Sempena hari Jumaat yang mulia ni, saya nak tulis benda-benda yang baik pulak (sila berada dalam kedudukan tahiyyat akhir) selepas dua tiga hari blog ini dikunjungi oleh peminat-peminat Zana AF5 yang mencari gambar
Sabda Nabi (saw):
Barangsiapa melihat suatu kemungkaran maka hendaklah ia cegah dengan tangannya (kekuasaan) jika tidak mampu cegahlah dengan lisannya (nasihat) dan jika tidak mampu juga maka hendaklah dicegah dengan hati (rasa benci). Demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis riwayat Muslim)
Kalo orang dulu-dulu, hadis di atas dijadikan asas untuk konsep tegur menegur. Bila ada buat salah, orang yang tengok kita buat salah, akan tegur, dan lapor plak kat mak bapak kita. Bila kita sampai rumah, mak bapak pulak piat kita sebab menerima laporan tadi. Jadi, kita pun segan nak buat salah sebab nanti ada orang tegur (malu oo kalo kena tegur, kena nasihat selalu :razz: , nanti yang tegur tu cakap, anak sapa la ni!!)
Bagi mak bapak pada zaman moden plak, konsep tegur menegur seolah-olah tidak lagi relevan dalam kehidupan diorang. Kalo kita report anak dia ada buat jahat, diorang bleh sound kita balik, ko sapa nak nasihat anak aku?
Saya teringat, masa kecik-kecik dulu, memang selalu kena piat sebab orang ngadu. Masa tu rasa macam mak bapak tak sayang pulak. Yerla, asyik saya yang kena piat, walhal kawan tu yang jahat dulu.
Rupa-rupanya diorang piat sebab sayang, diorang tak mahu anak diorang tak jadi orang. Tapi sekarang?
Mak bapak dah tak pandai nak piat anak, takut kena tuduh mendera anak alasannya, rela anak jadi setan!
Lagi teruk, yang belajar agama tinggi-tinggi, belajar hadis sampai dapat PHD plak cakap, tak yah cari dan tangkap orang khalwat. Tangkap yang dok buat maksiat terang-terang depan orang ramai jer..Allo kawan, mana ada orang nak beromen depan-depan orang.. (opps, terbangun plak, teruskan duduk tahiyyat akhir :lol: )
Agaknya dia tak belajar hadis ni...err, abaikan perenggan di atas nanti ada yang tak setuju.. :cool:
glosari : piat - kena rotan
~leLabu~
p/s: ok, dah boleh bangun...
saya, dulu selalu kena piat, cobit dan sama waktu dengannya dengan mak. kalau dulu, sekali mak bapak bersuara, kita akur dan dengar.
BalasPadamtapi sekarang [baca: anak-anak sekarang],
tegur sekali, dia tengking berkali-kali.
kita cobit sekali dia terajang mak bapak sampai mati.
oh ohh inilah dia Malayaku ini.
apalah nak jadi.
Saya plak selalu kena piat dengan Cikgu Sudin Vespa.. Li, rugi plak rasanya tak download e-book mu dulu..Lo ni dah keno beli..huhuhu, aku dah nak aktif balik ni..mohon tunjuk ajar dari Sifoo!!
BalasPadamaku dulu xda sapa2 report..semua nakal2, jd xdak sapa nk report...ekekeke..tp aku adala report kat mak aku pasl member aku buat salah ckit n mak aku pass report tu kat mak dia plak hehe!!
BalasPadamKekerasan (piat) bukan satu2nya ajaran buat anak.. Tapi piat (rotan) ini perlu, supaya anak kta ingat.. Dan bile kita dah marah anak kita tu, kita bgtau la nape kita marah atau piat diaorang.. Disini, mereka akan faham dimana kesalahan mereka dan insyaAllah, dgn didikan yang betul, anak tu x jadi setan..
BalasPadamApe2 pun, setiap apa yg kita wat (rotan, marah.. Jangan la maki hamun), kita perlu bgtau anak kita apa sbbnya kita marah.. Dan ape kesan kepada anak kita tu jika mereka melakukan kesalahan tersebut.. Barulah ini dinamakan "Belajar atas kesilapan.."