Jumaat, 30 Mac 2007

Esok, Maulid Nabi

Salam pertemuan,

Sebab hari ini hari Jumaat, dan esok plak Maulidurrasul, marilah kita sama-sama menghayati, kisah-kisah teladan dan mengagumi peribadi junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam. (oh, apa lagi kawan-kawan, silalah duduk tahiyyat akhir.. :razz: )

Diantara sikap-sikap terpuji Rasulullah saw yang perlu dicontohi:
  • Dalam kesibukan baginda sebagai pemimpin negara, sebagai pendakwah, ketua tentera dan pelbagai urusan lainya tetapi baginda tidak pernah melupakan soal membina keluarga yang harmoni. Bagaimana baginda menunjukkan kaedah yang berkesan untuk melahirkan sebuah rumahtangga Islam sejati yang berjaya melahirkan generasi Islam yang bertakwa.
  • Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin yang ikhlas dalam memperjuangkan dan menegakkan syiar Islam. Peribadi baginda yang luhur, tidak ingin dipuji, tidak mementingkan diri sendiri, tidak mementingkan kebendaan serta mengejar pangkat dalam perjuangannya. Akhirnya baginda telah berjaya membentuk peribadi, masyarakat dan negara Islam yang unggul dan terbilang.
  • Baginda diutuskan bersama akhlak yang sempurna sebagai asas panduan kepada setiap lapisan masyarakat.
  • Baginda terkenal dengan ketegasan dalam perjuangan mempertahan agama Allah tanpa rasa takut dan menolak sebarang bentuk tawaran keduniaan. Seandainya sifat seumpama ini dapat kita laksanakan pastinya Islam bertambah maju dan setiasa disegani kawan mahupun lawan.
  • Dalam membina masyarakat yang harmoni pula baginda menggariskan beberapa panduan antaranya menanamkan sifat berkasih sayang, tolong menolong, menjaga hak kejiranan dan sebagainya demi menjaga dan membentuk masyarakat sejahtera.

Inilah antara sifat-sifat dan ketabahan baginda Rasulullah S.A.W. di dalam menegakkan agama yang benar dan diredhai Allah S.W.T.

Sempena sambutan Maulidurrasul yang kita sambut pada tahun ini, lakukan lah dengan hati yang benar-benar insaf dan ikhlas serta berbeza dengan cara sambutan Maulidurrasul yang pernah dilakukan oleh Abu Lahab yang terlalu gembira menyambut kelahiran baginda dengan sanggup memerdekakan hamba kesayangannya serta menyembelih 100 ekor unta tetapi akhirnya apabila baginda menyatakan tentang kenabiannya serta dakwah Islam yang dibawa oleh baginda maka dialah orang paling keras menentang baginda.

Oleh itu, kita perlu sedar dan insaf sambutan yang kita raikan mestilah selari dengan apa yang diucapkan, jangan kita bersungguh-sungguh memuji akhlak Rasulullah saw tetapi akhlak remaja kita terbiar semakin hari semakin liar, tidak terkawal dan terlalu mementingkan hiburan sehingga mengabaikan tuntutan agama. (saya pun kena kurangkan hiburan ni, terutama AF5, :lol: )

Begitu juga, jangan kita hanya memuji baginda yang mengharamkan arak, judi dan riba sedangkan di sekeliling kita arak, penagihan dadah, pil khayal, ubat batuk dan segala macam yang memabukkan semakin manjadi-jadi seakan-akan tidak ada penghujungnya. (yang dok berangan lagi dengan pelaburan internet tu, rentikanlah, udah-udah ler tu..)

Sehingga bertemu lagi,

~leLabu~

p/s: Oh, teks penuh khutbah Jumaat hari ni boleh didapati di www.islam.gov.my

Khamis, 29 Mac 2007

Maaf Kepada "Peminat-peminat" Zana AF5

Salam pertemuan,

Saya ingin menyusun jari memohon maaf kepada abang-abang dan kakak-kakak yang terdatang ke blog saya ini kerana mencari gambar bogel Zana AF5. Kalo anda semua mencari gambarnya, minta maaf banyak-banyak, udah-udah ler tu... :razz:

Ni tengok stats semalam yang datang ke blog ni... :lol:



Kesian lah jugak kat Zana AF5 tu, tak pasal-pasal aib dia (ayat poyo :grin: ). Kalo anda tanya saya, memang saya confirmkan, ya memang macam dia.. (nampak sangat dah tengok gambar bogel Zana AF5 tu. :smile: )

Apa-apa pun, ingin saya tegaskan, blog ini bukan tempat untuk melempiaskan nafsu korang nak tengok keaiban orang. Saya minta maaf atas post saya sebelum ini yang menggunakan tajuk Zana AF5 dan saya tidak bermaksud untuk mengaibkan Zana AF5 dengan menggunakan tajuk sedemikian.

Dalam post berkenaan jugak, saya cuma bincangkan hal Zana AF5 secara sampingan sahaja manakala fokus sebenar saya adalah ketempangan konsert pertama AF5.

Sehingga bertemu lagi, adios.. :wink:

~leLabu~

p/s: sorry ekk..

