"Saudara baru hanya disyaratkan mendahulukan nama Islam pada nama asalnya, seperti Ahmad Chong Ah Kau. Keputusan itu dibuat dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (JFK) pada 28 Januari 1981.
Fatwa lain yang turut dibuat ketika itu ialah penggunaan istilah ‘bin Abdullah’ atau sebarang nama di dalam Asma Al Husna yang dimestikan terhadap anak tidak sah taraf. Mereka (Perlis) boleh pakai (keputusan pengharaman ‘bin Abdullah’ dalam nama saudara baru). Kita, MFK tidak pernah memutuskannya (pengharaman ‘bin Abdullah’).
Sebelum ini, bagi saudara baru, kita (MFK) hanya putuskan nama awal perlu ada nama Islam, tetapi bin atau binti, tidak kisah. Sama ada mereka hendak kekalkan nama keturunan atau tidak, tidak mengapa," kata Ketua Pengarah JAKIM ketika dihubungi berhubung keputusan Majlis Fatwa Perlis mengharamkan bin Abdullah bagi muallaf.
Nota: Bagi saya, ini satu lagi contoh kedangkalan pendokong-pendokong Wahabi. Semua ulamak Malaysia tahu, malah rasanya semua mufti tahu bahawa tidak pernah dilarang jikalau muallaf mahu mengekalkan nama sebelum memeluk Islam dan berbin Abdullah atau tidak. Contohnya, antara yang dikenali, Ridhuan Tee, Farid Ravi dan lain-lain. Asalkan maksudnya baik dan sesuai. Yang diorang nak kecoh-kecoh apa kes?
Maka, selagi boleh ditimbulkan, maka Wahabi ini suka sangatlah menimbulkan perkara-perkara remeh begini (saya kata remeh sebab memang dah lama dibincangkan, tahun 1981 lagi - perkara-perkara yang lebih penting mereka tak pulak timbulkan, mungkin sebab tak tercapai di akal mereka) yang menampakkan kononnya mereka ini peka dan up to date.
Tapi, dah memang namanya Wahabi, maka kerjanya memanglah selalu ingin menghukum. Maka jatuhlah hukumnya haram ber-'bin Abdullah' bagi saudara baru. Maka rakyat Perlis tidak boleh lagi memilih nama yang baik-baik. Kalau nama sebelum Islamnya Kodok A/L Tapai, maka selepas Islamnya, namanya pun mungkin Ahmad Kodok Bin Tapai.
Untuk lebih perbincangan dengan pendokong-pendokong Wahabi, boleh ke web al-ahyertakyerkam.net.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan