Gua melalui Lebuh Bukit Jambul menghala ke Jalan Paya Terubung. Ketika menghampiri persimpangan antara Persiaran Bukit Jambul dan Lebuh Bukit Jambul, lebih kurang 1730hrs, dengan kelajuan yang perlahan lebih kurang 50 kilometer sejam, kapcai pakcik durian tu pun lebih laju, sambil bersiul-siulan, tiba-tiba sebuah motokar jenis Proton Saga dengan nombor pendaftaran PJF9791 berwarna Kelabu yang ketika itu dari Persiaran Bukit Jambul membelok masuk ke Lebuh Bukit Jambul ingin menghala ke arah bertentangan dengan gua.
Skreeeeetttt. Gua dengan aksi refleks tahap dewa menekan brek hadapan dan belakang serta cuba mengelak motokar tersebut tetapi gagal. Motosikal gua telah melanggar bumper hadapan sebelah kanan motokar tersebut dan mengakibatkan gua terjatuh tergolek dari motosikal. Tapi nyonya tua di tempat duduk sebelah pemandu motokar tersebut masih dengan muka toya seolah-olah tiada apa berlaku. Perempuan Cina yang memandu motokar tersebut sudah memancarkan cahaya biru air laut di mukanya.
Alhamdulillah, gua tidak mengalami apa-apa kecederaan kerana pada masa itu mengenakan riding gears yang lengkap. Motokar tersebut hanya rosak nombor pendaftaran dan lampu depan sebelah kanan. Motosikal gua pula mengalami kerosakan pada fairing depan, mudguard depan, signal depan sebelah kanan dan lever grip brek depan.
Sekian report gua.
Update: Kos untuk repair
- front fender, green - RM389.20
- lever grip front brake - RM70.00
- lamp assy signal front right - RM128.30
- cowling upp, green -RM1,226.30
All - RM1,813.8