Selasa, 27 Mac 2007

Tukang Jahit = Penipu

Salam pertemuan,

Oh, maafkan saya! Tajuk di atas saya tidak tujukan kepada semua tukang jahit. Kalo anda seorang tukang jahit, atau mak bapak anda tukang jahit, atau saudara mara anda seorang tukang jahit, saya tidak tujukan tajuk di atas kepada anda atau mereka. Maaf saya pinta sebelum saya teruskan post saya hari ini.

Saya mahu ceritakan pengalaman saya mengenai tukang jahit.

Oh, saya memang jarang menggunakan khidmat tukang jahit. Dulu, kakak dan mak saya selalu menggunakan khidmat tukang jahit. Biasalah, perempuan, datang jer musim raya, mesti nak tempah baju kurunglah, baju kebayalah. Apa yang saya perhatikan, tukang jahit yang sama menjadi pilihan.

Memang saya kena akui, hasil kerja tukang jahit tersebut memang bagus. Tapi, memang tidak pernah menepati janji. Kalo janji nak siap minggu depan, jawabnya bulan depanlah siap.

Oh, kalo ditanya bolehkah siap minggu depan, pastinya jawapannya ya! Sudah tentu boleh! Dengan konfiden badaknya dia jawab boleh. Memang dasar tukang jahit pandai menipu. (yang lagi peliknya, berkali-kali kena tipu pun, tukang jahit itu jugaklah yang jadi pilihan :lol: )

Habis cerita tukang jahit di tempat kelahiran saya, Kelantan.

Sudah berkahwin, kisah tukang jahit isteri saya di Pulau Pinang plak. Pendek cerita, sama jugak. Bila tanya boleh ke siap, pasti jawabnya ya, sudah tentu boleh! Tapi tak siap jugak! Kali kedua, dalam otak saya diregister, janji tukang jahit ni memang tak bleh pakai!

Sebenarnya... 

Oh, alkisahnya, idea untuk menulis post ini datangnya dari tukang jahit sorang ni. Saya hantar seluar untuk dibaiki zip yang rosak pagi Sabtu lalu. Sudah tentu jawabnya boleh siap pada petang Isnin.

Tapi bila saya datang nak ambil seluar tadi, tak siap lagi!! (kali pertama kena batang hidung sendiri :smile: )

So, apa yang nak saya kata pasal tukang jahit? Penipu bukan?

Emak, kakak, isteri malah saya sendiri pun tidak pernah kata kat tukang jahit, bagi siap tarikh-tarikh itu dan ini. Tapi kami tanya, bila boleh siap? Mereka yang memberikan tarikh siap kepada kami, bukan kami yang memaksa. Akhirnya, ternyata kerjanya tidak siap pada tarikh yang mereka berikan sendiri!

Err, kesimpulannya, tiga orang tukang jahit yang saya kenal, dari Kelantan sampai ke Pulau Pinang, memang penipu! (Tukang jahit yang tak pernah menipu jangan rasa kecik hati.)

Sehingga bertemu lagi, :wink:

~leLabu~

p/s: Ini berdasarkan pengalaman saya sahaja. Bukan semua tukang jahit begitu. Ada yang komited dan tidak mengambil order tanpa memikirkan boleh ker tak dibuat. Yang jadi masalah, tukang jahit, yang ambil kerja dan rasa macam bleh buat, tapi hakikatnya, masa tak cukup untuk siapkan semua tempahan tepat pada masanya.

Isnin, 26 Mac 2007

enjoying black coffee with ban...

enjoying black coffee with bangali's bread! so tasty!

Resell, Master Resell & Private Label

Salam sejahtera,

Saya sebenarnya sedikit confuse dengan apa yang dinamakan sebagai resell right, master resell right dan juga private label right (PLR). Dengan sedikit search di internet, konfius itu berjaya dikurangkan. Dan, saya dengan rendah diri nak jugak kongsikan benda ni dengan anda semua, walaupun anda semua dah tahu lama.. :razz:

Secara ringkasnya:

Resell Right: Anda beli sesuatu produk dan anda boleh menjualnya semula (dalam konteks perniagaan internet, biasanya ebook, software dan sebagainya.)

Master Resell Right:
Anda beli sesuatu produk dan anda boleh menjualnya semula dengan pembeli tersebut mendapat Resell Right.

Private Label Right: Anda membeli sesuatu produk dan meletakkan produk tersebut dengan brand anda. Dalam konteks perniagaan internet, produk selalunya artikel yang telah siap. Anda membeli artikel tersebut dan meletakkan nama anda sebagai penulisnya. Tetapi, PLR ini, pada pendapat saya bukanlah bermaksud copyright (hakcipta), kerana artikel yang sama, boleh dijual kepada ramai. Sementara copyright pula hanya dimiliki oleh seorang sahaja.

:!: Saya juga berharap, kalo ada yang lebih arif, atau saya tersilap dalam meletakkan fakta, dapat membetulkan saya. Rasanya dah betul dah... :lol:

Sehingga bertemu lagi,

~leLabu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...