Ahad, 8 November 2009

Pertahanan Kelantan Main Macam Celaka!

Pertahanan Kelantan main macam celaka! Macam mana nak menang? Baik gua tido...

Selasa, 3 November 2009

Dr Maza Seorang Maksum Barangkali?

Adakah Dr Maza kebal undang-undang sehingga semua pertikaikan penguatkuasaan JAIS? *



Apa salahnya kalau pohon tauliah? Sudah dia ada Phd, bekas mufti, pasti senang-senang boleh lepas temuduga tauliah JAIS. Kenapa Dr Maza boleh terfikir untuk tidak mengikut peraturan atau kenapa Dr Maza boleh tidak terfikir untuk memohon tauliah?

Apakah peribahasa masuk kandang lembu menguak tidak terpakai pada Dr Maza? Apakah Dr Maza bebas keluar masuk bagi ceramah di negeri orang tanpa mempedulikan peraturan di negeri tersebut? Atau apakah selepas ini Dr Maza boleh keluar masuk rumah orang tanpa kebenaran pula hanya kerana dia bekas mufti?

Apakah undang-undang tidak perlu dihormati oleh Dr Maza? Adakah undang-undang ini semuanya bidaah bagi Dr Maza?

JAIS juga yang salah? Apakah diri sendiri tidak salah sebab gagal pohon tauliah? Gagal mengikut peraturan.

* Bukankah Dr Maza yang pertikaikan operasi tangkap khalwat? Mungkin sebab itu JAIS pergi tangkap penceramah pulak? Tapi salah jugak. Tangkap orang buat maksiat tak betul, tangkap bekas mufti bagi ceramah tak ada tauliah pula salah? Habis apa yang betul pun gua tak tahu. Gua pening!

Mungkin tangkap Hadi yang minat sangat dengan Maria Ozawa itu betul?

maria ozawa



JAIS, sila tangkap Hadi si Pengejar Masa, dia minat sangat dengan Maria Ozawa! Hehe...

Jangan Berlagak Dengan Harta Benda Bapak

Gua sedar, gua naik motor saja. Gua ada kereta buatan Malaysia saja.



Tapi jangan nak berlagak dengan gua kalau lu pakai kereta Jepun latest model pun. Sebab itu lu tak beli dengan duit lu.

Gua memang pantang orang berlagak dengan gua gunakan harta benda yang bukan dapat dengan keringat sendiri. Setakat nak menunjuk-nunjuk kereta hebat depan gua tapi downpayment kereta bapak lu yang kaya tu bayar baik tak payah. Lu tetap miskin pada pandangan mata gua.

Gua respek lu kalau harta benda lu tu hasil titik peluh lu. Bukan titik peluh bapak lu.

Tak payah nak berlagak kalau kenduri kahwin lu grand gila babi tapi semua tu bapak lu yang bayarkan. Biarlah kenduri gua kecil-kecilan tapi semua tu dari titik peluh gua. Cili kering tu gua sendiri yang beli dengan duit gua.

Tak ngaku tu duit bapak lu?

Wei, lu kerja jawatan sama macam gua, gaji kurang seratus dari gua. Takkan lu mampu nak beli kereta macam tu. Takkan lu mampu nak buat kenduri besar-besaran macam tu. Aci kerat jari tu semua duit bapak lu sebab bapak lu kaya. Kalau bapak lu tak kaya, gua percaya tu duit Bank Rakyat.

Sekurang-kurangnya gua berdikari...

Isnin, 2 November 2009

Happy Birthday Nur Izz Zayani

DSC00573

Gua tulis post ni sebab nak ucapkan Happy Birthday kat anak sulung gua ni! Dah dua tahun!

update: seputar sambutan hari lahir pada 7.11.2009

DSC00577

DSC00577

DSC00577

Ahad, 1 November 2009

Kisah Seorang Guru Terlampau Di Kuala Lumpur

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan.

Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"  Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu," jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

"Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu,.."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

kredit : email forward.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...