Isnin, 12 Mac 2007

Bloggers Adalah Pembohong, 80 Peratus Dari Mereka Wanita Menganggur

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Hrkh) - Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Khamis lalu (8 Mac) menyifatkan kesemua pengendali blog (bloggers) di dalam Internet sebagai pembohong dan 80 peratus dari mereka ialah wanita-wanita yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanita".

Beliau berkata demikian pada sidang media Jualan Murah GP Malaysia apabila ditanya mengenai tuduhan di dalam blog seorang penyampai TV. Mereka yang hadir pada mulanya terperanjat tetapi kemudiannya tertawa.

Beliau berkata, beliau mungkin akan kehilangan sebahagian pengundi wanita tetapi beliau tidak menarik balik kenyataannya atau membayangkan beliau hanya bergurau.

Beliau berkata, bloggers menyebarkan khabar angin, menganggu keharmonian sosial dan kebanyakan bloggers suka memfitnah dan menipu orang ramai melalui blog mereka.

"Kesemua bloggers tidak mahukan perpaduan nasional. Negara kita berjaya kerana kita bertolak ansur antara satu sama lain, jika tidak, akan berlaku perang saudara, Melayu membunuh Cina, Cina membalas dendan dan membunuh Melayu, orang-orang India pula akan membunuh setiap orang".

Beliau menggesa rakyat Malaysia supaya jangan mudah mempercayai bloggers dan memperjudikan masa hadapan kita kerana pencapaian kita setelah 50 tahun merdeka bukanlah sesuatu yang mudah.

"Kita mesti menunjukkan sikap yang positif, jika dunia belajar bersikap tolak ansur seperti kita, dunia akan aman, tanpa perang atau perang saudara".

nota: Saya terasa sebenarnya. Kenyataan yang terlampau umum. Secara langsung rasanya tidak refleks kepada kita. Mungkin yang banyak buat onar dan terang-terang membuat fitnah segelintir blogger sahaja, terutamanya blogger dalam hal-hal politik. Tapi kenapa kenyataannya "Kesemua Bloggers Adalah Pembohong?"

11 ulasan:

  1. Tu ler... betulker 8000 blogger ni wanita pengangur? Ya tak patut kata semua blogger adalah pembohong :(

    BalasPadam
  2. siapa la penasihat IT menteri ni ye...

    BalasPadam
  3. Hahak.. Penasihat IT. Aku rasa dia baca blog2 pengkritik terus panas..

    BalasPadam
  4. err, di mytoday sibuk dok cari macam mana 'tengku' adnan ni dapat tengku...hehe. tengku jadian rupanya.

    BalasPadam
  5. ni lah kesan dia apabila si jahil mengenai internet berucap.. :(

    BalasPadam
  6. sgt mendukacita mendgr fakta bangang yg tak berasas. Perempuan mmg ramai menganggur tetapi 80% blogger adalah wanita adalah 100% fakta yg salah. Mungkin hanya 2% blogger wanita yg menganggur dan mereka tiada masa utk berbohong.

    BalasPadam
  7. [...] aduh..sakit nya hati aku mendengar fakta bodoh sebegini. Aku baca berkaitan isu ini di blog mail dan lelabu. [...]

    BalasPadam
  8. ha meh wanita yang komen

    apa punya menteri la :)

    wanita bloggers?penganggur?wife die pun same kot..ekekekekeke..

    ok2..tnk jadik emosional:)

    quote ni je

    "Kesemua bloggers adalah pembohong, mereka menipu orang ramai dengan menggunakan pelbagai helah. Berdasarkan apa yang saya difahamkan, dari 10,000 bloggers yang menganggur, 8,000 adalah wanitaĆ¢€.

    siapalh agaknya yang memahankan die tu..meh le kite ajak die minum kopi ke..huehuehue..

    BalasPadam
  9. Lawak tahap gaban la die ni, sape la penasihat IT dia tu? ...

    BalasPadam
  10. yeke 80% pembohong
    takkan ramai sampai camtu

    BalasPadam
  11. hahahahahahahahahaha

    orang tua denial

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...