Selasa, 27 Mac 2007

Tukang Jahit = Penipu

Salam pertemuan,

Oh, maafkan saya! Tajuk di atas saya tidak tujukan kepada semua tukang jahit. Kalo anda seorang tukang jahit, atau mak bapak anda tukang jahit, atau saudara mara anda seorang tukang jahit, saya tidak tujukan tajuk di atas kepada anda atau mereka. Maaf saya pinta sebelum saya teruskan post saya hari ini.

Saya mahu ceritakan pengalaman saya mengenai tukang jahit.

Oh, saya memang jarang menggunakan khidmat tukang jahit. Dulu, kakak dan mak saya selalu menggunakan khidmat tukang jahit. Biasalah, perempuan, datang jer musim raya, mesti nak tempah baju kurunglah, baju kebayalah. Apa yang saya perhatikan, tukang jahit yang sama menjadi pilihan.

Memang saya kena akui, hasil kerja tukang jahit tersebut memang bagus. Tapi, memang tidak pernah menepati janji. Kalo janji nak siap minggu depan, jawabnya bulan depanlah siap.

Oh, kalo ditanya bolehkah siap minggu depan, pastinya jawapannya ya! Sudah tentu boleh! Dengan konfiden badaknya dia jawab boleh. Memang dasar tukang jahit pandai menipu. (yang lagi peliknya, berkali-kali kena tipu pun, tukang jahit itu jugaklah yang jadi pilihan :lol: )

Habis cerita tukang jahit di tempat kelahiran saya, Kelantan.

Sudah berkahwin, kisah tukang jahit isteri saya di Pulau Pinang plak. Pendek cerita, sama jugak. Bila tanya boleh ke siap, pasti jawabnya ya, sudah tentu boleh! Tapi tak siap jugak! Kali kedua, dalam otak saya diregister, janji tukang jahit ni memang tak bleh pakai!

Sebenarnya... 

Oh, alkisahnya, idea untuk menulis post ini datangnya dari tukang jahit sorang ni. Saya hantar seluar untuk dibaiki zip yang rosak pagi Sabtu lalu. Sudah tentu jawabnya boleh siap pada petang Isnin.

Tapi bila saya datang nak ambil seluar tadi, tak siap lagi!! (kali pertama kena batang hidung sendiri :smile: )

So, apa yang nak saya kata pasal tukang jahit? Penipu bukan?

Emak, kakak, isteri malah saya sendiri pun tidak pernah kata kat tukang jahit, bagi siap tarikh-tarikh itu dan ini. Tapi kami tanya, bila boleh siap? Mereka yang memberikan tarikh siap kepada kami, bukan kami yang memaksa. Akhirnya, ternyata kerjanya tidak siap pada tarikh yang mereka berikan sendiri!

Err, kesimpulannya, tiga orang tukang jahit yang saya kenal, dari Kelantan sampai ke Pulau Pinang, memang penipu! (Tukang jahit yang tak pernah menipu jangan rasa kecik hati.)

Sehingga bertemu lagi, :wink:

~leLabu~

p/s: Ini berdasarkan pengalaman saya sahaja. Bukan semua tukang jahit begitu. Ada yang komited dan tidak mengambil order tanpa memikirkan boleh ker tak dibuat. Yang jadi masalah, tukang jahit, yang ambil kerja dan rasa macam bleh buat, tapi hakikatnya, masa tak cukup untuk siapkan semua tempahan tepat pada masanya.

14 ulasan:

  1. Sebenarnya anda telah meletakkan gambaran yang negatif ke dalam minda anda. Minda anda berkeupayaan menghasilkan gelombang elektromagnet untuk menarik apa sahaja gambaran yang ada pada kotak fikiran anda. Hehehe..lain kali sebelum berurusan dengan tukang jahit tu,anda perlu membersihkan segala sangkaan buruk anda..Bayangkan yang indah² sahaja.. Tuhan bertindak mengikut sangkaan hambanya..

    Yang benar,
    Tukang kimpal.

    BalasPadam
  2. err..yer, yer.. nanti pk positif..hehe :razz:

    BalasPadam
  3. setakat ni pengalaman saya bagus sekali. Malah ada kalanya, dia yang "calling-calling" pula beritahu baju dah siap. (siap awal) :D

    BalasPadam
  4. Ermmm..Hebat sungguh inner energy yang ada dalam diri Mr. aminbakish ni..

    BalasPadam
  5. erm..ape blh buat..tp yg penting pengalaman yg kita tempuhi ni akan lebih mematangkan kita dan yg penting apabila beri janji knlah tepati janji tu..ia melambangkan sifat peribadi kita juga di mata umum!!

    BalasPadam
  6. kesah saya pulak lagi sadis saya ni bukan le tukang jahit yang bagos tapi cuma meniaga kecil-kecilan aja yang tak bagosnya baju yang dah tergantong kat penyangkot tu dah bebulan-bulan tak berambik sampai anak bini nak makan pon tak ada duit bayangkan ler kesiannya tukang jahit macam saya ni.

