Khamis, 1 Mac 2007

Saya Berlepas Diri Dari Wahabi

Saya berlepas diri dari fahaman yang saya perlahan-lahan ikuti tahun lepas. Saya mahu berlepas diri daripada terpengaruh dengan fahaman Salafi/Wahabi yang meracun diri saya pada awal tahun lepas.

Saya mula mengenali Wahabi dalam tahun lepas selepas kecoh isu penularan fahaman ini di Malaysia. Pada mulanya memang saya akui saya tertarik dengan usaha-usaha untuk menghidupkan sunnah seperti mana amalan di zaman salaf. Tetapi sesudah usaha berterusan menjejak fahaman ini, barulah saya tahu bahawa ianya adalah tidak bertepatan dengan ajaran Islam yang sebenar. Saya mahu kembali kepada golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Saya tidak memaksudkan ajaran ini sesat atau menyeleweng, tetapi, cukuplah jika dikatakan ia tidak sesuai diamalkan di Malaysia sama seperti Syiah dan sebagainya.

Saya bukan seorang yang mengaji agama secara formal, mahupun belajar di pondok-pondok. Saya belajar agama setakat Tingkatan Lima sahaja dan itupun di sekolah sekular kebangsaan. Setelah mengikuti pro dan kontra fahaman ini, dan membandingkan dengan amalan Islam yang diamalkan selama ini, bermazhab Syafie, saya rasakan Wahabi tidak sesuai dengan jiwa saya.

Saya bukan bertujuan untuk menidakkan kebenaran, jauh sekali mengatakan ia tidak betul. Cuma saya ingin terjemahkan kenapa saya ingin berpatah kembali kepada Mazhab Syafie. Sebabnya adalah seperti berikut:

  • Akidah Wahabi yang berhubung Allah, iaitu soal Allah duduk, Allah di langit, tangan Allah dan sebagainya, membuka minda bahawa ajaran Wahabi adalah seperti pemahaman kepada orang lurus bendul. Dalam bahasa yang mudah akidah Wahabi boleh dikatakan akidah daripada pemahaman yang sangat literal.



  • Berhubung golongan Wahabi yang sangat merujuk kepada Imam Ibnu Taimiyah. Saya terfikir adakah pandangan yang seorang lebih betul daripada pandangan ulamak-ulamak yang ramai. Ulamak-ulamak yang ramai menolak pandangan Ibnu Taimiyah tetapi mengapa perlu ada yang mengagungkannya dan menolak pandangan ulamak yang sepakat hanya kerana ingin mengikut pandangan Ibnu Taimiyah.



  • Jadi pada saya, Wahabi bukan dari Jamaah. Mungkin mereka Ahli Sunnah, tapi mereka tidak bersama Jamaah.


Saya tidak akan bercakap pasal agama, saya tidak arif. Saya hanya ingin menyatakan pelepasan diri saya dari mengikut Wahabi sebab selama ini saya menyatakan mengikut Wahabi.

nota : Ada yang mengatakan bahawa TG Nik Aziz pun Wahabi. Tapi bila mendengar kuliah-kuliahnya, saya tidak nampak pula keWahabiannya. Beliau tidak pula mengatakan Allah duduk dsbnya, tidak pula melarang Nisfu Syaaban, tidak pula melarang belajar Sifat 20 dan sebagainya. Wallahu a'lam.

[audio:http://myebookdepot.com/music/nikaziz/asalusulsifat20.mp3|autostart=yes]

27 ulasan:

  1. Saya rasa saudara tidak jelas memahami lagi ajaran islam sebenarnya, apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah? Siapa wahabi? pandangan Ibnu Taimiyah & sebagainya.

    Islam itu sebenarnya mudah difahami jika kita berguru dengan orang yang sebenarnya layak untuk berguru, ikut kebanyakan org taklik namanya, baca terjemahan Al-Quran(Al-An'aam : ayat 116) (dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta) layari web http://www.al-firdaus.com untuk rujukan

    Jika kita terus berpegang dengan Al-Quran & Al-Sunnah, kita tidak akan sesat selamanya. Jadi, berhati-hatilah dalam membuat sesuatu pernyataan. Seperti pepatah melayu ada mengatakan, "jika terlajak perahu boleh diundur, terlajak berkata-kata buruk padahnya". Fahamilah ajaran islam sebenarnya. Saya nasihatkan, saudara perlu lebih membuat kajian lebih mendalam lagi tentang islam. Apa yg dimaksudkan dengan mazhab? Dengan siapa kita perlu bermazhab? buatlah kajian tentang kandungan Al-Quran, selalulah baca terjemahan Al-Quran , ikutilah Sunnah Rasulullah, pelajarilah ilmu hadis, yg mana hadis yg saheh, palsu, lemah dan sebagainya.

