.

Ya Allah, aku tiada kuasa mengubah kebodohan ini dengan tangan, dan tiada upaya mencercanya dengan lidah, maka saksikanlah bahawa aku membenci kebodohan ini dengan sepenuh jiwaku!

3 ulasan:

  1. errr... aku tak faham. ni video apa nih? sorry rosli, aku memang blur. tapi aku nak tau hahaha.

    BalasPadam
  2. @marmalade, nnt kau akan lihat jgk video itu. dalam youtube berlambak. heheh.

    BalasPadam
  3. @marmalade, http://youtu.be/ivuhjDbG-fk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...