Selasa, 28 April 2009

Aku Mohon Berlindung Dari Kemabukan Kuasa

Ada bos yang suka menggunakan kuasa yang dia ada untuk memerah keringat anak buah semahu-mahunya.


Anak buah akan menurut arahan bos sebegini kerana bimbangkan periuk nasinya.


Bila bos tadi sudah kehilangan pangkat. Jumpa tengah jalan anak buah akan buat tak kenal sahaja.


Aku bermohon dari Allah, semoga aku menjadi ketua yang tidak memerah keringat anak buah. Tidak gila kuasa dan pangkat. Dan sentiasa melayan anak buah ibarat kawan dan saudara. Moga-moga apabila dia berjumpa aku di jalanan, sekurang-kurangnya dia akan mengangkat tangan menegurku.


Pembaca yang pernah menjadi anak buah aku sebelum ini, selama aku menjadi ketua ini. Adakah aku ketua dari golongan pertama atau dari golongan kedua?



*gambar sekadar hiasan.ada sapa-sapa nak bagi aku sebijik menda nih?


Rabu, 22 April 2009

Apa Kaitan Susu dan Nak Melepas?

Aku kesian dengan anak aku. Yang sampai hari ni sudah 4 hari tidak melepas. Mungkin sebab tukar susu. Pasti dia akan berhempas pulas meneran sebelum hajatnya dapat ditunaikan.

Sebelum ini aku berikan dia susu Friso. Friso dikira antara susu golongan sederhana macam aku. Satu tin Friso (900g) harga dah RM40. Anak aku minum satu tin susu dalam lima hari saja dah habis. Itu aku belum bagi dia minum Enfagrow (susu anak orang kaya, RM80 setin). Dan tak sampai hati pulak nak bagi dia minum DutchLady (RM10, 900g). Jadi aku tukar kepada yang tengah-tengah. Tukar kepada Dugro yang RM20, 900g. Nanti kalau abah kaya kita minum susu mahal balik ek.

Sebenarnya susu ni sama saja yang mahal ke yang murah. Cuma yang berbeza adalah kandungan vitamin atau zat-zat yang dicampurkan dalam susu tu. Yang paling penting adalah DHA untuk pertumbuhan otak. Kalau susu yang mahal tu kandungan DHA dia ada yang sampai 30mg per 100g susu. Kalau Friso tu dalam dekat-dekat 20mg saja. Kalau DutchLady tu bayangkanlah berapa mg DHA saja yang ada.

Jadi, sebagai ganti DHA, insyaallah aku akan lebihkan memberi anak aku makan telur, ikan, dan makanan-makanan yang kaya dengan sumber DHA.

Satu lagi sebab mengapa tukar susu adalah untuk memberi peluang adik dia yang bakal dilahirkan bulan Mei nanti untuk merasa susu yang kaya DHA. Susu Frisolac untuk adik dia harga dah RM50 setin. Fuhhh.. kalaulah adik dia jenis minum susu tak hengat macam dia. Boleh botak kepala abah dia ni.

Itulah saja bebelan untuk hari ini.

Selasa, 21 April 2009

Lobang Kerja Lagi

Sebab aku tak tahu nak tulis apa. Aku buntu. Tak ada idea.

Ini ada dua lobang kerja untuk saudara mara atau diri kalian sendiri.

Iklan Jawatan Kosong (juruteknik/pembantu teknik)


Sila bertindak pantas kerana tarikh tutupnya adalah pada 30 April 2009.

Sekian.

Khamis, 16 April 2009

Air Kolah Tujuh Masjid

Kalau di kampung-kampung, bila ada yang demam tak mahu kebah. Orang-orang tua selalu suruh pergi mandi dengan air kolah tujuh masjid. Sekali dengar macam tak logik saja air kolah tujuh masjid boleh sembuhkan penyakit. Oleh itu, mari kita dengar kata saintis leLabu tentang perkara ini. :-)

Kita tahu tangan kanan kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk penghadaman dan elok untuk kesihatan badan. Sebab itu sunnah makan pakai tangan, bukan dengan sudu-garfu atau chopstick.

Kita juga tahu tangan kiri kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk membunuh bakteria. Sebab itu kena cebok pakai tangan kiri.

Bagi sesiapa yang pernah pergi masjid, ambil wuduk dengan menggunakan air kolah, kita akan mencelupkan kedua-dua tangan kita dalam air kolah. Ketika itu, enzim-enzim dari tangan kanan dan kiri kita akan masuk berpindah ke dalam air kolah.

Enzim-enzim di tangan kanan dan kiri kita cukup untuk tubuh badan sendiri.

Bayangkan 200 ke beberapa ribu orang mencelupkan tangan dan meninggalkan enzim-enzim baik ini dalam air kolah masjid tersebut. Air kolah itu kini penuh dengan enzim-enzim baik daripada kaum mukminin yang rajin ke masjid.

Lepas tu kita gunakan pula air kolah tadi untuk mandi. Enzim (ubat) daripada beberapa ribu orang mukmin telah menjamah tubuh seorang yang demam tadi.

MasyaAllah. Hebatkan.

Rupa-rupanya orang-orang tua kita dulu lagi hebat dalam ilmu perubatan.

Jadi, kalau rasa tidak sihat badan, rajin-rajinlah ke masjid.

Aku juga akan pastikan setiap masjid yang bakal dibina akan dikekalkan satu kolah. Air paip (pili) nampaknya tidak bagus untuk masjid.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.. (eh, macam penah dengar ayat nih)

Rabu, 15 April 2009

Cicak Sangat Laju

Cicak Yang Pantas

Cicak sangat laju. Hari tu cicak melekat ats cermin depan kereta aku. Pada kelajuan 110km/j ia masih melekat. Pada kelajuan 12okm/j barulah ia terbang dibawa angin.

Ini videonya.

Cicak Yang Laju

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...