    BalasPadam
  7. ohhhh sedap mulut mengata...tapi mmg betul pun...rasenye semua tailor pun same je :p...termasuklah fashion designer terkenal...tats the fact all the tailor can't run from it...n not all customer is rite....:)...but ppl always used it..."Customer is always rite."....

    saya ada satu pengalaman...ade customer nie da la buat tempahan seminggu sebelum raya...ingatkan baju dier sorang...mmglah kite terima...lepastu dier bawak baju satu keluarga...merayu pulak tu...kalau ikutkan hati memang tak nak terima dah...sebab kesian kat dier...kite pun terima...tapi TAK JANJI utk siapkan semua....sampailah masanya...mmg tak sempat siaplah...hanya baju dier yg siap...dier pulak sibuk tanye bj adik-beradik dier...time mlm raya...tailor pun nak raya jugak :P...klau nak siapkan baju adik-beradik dier...alamatnya tak rayalah...kesian plak dkt anak2 ku...lps raya...dier dtg collect baju dier....harga semuanya RM225...dier mintak discount sampai RM50...sbb malas nak bertekak ngan dier...its up to u to pay the price is...lpstu lg lah dier b'tekak n then asyik-asyik buka purse (ntah2 takde duit :P)...tiba2 ckp psl flight dier yg t'lps gara2 sebab sehelai bj...mmg tak masuk akal...kite ckp da tak janji so she must prepare to buy another clothe 4 it...gunakanlah akal tu sikit....kite da la penat siapkan bj satu kluarge dier...tamatkan cite...dier ambik baju tu dgn slumbernya dier cakap "satu sen pun saya takkan bayar"...sy tak tau ape jenis manusia dier nie...da la ambik bj tu pas tu tak byr...fikirkanlah kudrat org...at least byrla sebrape pun...takpe lah :)...mungkin kat dunia ni ko lepas tapi dkt akhirat...

    BalasPadam
  8. Sudah berkali ditipu tapi tetap mencari tukang jahit yang sama. Alangkah sedihnya nasib si tukang jahit tu..... Biasanya, tukang jahit amat masak dengan perangai pelanggan. Tidak boleh salahkan tukang jahit sahaja ....mungkin kita sebagai pelanggan yang terlalu cerewet. Tukang jahit nie,,, perkhidmatannya sentiasa diperlukan. Satu lari sepuluh mari kalau kualitinya best.So malas nak layan pelanggan yang cerewet sengajalah dia buat lambat-lambat. Just sebagai alasan...

    BalasPadam
  9. Rohana on behalf of my husband26 Februari 2010 pada 6:20 PG

    terguris juga dgn kenyataan "tukang jahit penipu" ni..Tapi sebenarnya tukang jahit juga ditipu pelanggan.

    contohnya:
    1. Ambil dulu bayar kemudian (tunggu gaji) lepas tu batang hidung pun tak nampak.

    2. Tempahan dah siap, telefon berkali tak juga diambil, harapan nak buat belanja makan anak bini tinggal harapan.

    3. Terlalu cerewet, ini tak kena itu tak kena, padahal sendiri yang minta di buat macam tu..lepas tu kata tukang jahit yang buat tak mengikut arahan.

    4. Tak di nafikan bila raya je, tempahan memang banyak, kadangkala esok nak raya ada lagi baju yang tak dapat disiapkan. Suami saya (tukang jahit) pinjamkan duit untuk beli baju siap kepada beberapa pelanggan yg tempahannya tak dapat disiapkan (yang dikenali). Lepas raya, tuan punya baju dah ambil tempahannya duit baju dia pun dah bayar tapi duit yang dipinjamkan tu dia buat senyap jer..lepas tu pelanggan tu terus tak datang-datang sampailah sekarang ni.

    Banyak lagi..100 pelanggan 100 kerenah, pelanggan yang bagus tu Alhamdulillah..

    Sebenarnya bermacam macam lagi kerenah pelanggan ni. Disini juga saya nak memperbetulkan kenyataan di atas. Bukan "tukang jahit penipu" tetapi sikap manusia yang berbagai-bagai. Bukan sahaja yang memberi tapi juga yang menerima.

    Sekian, terima kasih dan maafkan saya.

    BalasPadam
  10. Rohana on behalf of my husband26 Februari 2010 pada 6:26 PG

    @pakcik botak, saya sokong 200 peratus

    BalasPadam
  11. ada tu... dah tahun costmer x amik bju. mula2 jumpa kita ckap nnti sya amik bju eh... 2x jmpa pun ckap sama.. at last, smpai 3 th da.... apa lg saya pun jual lah bju dia...