    Saya memberi komen spt ini kerana sy takut dan bimbang sekiranya saudara akan membuat Pernyataan spt ini lagi, sedangkan saudara tidak jelas memahami tentang apa yang saudara katakan dan saya tidak mahu orang yg membaca pernyataan ini keliru atau terpengaruh dengan apa yg saudara katakan, padahal saudara belum lagi jelas dengan semua pernyataan yang saudara nyatakan.

    Salam daripada saya
    Hamba Allah

    BalasPadam
  2. terima kasih. saya telah mendalami asal-usul fahaman ini, dan mengadakan perbandingan dengan fahaman/aliran2 Islam yang lain selama hampir satu tahun. dan inilah jalan yang saya pilih.

    saya mengkaji fahaman ini secara panjang lebar, bukan main-main. mereka selalu berkata supaya berlapang dada dalam membuat penilaian, dan itulah yang saya lakukan.

    rupa-rupanya merekalah yang tidak boleh berlapang dada.

    BalasPadam
  3. akum saudara...sy dapati kdg2 statement saudara ni mmg berlapang dada, tp kdg2 sedara sempitkan dada sedara. kenapa sedara samakan fahaman ini dgn syiah?klu x silap sy, syiah ini mengkafirkan sahabat. adakah ajaran ini myai unsur2 macam tu?dan adakah kita smua pasti yg amalan kita hr ni adalah dari fatwa Imam Syafie? Islam itu mudah. Allahua'lam..

    BalasPadam
  4. kpd soalan 'adakah fahaman ini mumpunyai unsur-unsur mengkafirkan', saya menjawab ya.

    utk soalan 'adakah amalan hari ini dari fatwa Imam Syafie', saya menjawab byk yang ya dan sedikit yg tidak.

    cthnya begini, seorang guru mengajar kpd 1000 murid. 999 org murid tadi bersetuju dgn guru, dan tiba2 yg seorang itu tidak bersetuju. yg 999 org itupun bermesyuarat, apakah betul pegangan mereka, dan mereka bersepakat, yg apa yg mereka pegang betul.

    adakah kita mahu mengikut yg bersepakat td atau mengikut seorang yang menyimpang?

    analoginya mudah! allahu a'lam.

    BalasPadam
  5. saya dukung Anda keluar dari Salafy, mereka itu ahlussunnah tapi tidak mau berjama'ah.

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum

    Saya bersyukur kerana anda mendapat hidayah untuk keluar dari fahaman Wahabi ini. Ibnu Taymiyyah adalah ulama yang paling banyak ditentang semasa zamannya oleh ulama-ulama yang lain kerana pegangan-pegangannya.

    Antaranya adalah Imam Subky. Ibn Batuttah, penjelajah terkenal, telah memanggil Ibnu Taymiyyah sebagai seorang yang berilmu tetapi otaknya miring.

    Sayang sekali ramai orang yang terpengaruh dengan semboyan 'kembali kepada Allah dan Rasul' puak Wahabiah tanpa banyak usul periksa mengenai samada apa yang diajarkan golongan ini adalah sahih disisi Islam.

    Sebagai contoh, mereka menyifatkan Allah dengan secara literal. Maka itu bagaimanakah mereka menafsirkan ayat yang menyatakan : 'Segala-galanya akan hancur melainkan Wajah Allah'.

    Kalau kita ambil pendekatan Wahabiah, ini bermakna tangan Allah, kaki Allah dan badan Allah hancur. Maha Suci Allah.

    Sejauh ini, saya masih belum mendapat respons yang masuk akal dari golongan Wahabiah mengenai tafsiran ayat diatas.

    Moga-moga saudara, dan kita semua, ditetapkan dalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, insha allah.

    Wassalam

    BalasPadam
  7. saya ingin highlightkan:

    tidak semua yg dibawa oleh aliran wahabi ini salah, banyak yg bagus. cuma pembawakan itu yg tidak tepat. niat itu murni, tp cara mereka "bedooh". (keterlaluan)

    Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sgt berlapang dada dgn pendapat yang berbeza-beza ttg perkara agama yg cabang, tp mereka membesar-besarkan dan tidak menerima pendapat. bg mereka, yg lain dari mereka bukan ajaran islam sebenar.

    kalo diperhatikan, mereka membawa isu-isu agama yg remeh temeh. cthnya, isu bin abdullah (jk fatwa dah bincang tahun 80an lg), isu qunut (walaupun terdapat perbezaan antara mazhab, ASWJ tidak sampai mengatakan yg berqunut itu salah dsb).

    isu taklik, kita org awam, yg tidak tahu, bertanya pada yg tahu, ulamak2 ASWJ lebih tahu daripada ustaz2 wahabi yg belajar ugama dgn baca terjemahan kitab sahaja. kalau kita tak tahu berlagak tahu, sesatlah jawabnya.

