Khamis, 16 April 2009

Air Kolah Tujuh Masjid

Kalau di kampung-kampung, bila ada yang demam tak mahu kebah. Orang-orang tua selalu suruh pergi mandi dengan air kolah tujuh masjid. Sekali dengar macam tak logik saja air kolah tujuh masjid boleh sembuhkan penyakit. Oleh itu, mari kita dengar kata saintis leLabu tentang perkara ini. :-)

Kita tahu tangan kanan kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk penghadaman dan elok untuk kesihatan badan. Sebab itu sunnah makan pakai tangan, bukan dengan sudu-garfu atau chopstick.

Kita juga tahu tangan kiri kita mempunyai enzim-enzim yang digunakan untuk membunuh bakteria. Sebab itu kena cebok pakai tangan kiri.

Bagi sesiapa yang pernah pergi masjid, ambil wuduk dengan menggunakan air kolah, kita akan mencelupkan kedua-dua tangan kita dalam air kolah. Ketika itu, enzim-enzim dari tangan kanan dan kiri kita akan masuk berpindah ke dalam air kolah.

Enzim-enzim di tangan kanan dan kiri kita cukup untuk tubuh badan sendiri.

Bayangkan 200 ke beberapa ribu orang mencelupkan tangan dan meninggalkan enzim-enzim baik ini dalam air kolah masjid tersebut. Air kolah itu kini penuh dengan enzim-enzim baik daripada kaum mukminin yang rajin ke masjid.

Lepas tu kita gunakan pula air kolah tadi untuk mandi. Enzim (ubat) daripada beberapa ribu orang mukmin telah menjamah tubuh seorang yang demam tadi.

MasyaAllah. Hebatkan.

Rupa-rupanya orang-orang tua kita dulu lagi hebat dalam ilmu perubatan.

Jadi, kalau rasa tidak sihat badan, rajin-rajinlah ke masjid.

Aku juga akan pastikan setiap masjid yang bakal dibina akan dikekalkan satu kolah. Air paip (pili) nampaknya tidak bagus untuk masjid.

Renung-renungkan, dan selamat beramal.. (eh, macam penah dengar ayat nih)

8 ulasan:

  1. tahniah pada saintis lelabu
    mmg Islam agama yg cantik dn mulia
    segala ada didalamnya..syukur pd Ar-Rahman dgn limpah kurniaNya.pd pandangan sya, jika dilihat dr sudut batiniah, mmg x dinafikan mujarabnya air kolah masjid utk tujuan perubatan..kalau dh sakit xkebah,doktor pun xmampu nk ubt,cara ini jd alternatif..dlm hospital bila sakit dktor akn masukkan air berbotol2..caranya sama cuma beza dr segi perbuatan..bila guna air kolah,dh tentunya suci,hantu syaitan pun lari bila kita mandi dn minum air kolah masjid...ni cara perubatan dlm konteks batiniah..air kolah bersih,bila dibuat utk mandi dan minum,x mustahil kotoran dn penyakit akan hilang..
    yg penting doa dn tawakal serta usaha.pergi hspital pun usaha gak kan?
    ni sbgai cnth:- *demam=hospital=masuk air 7-8botol
    *demam=jpe uztaz/bijak pandai=cari air 7kolah
    keputusan=dua-dua boleh baik..!!
    maaf andai pandangan sya ni xmasuk akal
    tp tu lah logiknya dn berkesannya air kolah 7masjid!!
    dulu2 mana ada byk hosptal dn klinik..jd ayat2 Al-Quran jd penawar..mmg betul kata saintis lelabu..org dulu mmg pandai dn bijak..
    dn org dulu tu dh tentu org Melayu dn ISLAM!!!
    renung2kan dn selamat beramal(pinjam ayat lelabu)..salam

    BalasPadam
  2. kebetulan minggu lepas baru berjuang carik air 7 masjid ni.

    tapi nak tanya. sama ke mujarab nya kalau masjid tu takde kolah?

    bila tanya bilal/imam kat situ, diaorang cakap sama je. takde plak explain bab enzim2 baik tu.

    sila tunjuk ajar! =)

    BalasPadam
  3. sebab bilal/imam kat situ tak blajar sains kot.

    aku dapat ilmu ni lepas attend kursus dengan dato' dr fadhillah kamsah.

    itu dari segi enzimnya. tak citer dari segi molekul air berubah bila dibacakan ayat-ayat al-quran.

    tapi kalo pikir, tentu air paip tu kurang mujarab.. hehe.

    BalasPadam
  4. cik lelabu... saya ada hantar email kepada cik lelabu berkenaan 7 kolah masjid. bole tlg cek...

    BalasPadam
  5. cik lelabu tau tak kt mne blh cr air 7 kolah ni? ada keperluan yg mustahak.. klu cik lelabu tau blh tlg email sy? trm ksh ats pertolongan cik lelabu..

    BalasPadam
  6. air kolah 7 masjid ada di tujuh buah masjid laa cik.

    BalasPadam
  7. Nak tanya cik lelabu camana nak wat blog. harap bg tau tima kasih

    BalasPadam
  8. saya diberi sebuah warung yg penuh mistik.org tak masuk.panas .suka gaduh sesama sendira.laku sehari tak sampai 50 rgt.pebelajaan 300 rgt.teringat seorang sami di ceras,memelok islam setelah meminum 7 air kolah setelah baik sakit santau yang gagal di ubati olih 80 bomoh sebelumnya.apa lagi terus saya ke 7 buah misjid ambil air kolah di campur,baca al fatehah dan selat nabi dan merinjisnya. masyalah alhadulilah,sekarang dah bertambah baik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...