    BalasPadam
  12. askum saya merupakan salah seorang tukang jahit alteration.ermm setakat nie complain dari customer yang cukup2 cerewet pun sebab mereka tak faham tentang jenis2 jahitan antaranya chain stitch dan single stitch serta lain2.bila ada jahitan yang menggunakan chain stitch selalunya tukang jahit akan menggunakan single stitch.sebab keupayaan mesin industri yang biasanya adalah untuk jahitan lurus iaitu single stitch. mesin untuk chain stitch nie kosnya lebih mahal dan jarang2 didapati dari pengedar sebab paling banyak digunakan di industri/kilang membuat pakaian.kelemahan jahitan chain stitch cukup senang dibuka apabila kunci!nya terbuka ianya akan memudahkan kite membuka seluruh jahitan dengan hanya menarik satu benang tanpa perlu menetas .sebab tidak fahamlah mereka akan mempertikaikannya kerja jahitan saya.untuk pengetahuan semua saya lakukan kerja alteration sebagai hobi untuk mengisi masa lapang disebabkan saya mempunyai kerja tetap sebagai seorg service engr di salah sebuah company europe.bukan niat untuk membanggakan diri tetapi kalau customer terlalu cerewet dan songeh dan dahlah taktahu langsung pasal jahitan dan fesyen sayapun terpaksalah explain bahawa saya nie bukannya tukang jahit yang boleh dipandang sebelah mata bila saya cakap tentang pekerjaan tetap saya barulah mereka yakin dan respect.mengapa org kiter selalu memandang hina kerja sebagai tukang jahit ?low class pakai slebet sedangkan tidak tahu background tukang jahit tue siapa.buat pengetahun semua,saya meminati kerja2 seni dari kecil tetapi dihalang oleh keluarga sebelum ini. setelah saya membuka perniagaan yang dikongsi oleh keluarga barulah saya mendapat kepuasan sebenar dalam hidup saya.pengalaman saya ini perlu dikongsi dengan anda diluar sana jgn sesekali menghina dan mengata pekerjaan seseorg yang kita rasa pekjerjaan mereka tidak ada class.ibu saya selalu membeli ikan dengan seorg penjual ikan yang menggunakan motorsikal merupakan seorang doktor.dia melakukan kerja tersebut kerana terhutang dengan arwah ayahnya yang membesarkannya dengan hasil titik peluh menjual ikan.sebagai tanda hormat untuk membalas budi arwah ayah yang tersayang dia akan melakukan kerja tersebut pada hujung minggu.disini ambil kesempatan bahawa segala apa kerja yang dilakukan oleh seseorang janganlah dipandang rendah dan dihina.

    BalasPadam
  13. @hanif,
    org ni kdg2 blagak bagus, mcm taw segalanya. alangkah indahnya dunia if sume org ader kemahiran, xplu susahkan org, xplu senakkan otak org lain utk bsusah2 tkejar2 siapkan order org. kot ye pon bila x mampu siapkn ikut date line, maki hamun, sumpah seranah yg diberi. kain2 ni pon ader mcm2 jenis. x sume kain blh main bantai je jahit. klu nk cerewet tu agak2lh....so far, frm my experience..i ckp elok2 dgn tailor if nk cepat@lmbat. dia pon manusia, ader ati&prasaan. watnye dia pon sakit ati dgn kita, tensen dgn karenah kiter--->hancur kain kiter nti. so far i slu dpt diskaun dr tailor i, cz i slu rekemenkan kwn2 utk tempah dgn dia. itupon stlh kwn2 tergoda tgk fesyen2 baju yg i pkai. apelah salahnya kiter bkongsi2 benda yg baik cz sharing is caring hu3! to my tailor, khidmat mu masih diperlukan! i like ur craftmanship!

    BalasPadam
  14. terima kasih komen dlm nie.saya ingat memang baguslah kalau2 saya@ kamu Vivianne Westwood(jenama yang terkenal)ada pengalaman yg blh sharing pd mereka2 diluar sana.sbg cth akhir2 ni, sedar @ tidak tenaga kerja sbg tukang jahit org tempatan brkurgan dan mula diambil-alih oleh bangsa asing spt bangladesh dan Indonesia. tidak dinafikan kalau jahitannya cantik tidak mempunyai masalah. Yep memang betul tetapi anda semua pikirkan saya pernah mengupahkan pada bangsa asing sebulan upahnya lebih kurang 5/6 K disbbkn saya mendapat tender pakaian,alahkah baiknya saya mengupahkannya pada org tempatan drpd mereka menyamun atau menjual kehormatan mereka sendiri.cuba kamu pikirkan bagaimana pula org muslim bekerja dikedai menjual MAKANAN tidak halal disebakan tempatnya yg begitu standard.apa dah jadi mengapa benda2 begini harus berlaku.Jawapannya perwatakkan manusia sudah mula berubah skrg,hampir 20% customer saya dalam kategori yang saya kurang saya senangi dgn perangai2 mereka.payah ker nak dah masuk kedai org bagi salam atau selamat pagi beserta senyuman sebagai kemesraan sudah tentu masing2 senang bukan.Adab bertutur sesama manusia sopan santun perlu diwujudkan semula kamu lihatlah kenapa aznil(pelakon) sanggup berlakon menjadi bell boy dalam iklan untuk menjadikan Negara kiter orgnya beradab dalam percakapan. kalau boleh saudara meluangkan masa duduk di kedai tailor lihatlah perangai pelanggan kawan kamu.dan tolong nyatakan komen pada saya.terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...