    kalau diperhatikan, puak2 wahabi ini sgt sempit dlm mengambil ilmu. yg mereka percaya, kata-kata ustaz2 mereka sahaja. rujuklah laman-laman web mereka, penuh ketaksuban kpd ustaz2 mereka yg dua tiga kerat itu. ustaz2 itu pun tidak bertauliah, tp mereka mahu jgk ikut.

    saya bg contoh mengapa puak2 ini satu pauk yg pelik:

    kalo kita sakit kita jumpa doktor yg bertauliah. kalo saya yang belajar engineering, membaca dua tiga buah buku-buku psl kesihatan, pasal medic, kalo saya ngaku doktor, mahu mereka jumpa saya bila sakit? tentu tak mahu bukan?

    tp apsal mereka suka sgt merujuk kpd ustaz2 jadian, yg belajar engineering, yg jadi pilot, dan lepas itu baca dua tiga buah buku agama, yg kemudiannya jd ustaz jadian (takder tauliah)? (oh, ini adalah respons kpd komen ila di atas)

    puak2 ini puak2 yg pelik. yg sudah matang dan tahu tidak akan hiraukan puak2 ini.

    BalasPadam
  8. Bagus. Lupakan sahaja musush Islam Fahaman Wahabi-Saudi kuda tunggangan Amerika-Israel di Timur Tengah

    BalasPadam
  9. jasmani hamba Allah10 Mei 2007 pada 2:54 PG

    assalamualaikum saudara ku.....hendak lah kita berlaku adil sesama mukmin jgn kita mencela dan sebagai nya kepada saudara kita yg secara hakiki mengucapkan kalimah tauhid dan rasul dari setiap ruang pernafasan selagi hayat di kandung badan. kita ini berada di lingkaran abad fitnah-menfitnah.jgn lah saudara terkeliru dgn mana-mana pihak yg membantutkan fikiran kita hendaklah saudara mengkaji secara ilimiah apa kah benar wahabi mengucapkan sedemikian rupa...atsar yg mengatakan ibnu taimiyah....(naluri saya tak kesampaian untuk menyebutkan perkataan celaan terhadap Syaikul-Islam,Al Hafiz,AlFaqih,Al Mujtahid,Al Mufassir,An Naqid,Al Mujahid dan Al Mujaddid begitu lah gelaran yg di berikan kepada nya) Ya ALLAH ampun kan lah keterlanjuran kata-kata kami yg sangat daif ini....saya ini bukan lah wahabi ,tetapi suka berlaku adil terhadap sesama insan....wassalam

    BalasPadam
  10. bagus sekali ya akhi..

    terima kasih kerana memberikan ilmu kpd saya. betul, yang akhi tuliskan. tp seharusnya ada beza antara wahabi dan salafi. harap akhi dapat jelaskan sejelas-jelasnya..

    yg saya berleaps diri adalah daripada fahaman wahabi totok ni..

    saya masih berpegang kepada alquran dan sunnah.. wallahu a'lam.

    BalasPadam
  11. Apa2 hal pun 'google' lah BANKWAHABI. Di sini byk sirah2 dan hujah2 para ulama2 ASWJ.

    Bagi saya mmg fahaman wahabi ni merbahaya kpd 'perahu2 kecil'.

    Wallu'alam

    BalasPadam
  12. Salafy memang mengandungi ajaran yang bagus, tetapi di dalamnya juga terkandung ajaran yang menyimpang. Kita tak tahu, mana yang lurus dan mana yang menyimpang. Kita harus memfilter ajaran salafy. Tetapi Ahlus Sunnah wal Jama'ah telah jelas kebenarannya, tak perlu lagi memfilter. Jika kita bisa meminum air murni secara langsung, mengapa harus memfilter? Bagaimana kalau filter yang kita gunakan itu kurang bagus, hingga masih terkandung unsur berbahaya dalam minuman tersebut?

    Saya setuju jika Anda keluar dari Salafy dan Wahhabi.

    BalasPadam
  13. A'kum

    Kepada sesiapa yang mengatakan wahabi/ salafi sesat tolong rujuk hadis/al-Quran, ulama2(selain drpd ustaz2 Malaysia yang membawa ideologi ikhwanul muslimin yang telah disepakati- ijtimak ulamak seluruh dunia bahawa akeedah pembawaan ikhwanul muslimin dipersoalkan, penuh dengan syirik, bidaah dan telah lari drpd ahlul sunnah wal-jamaah yang sebenar).
    Jangan menuduh sebarangan tanpa backup dari rujukan hadis/ quran/ seerah Rasul saw dan para sahabah, dan tabiun tabiien, seperti seorang yang taklid buta.

