JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Iskandar percaya Johor akan menjadi lebih maju jika Tambak Johor yang sudah beroperasi 82 tahun lalu, digantikan dengan jambatan baru.
Yang sebenarnya bagi saya, Tambak Johor itu dibuka... baru Johor ini boleh maju!"
Titahnya ketika melancarkan Wilayah Ekonomi Johor Selatan (SJER) yang kini dikenali sebagai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di Teluk Danga, di sini, semalam. Hadir sama ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. (nota ringkas: Aku tengok tv3 semalam. Dan nampak sangat Sultan Johor baca teks, tapi bila cakap yang ni, lancar jer, tak baca teks. Aku amat pasti, yang ni tak der dalam teks yang diberikan kepada Sultan Johor, ini macam memang dari luahan hati dia sendiri)
Baginda bangga dan yakin WPI sebagai pusat pertumbuhan ekonomi pada peringkat dunia akan membuka peluang kepada semua pihak dengan faedahnya dinikmati seluruh rakyat Johor.
Baginda turut berterima kasih kepada Kerajaan Pusat khususnya Perdana Menteri kerana memberi peruntukan besar untuk membangunkan ekonomi Johor.
Sultan Johor kemudian meletakkan kapsul masa di Pucuk Rebung di tapak perasmian yang akan disimpan sehingga 2025.
Sebelum itu, Sultan Iskandar ketika mengumumkan nama baru SJER kepada WPI mempersoalkan penggunaan namanya.
Mengapa nama saya di sini. Orang sebenar yang menentang kerajaan Inggeris adalah Datuk (Datuk Seri Amar Diraja) Abdul Rahman Andak. Jangan lupa itu," katanya.
Abdul Rahman adalah Menteri Besar Johor kedua dan antara yang pertama menggunakan tulisan Jawi sebagai tulisan rasmi dalam urusan surat menyurat kerajaan Johor.
Beliau juga adalah anggota delegasi diketuai Sultan Sir Abu Bakar yang melawat Ratu Elizabeth pada 1885 untuk menandatangani perjanjian damai dengan England yang menjadikan Johor kekal tidak dijajah kuasa asing.
nota: Pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor, yang dirancangkan oleh Tun Dr Mahathir telah dibatalkan kerajaan. Sebab itulah Tun Dr Mahathir mengkritik dasar-dasar kerajaan. Namun apabila Sultan Johor bangkitkan keperluan untuk menggantikan tambak Johor ini, adakah Sultan Johor sealiran dengan Tun Dr Mahathir. Â
~leLabu~