    Golongan ulamak salafi adalah mereka yang telah menuntut ilmu ke tahap yang tinggi (bukan setakat 7-8 tahun seperti ulamak di malaysia)tapi sampai ke tahap ulamak yang telah diiktirafkan sebagai pakar hadis dan rujuk seluruh dunia.Ulamak berasal dari Mekah dan Madinah adalah mereka dari golongan salafi. Allah juga telah janjikan bahawa Mekah dan Madinah adalah satu-satunya negara di seluruh dunia sampai ke akhir zaman yang tidak akan dimasuki dajjal.So kenapa kita boleh mengatakan mereka ini sesat....adakah Allah janjikan Mesir adalah dari golongan yang tidak sesat.???? (ie. ikhwanul Muslimin, yg jadi panduan utama di Malaysia sekarang)
    Di akhir zaman ni tidak semestinya apa dipercayai ramia/ diikuti ramai itu yang betul ....

    Oleh itu, carilah kebenaran sekiranya antum semua inginkan kebenaran. InsyAllah anda akan menemuinya...

    Allahu'alam. Segala yg baik itu daripada Allah, yg lemah daripada diri ana sendiri.

    p/s ; Apakah hukummnya mereka yg bersembahyang dan berimamkan imam salafi/wahabi di Mekah/ MAdinah ketika menunaikan haji...adakah haji mereka tidak sah?? Jadi cuba fikirkan....

    BalasPadam
  14. sambungan'

    ketahuilah bahwa wahabi yng anda hina adalah isi kandungan salafi (isinya semua berdasarkan quran and hadis(hadis pun yg dipilih yang cuma hadis-hadis sahih bukannya yg lemah atau palsu)- akeedah sahih yng diabawa oleh ar-rasul dan para sahabat, tabiin- tabiuun sehingglah ke hari ini mengikut sanad yang sah, bukannya mengikut waki'(iaitu keadaaan semasa- seperti yg dilaungkan oleh ikhwanul muslimin).
    Sedangkan ulamak ikhwan, mengikut ulamak salaf tiada seorangpun yg boleh dijadikan pakar rujuk ilmu, sebb ilmu mereka dlm bidang hadis dan quran tidak sampai ke tahap pakar rujuk, mereka mengambil mana yang sesuai mengikut zaman, sedangkan Islam itu sudah lengkap dan sesuai diamalkan di seluruh zaman.
    Oleh itu minta Allah mapunkan mereka yg menghina salafi.

    Perkataan ' wahabi' yg dibawa oleh Muhammad Abdul Wahhab - adalh ciptaan Yahudi yang kononnya beliau membawa sesuatu yg baru. menjauhkan umat islam daripada salaf-as soleh.. Sekiranya anda katakan salaf sesat,maka anda telah menuduh Imam Ahmad (tabiin-tabiun) dan Imam Syafiee serta 3 imam yng lain adalah sesat kerana mereka semuanya adalah salafi.

    JAdi jgn bertaklid buta, selamilah ilmu sebelum membuat apa-apa anggapan.
    Sekarang ni, fahaman syiah telah menular di Malaysia. Sejak zaman Ar-rasul saw lagi bahayanya syiah telah jelas, merekalah musuh dalam selimut- al munafequun (nau'zubillahi min dzalik), pembunuh para sahabat dan mengkafirkan mereka, pembunuh para sunni(ahli sunnah wal jamaah) contohnya di Lebanon dan di negara2 Islam yang lain serta pencetus hura hara sehinggalah ke hari ini. Penyatuan antara syiah dan sunni tidak pernah dibenarkan oleh 4 mazhab pegangan kita, kecuali oleh fahaman zaman moden ini yg salaf isytiharkan menyimpang iaitu oleh ikhwanul Muslimin.
    Oleh itu selamatkanlah diri anda dan keluarga anda...ini tidak akan berlaku dengan politik semata sekiranya akeedah tidak ditegakkan terlebih dahulu di Malaysia. Masyarakat Malaysia walaupun solat masih penuh dengan amalan kesyirikan, kesufian, tahyul dan bidaah.(ini yg wajib diperangi terlebih dahulu- bukan hanya dengan melaungkan kata-kata kosong dan demonstrasi-demonstrasi ciptaan yahudi dan syiah, serta ideologi pembawaan Hassan Al- Banna(semoga Allah ampunkannya sekiranya beliau tidak sempat betaubat sebelum kewafatannya)


    Terpulanglah pada antum semua untuk menilainya...hidayah itu di tangan Allah, sekiranya anta semua seperti ana, semestinya mahu menyelidik dengan lebih lanjut , membuka kembali Al-Quran dan As-sunnah, hadis-hadis yg soheh, imam- imam besar sejak zaman para sahabat dan para salafus-soleh.(bukan cuma rujukan tokoh ikhwan sahaja iaitu- syed Hawa,Al- Maududi, Syd Qutb,Hassan Al- Banna, Yusuf Qardawi,Ramadhan Al- Butty...dan tokoh2 ikutan mereka di Malaysia yg taksub pd ideologi dan 'indoctrination' yg mereka sebarkan.






    p/s dlam sambungan akan datang akan ana kemukan dalil daripada Al-quran and hadis-sahih utk tantapan anta semua....

    BalasPadam
  15. sahabat semua....


    sila layari utk keterangan lebih lanjut dengan hati yang terbuka. Wallahu'alam.
    http://www.salafimalaysia.com/

    BalasPadam
  16. Saya terpanggil untuk membuat komen atas apa ynag diutarakan oleh ummu hanis.
    Bila membaca apa yang disebut oleh ummu hanis, jelas sekali beliau adalah pengikut yang sangat taksub dengan salafi/wahabi, hinggakan mempersoalkan aqidah ulamak lain yang tak sealiran dengan beliau. Inikah yang dikatakan nak membawa islam. Hujahnya tidak kuat dan berat sebelah.
    hadis perpecahan kepada 73 puak yang digunakan oleh beliau juga tidak mengatakan salafi/wahabi saja yang selamat. semua orang yang mengamalkan sunnah (ahli sunnah wal jamaah) maka merka akan selamat.
    Mepersoalkan pegangan imam mekah dan madinah adalah satu perkara yang kurang bertamadun. Pengikut ahlu sunnah tidak pernah mempersoalkan perkara yang tidak nampak dan berbaik sangka dengan muslim lain. Maka sudah pasti sah hukum solah kita di mekah, hatta dimana sekali pun selagi jelas imam tidak melakukan perkara syirik maka sah hukumnya.

    Bukan-kah bersangka-sanga itu perbuatan keji.
    tentang komen bin baz tentang tablig, saya kurang setuju walaupun beliau ada menyebutnya. Bukan kerana apa, adakah beliau melihat sendiri apa yang dilakukan oleh ahli jamaah tablig ini. mengikut apa yang saya baca kemungkinan besar Bin baz hanya mendengar dari pengikutnya sahaja maklumlah beliau tidak dapat melihat.

    benar kata lelabu, salafi ini tidak boleh diikuti. Mengapa mesti ikut Bin Baz, Albanni dll ini kalau kita sudah ada Imam muslim, bukhari, safie, hanafi hanbali dan maliki. mana lebih sohih dari segi keilmuannya dan amalannya. tidak salah bertakliq denga safie, maliki dllnya.

    rasanya Ummu hanis sudah dengar tentang hadis mengenai nejd dan bagaimana rasulullah tidak mendoakan orang-orang nejd ini. di mana nejd dan mengapa agaknya.

    BalasPadam
  17. Salam,

    Permasalahan wahabi, syiah dan pelbagai perbezaan fikrah adalah isu lapuk berpunca dari kelalaian kita sendiri dalam mencari ilmu. Ambil iktibar dengan sabar berlapang dada dalam mencari kebenaran. Yang kerap menjadi isu besar bila sikap melampau diantara umat islam yang besar nafsunya, cinta dunia dan tiada keikhlasan dalam mencari Allah.

    Perselisihan khalaf dan salaf sudah lama berlaku dan tidak menjadi permasalahan besar melainkan bagi mereka yg ekstreem (lemah daya akal, tinggi emosi, kuat nafsu dunia, cetek ilmu dan taklid membabi buta, taksub pada sesuatu /guru)

    Jalan terbaik, betulkan niat, ikhlaskan diri semata mencari keredhaan Allah dan pergi berguru. Carilah guru khalaf, salaf,pro-ikhwannul muslim,tasauf dan selepas itu berfikir dan mengkaji dengan ikhlas semata mencari kebenaran..InsyaAllah Allah akan memberi hidayah bagi mereka yang ikhlas ingin kembali padaNya dan mengikuti Sunnah RasulNya..

    Orang-orang yg bertakwa dan soleh tidak akan mudah menuduh saudara Islamnya begitu mudah dalam soal sesat, kafir secara sembrono.Tidak pula mereka menerima secara taksub para guru tanpa sedar tiada Guru-guru yang maksum.

    Jika kita benar cintakan kebenaran, cintakan Allah dan kasihkan Rasul Allah. Maka contohilah mereka yg bersikap begitu dari para sahabat, tabieen, tabi-tabieen dan ulama yang soleh. Mereka berikhtiar mencari ilmu Allah tanpa berputus asa dan berguru sebanyak mungkin semata mencari kebenaran.

    Jadi jangan sesekali kita sangka, kajian ilmiah melalui bacaaan segedung pustaka, istiqamah menghadiri majlis kuliah, Phd dalam penkajian syariat, khatam sekolah pondok dan beserta para salik tareqah lalu kita jadi UJUB, TAKBUR dan terpdaya dengan ilmu dan nafsu untuk mengata orang lain jahil, sesat dan rasa diri cukup ilmu secara sembrono.

    Belajar sejarah kenapa adanya khilaf, fikrah dan apa yang tersurat dan tersirat disebaliknya..

    Segala ilmu dan kebenaran adalah dari Allah dan milik Allah.


    wallahualam

    BalasPadam
  18. VAIRUS - VAIRUS WAHABI:

    vairus wahabi akan menyerang mereka yang kurang ilmu alat dalam agama terutama pelajar -pelajar yang baru nak mendalami agama, kerana minda mereka ini masih lagi kosong ,

    serangan mereka dengan peluru yang bertopingkan slogan Al-Quran dan As-Sunnah yang sohehah PADA SANGKAAN MEREKA .

    benting mereka ....mereka menganggap (selain dari fahaman mereka )semuanya mengunakan akal sahaja (aqliyian )bukan dari Al-Quran dan As-Sunnah yang sebenar dan ianya perlu ditolak .

    kebodohan mereka ...tata bahasa arab seperti pelajaran balagah dibuang tidak dibenarkan belajar kerana dianggap ilmu tidak memberi manfaat kerana banyak mengunakan akal(di university islam madinah pada tahun 1995 dibuang madah ilmu balagah dari kuliah dakwah wa usuluddin)dan ilmu mantik juga diharamkan belajar kerana ilmu yang mengunakan aqal .

    baja mereka ...adalah pelajar yang balik dari universiti madinah ,jordan,india ....yang berbekalan ilmu dari malaysia melalui SMU,SPM,STU,dan empat sanawi.jarang yang berpendidikan pondok dan tinggi terpengaruh bila kesana, kerana mereka dah ada asas yang boleh menilai.

    penyelewengan mereka ....dalam bab aqidah yang tidak mahu menerima ahli tafsir yang muktabar dan lebih condong kepada zohir yang mereka mahu sehingga ternafi pandangan ulama'yang diiktiraf .

    peluru makan diri, mereka taburkan slogan berpegan kepada al-quran dan as-sunnah ,tak perlu kepada mazhab kerana tidak ada zaman Nabidan mereka bukan maksum,yang berpegan kepada mazhab adalah bidaah ,tapi hakikatnya setiap pegangan mereka berwiridkan ibnu taimiyah sebagai pemanis mulut mereka dalam setiap hujjah,sedangkan ibnu taimiyah bermazhab hambali .... An-Nuria

    BalasPadam
  19. nowonder.... muslim akhir zaman mcm buih2 ...

    Kenapa muslim berpecah... inilah puncanya...

    Walluhuaklam....

    Saya,,, berpegang dengan al quran dan sunnah...
    dan tabiin dan at tabiin...

    Yang sahihnya.... semua baik ulama atau awam tidak maksum... kesilapan menerima ilmu, tidak memahami apa yg diajarkan dan mengambil jalan mudah untuk belajar (sebahagian2) ...

    Belapang dada lah untuk belajar... pendapat manusia ada yg betul dan ada yg tidak betul pada keadaan dan masa....

    Jangan bertelagah.... ambil quran dan hadis...

    Kita boleh menolak pandangan yang dikeluarkan oleh manusia... tetapi apa yg ada dalam al quran dan hadis.. nauzubillah ... tidak boleh walaupun satu ayat...

    Berserah lah diri kepada allah,,,, jgn suka menghukum.. kerana kita tidak dilahirkan didunia untuk bercakaran... tetapi menyembah allah dengan cara apa yang disarankan didalam al quran dan disunnah melalui Nabi Muhammad SAW...

    So,,, up to u all.... kalau all u fikir... bertelagah sesuatu perkara itu lebih menguntungkan... buat la...

    Tapi yang pasti.... ahli kitab & musyrikin ..
    mereka telah berjaya..... menakluk dunia....
    Kita orang Malaysia.... Agama dan Tanah air dah nampak dok bercelaru.....

    Fikirlah....

    BalasPadam
  20. hmmm.. siapa ya imam as-syafie rh, imam ahmad, imam abu hanifah,imam malik, al bukhari, muslim.. siapa ya mujahid, sufyan ath-thauri, al uyainah, ibn khuzaimah, qataadah dll rahemahumullah. apa pula aqedah mrk. tentu dijawab aqeedah ahli sunnah wal jamaah,. ermm apa kata mrk2 mengenai aqeedah. apakah sama macamkita? yg a'leem sila komen. semoga allah bimbing kita kejalanNya yg lurus. sebagaimana garisan yg di buat oleh nabi SAW yg di riwayatkan oleh ibn mas'ud ra. as-syafie Rahemahullah. kita yg bersanadar pd mazhabnya.bagaimana imam as-syafie r. mengungkapkan pemasalahan tauhid.

    BalasPadam
  21. Dah selalu sangat saya jumpa perdebatan antara Wahabi dan Ahli Sunnah. Itu tak masuk antara pro hadith dan anti hadith, orang tarikat dengan orang tak tarikat. Bagi saya, perdebatan itu hanya menzahirkan kebodohan kita semata-mata.

    Pegangan kita tak ke mana sebenarnya jika kita sendiri tahu kita bukan seorang yang iklhas, melainkan hanya untuk diketahui serba berilmu.

    Apa yang penting ialah titik pertengahan dalam perdebatan itu - dan Tuhan memang dah ajar macam mana mencari titik pertengahan itu. Nabi juga ada menyatakan titik pertengahan itu.

    Yang penting kita tuntutlah ilmu berhubung tipu daya Iblis dan tipu daya Yahudi dan Kristian. Ilmu berhubung tipu daya ini pun silap-silap sampai mati kita tak habis mempelajarnya.

    Saya tidak akan nyatakan apa titik pertengahan itu di sini, cukuplah saya katakan bahawa jika kita baca Quran secara ikhlas, semata-mata untuk mencari panduan bagaimana untuk berlaku adil secara ikhlas, dalam menghadapi konflik percanggahan pendapat, kita akan menemui cara-caranya yang mengajar kita bagaimana untuk berikhlas diri menghadapinya.

    Ingatlah bukan mazhab atau tarikat itu yang buat kita jadi baik, tetapi bagaimana kita boleh jadi baik dengan memilih untuk menyertai sesuatu golongan itu. yang pasti iman kita tidak ada nilainya sekiranya penyertaan dalam sesuatu golongan itu hanya menjadikan kita terasa-rasa mulia diri dan berbangga-bangga dan memandang rendah iman orang lain.

    Wallahu a'lam. dari yang banyka dosa dan tak berani menuduh orang lain serba berdosa. jauh lagi nak mengatakan sesesorang itu sesat atau jatuh kufur, lebih-lebih orang-orang yang telah meninggal dunia. Tolonglah jangan jadi Tuhan. Cukuplah Tuhan sahaja yang tahu sipa yang betul atau salah jalannya.

    BalasPadam
  22. tambahan -

    banyak orang kutuk Islam Hadhari. Ok fine. Tapi dalam kubur nanti ada ke Islam Shafi'e, islam Taimiyyah, islam Shiah, islam Ahli Sunnah, islam tarikit naqsyabandi. Tidak ada bukan. yang ada ialag - siapa saudara kamu? dan jawapannya ialah Orang Islam. Masa kita jawab tu, agak-agaknya ada tak kita labelkan pada golongan tertentu. Sudah tentu tidak. Sesiapa pun orang Islam, tidak kita apa golongan masa hayat mereka, itulah yang akan kita akui saudara kita masa kita dalam kubur nanti.
    Wallahu a'lam

    BalasPadam
  23. salam alaik saudara2 semua.. maafkan ana sekiranya cara ana bertanya ini salah. ana baru sahaja ingin mendalami apa sebenarnya ini wahabi ini dan apakah fahaman wahabi ini. setakat ini ana cuma berpandukan ustaz2 di pengajian tinggi di tempat ana menuntut, internet dari pelbagai sumber, termasuk dari author yg berpegang shiah,sunni wahabi dan juga christian yg mempelajari kitab alquran.dari apa yg ana selidik, ana setuju benar dengan pendapat ummi hanis diatas tetapi ana mungkin tidak memahami banyak lagi tentang islam.. semakin ana baca comment2 anda sekalian, saya menjadi makin keliru kerana setiap 'argument' yang anda kemukakan tidak disertakan dengan ayatullah dan hadith authentic dari rasul muhamad s.w.t. maksud saya setiap argument itu tidak disertakan secara ilmiah tetapi meletakkan hadith setelah memberi semua argument.faham kan maksud ana. bantu ana supaya tidak terus keliru. terima kasih.

    BalasPadam
  24. Sebagai tambahan,

    ikutlah kata-kata mereka yang memeluk Islam terkemudian di mana mereka mengatakan nasib baik mereka kenal Islam pada zat agamanya dan bukan berdasarkan kepada penganutnya.

    Maknanya Islam itu perlu dikenal pada sumbernya. Walaupun saya bukan bermazhab hambali dan tidak cenderung kepada pemikiran mereka (yang dilabelkan sebagai Wahabi oleh orang luar Arab Saudi) tetapi saya tetap hormat mereka kerana saya pernah mimpi kaabah roboh dan dikelilingi oleh berhala dan kepercayaan khurafat- lalu datang tentera As Saud memecahkan segala benda yang menyebabkan jemaah haji atau umrah membuat kerja syirik dan khurafat.

    pengalaman di mekah memang banyak lihat orang buat kerja syirik di Kaabah, tapak rumah Rasul dan Tapak rumah Arqam Abi Arqam. Cuma saya sedih sebab saya sayangkan tapak-tapak sejarah yang dimusnahkan oleh Kerajaan Arab saudi. Namun begitu, antara dua mudarat - iaitu antara penyebab syirik dan kazanah sejarah, mungkin mereka pilih untuk merobohkan penyebab syrik yang tiada terampun dosanya. Jadi tak boleh nak salahkan mereka. Peganglah ayat 84 : Al israk

    BalasPadam
  25. tq so much nurul azmi. yup, no one think about the questions that will be asked in kubur nanti..humn..ryte2.. i never thot about it before..
    allah... i need to know more..

    BalasPadam
  26. Ingatlah apa kata Iblis pada Allah .. "(sesungguhnya yang tidak dapat dipengaruhi tipu daya Iblis ialah hamba-hambaMU yang ikhlas) - Dalam Surah Al Hijri (kalau tak silap) Dan lagi Allah menyatakan tipu daya Iblis juga tidak akan dapat menguasai orang yang sentiasa berserah (tawakkal) kepada Allah, yang tidak berputus asa dari rahmat dan keampunannya dan sentiasa mahu bersaudara atas dasar keimanan di samping menghormati kepercayaan orang lain.
    Dan Allah juga pesan supaya kita jangan sempit dada dengan orang yang tak sehaluan. Yang penting, jika kita sudah ada sesuatu jemaah atau mazhab, beristiqamah lah dengannya semata-mata kerana Allah dan menjauhkan diri kita dari berbangga-bangga dengan golongan itu (Ar Rum 30-33)

    Saya pernah mimpi orang ramai tawaf terbalik. Ingatlah Kaabah itu secara maknawinya hati kita. Dan bayangkanlah hati umat Islam dah terbalik dan menyongsang. Dalam mimpi itu saya cuba minta mereka patah balik, tapi arus manusia itu terlalu besar. Silap-silap saya pula mati terpijak. kenapa hati terbalik, sebabnya kita tidak tadabbur Quran. Apa itu tadabbur? Iaiti membaca dan meneliti makna Al Quran. Yakinlah, tidak ada yang paling baik dalam menambah ilmu yang mendatangkan keimanan melainkan tidak putus-putus mengkaji AL Quran dan berulang khatam samia mati, dan membaca kitab-kitab tafsir dan buku-buku hadis. Apa-apa dalam perkara ghaib jangan sekali-kali cuba berpendapat dan belajarlah dari guru-guru. Insya Allah, ALlah akan sampaikan ilmu yang benar dari guru-guru itu. Selebihnya tawakkal.

    Pengajaran dari hadis Nabi: JIka diceritakan kisah Israiliyyat, janganlah didustakan dan janganlah dipercayai terus, tapi katakanlah "Aku percaya pada Allah dan rasulNya". Dan begitu juga zaman sekarang, apa-apa pun perkhabaran tentang mana-mama ulama atau mazhab, atau apa-apa cerita, katakanlah "aku percaya pada Allah dan Rasulnya". Jika perkhabaran itu benar, Insya Allah, Allah akan sematkan dalam hati kita dan senang hati kita menerimanya. Dan jika ia dusta, insya ALlah, akan Allah temukan penafiannya. Yang penting, dengar atau bacalah sesuatu atas dasar takut kepada Allah dan takut termasuk golongan yang salah dan takut tercela atau sama-sama mencela golongan yang dikasihi Allah.

    Apa yang saya katakan ini adalah berdasarkan pengalaman sebenar, semata-semata untuk berlaku adil menghadapi konflik umat Islam yang besar ini.

    Wallahu a'lam. Jika ada apa-apa ilmu kongsikanlah dengan saya. Suka saya mempelajari sesuatu yang saudara--saudara tahu. Tak segan saya akan anggap saudara sebagai guru saya jika ada sesuatu ilmu yang baru saya belajar dari saudara.

    BalasPadam
  27. Sekadar nak menambah sedikit,

    Terdapat satu hadith di mana Nabi SAW melarang sahabat-sahabatnya membicarakan tentang zat ALlah, tetapi kenalilah ALlah melalui penciptaanNya yang terlalu banyak, tidak terhitung dan bermacam-macam ragamnya. Antaranya gelombang telefon dan teknologi penerbangan yang ada dalil-dalilnya dalam Quran.

    Oleh itu, sebaik-baiknya kita berdiam diri sahaja bila ada perbicaraan atau perdebatan mengenai perkara ghaib. Malah perkara sejarah itu (Surah Kahfi) sendiri perkara ghaib dan Allah melarang kita memperkatakan sesuatu yang kita tidak ada fakta mengenainya.

    Janganlah disanggah atau cuba dipertahankan sesuatu yang semata-mata pandangan, melainkan katakanlah "Aku beriman dengan perkara yang ghaib dan perkara yang sudah jelas di mata, aku beriman dengan muhkamat dan aku beriman dengan mutasyabihat, dan tiadalah apa yang aku harapkan melainkan apa-apa pengetahuan itu menambahkan takutku kepada Allah jua, bertambah rasa kasihku kepada Nabi SAW; serta menjadikan aku semakin kuat semangat untuk beramal ibadat untukNya".

    Wallahu a'lam

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...