Sehinggakan meja aku sentiasa berada dalam keadaan begini.
Aku tahu ramai yang cemburu dengan bilik aku yang kelihatan agak kemas dan meja yang tidak berserabut. Macam tak ada kerja saja. Kalau berani, gantilah tempat aku ni tengok aku ni banyak kerja atau tidak. :-)
Aku ada tips untuk kamu semua yang inginkan meja sebegini.
- Jadikan setiap kerja sebagai bola panas. Jangan pegang lama-lama nanti melecur tangan. Bila dapat surat atau dokumen yang perlukan tindakan. Lakukannya. Kalau tidak tahu nak buat apa, sila minitkan kepada kerani anda, "Fail kepada saya.TQ" dan secara automatiknya dokumen itu akan keluar dari bilik anda. Selepas itu rujuk fail untuk mendapatkan idea apa yang perlu dibuat.
- Jangan tunggu pembantu am pejabat untuk memungut dokumen anda. Hantar sendiri kepada kerani anda atau boss anda untuk tindakan seterusnya. Berjalan boleh jadi satu senaman yang baik. Jangan duduk sahaja nanti kerusi yang cantik itu cepat rosak. Sebab itulah di atas meja aku tiada tray in-out-kiv. Aku benci tray itu.
- Jangan simpan sebarang fail dalam bilik anda. Pastikan setiap fail yang sudah diambil tindakan dipulangkan ke bilik fail. Bagi fail yang dalam proses tindakan, sila simpan dalam kabinet besi yang disediakan. Jangan meletakkannya di atas meja untuk tontotan umum dan menyemakkan meja. Tiada apa yang nak dibanggakan jika fail yang tertulis sulit/rahsia/rahsia besar itu berada di atas meja. Ia hanya menunjukkan kebangangan anda sahaja.
- Siapkan minit mesyuarat secepat mungkin dan hantarkan draft minit tersebut kepada boss dengan kadar segera. Jangan simpan apa-apa di atas meja. Hanya simpan dalam hard drive komputer.
- Susun kerja. Selesaikan kerja yang mudah-mudah dahulu. Yang susah-susah sila bincangkan dengan boss dan berdoa agar boss mengarahkan sesiapa untuk berpasangan menyelesaikan tugas tersebut. Jadi kerja-kerja yang susah tadi akan berada di meja pasangan tersebut, bukan di meja anda.
- Amalkan FIFO. First in first out. Kecuali kerja susah yang perlukan rujukan perkara 5 di atas.
- Sentiasa penuhkan tong sampah anda dengan dokumen yang tidak berguna atau sentiasalah menggunakan shredder.
- Berjalan tersangat laju di dalam pejabat. Nanti boss tak sempat tahan untuk bagi kerja.
Ok. Itu sahaja. Semoga bermanfaat.
dude, number 8 tuh takleh buat sebab boss pun jalan sangat laju. huhuhuhuhu.
BalasPadamnampaknya sudah tiba masanya untuk ko tambah cc kaki ko itu. hahha.
BalasPadamoh, meja aku kembali kosong lepas semua kerja masuk pagi ini disetelkan. eh, baru 9.30 ek?
:-)
aku pun dulu meja macam tu juga
BalasPadamramai kawan pejabat pelik, macam tak de kerja jer. 'Filing System' amat penting (QA lagilah banyak dokumen)
kalau meja serabut, otak lagilah pulak
p.s aku belajar daripada boss HR
wah kagum saya.
BalasPadamsaya melambak lagi nak siap keja.
hehehehehhe
wah bagusnya. blog yg menarik. sy pon mahu jd spt anda. organized.
BalasPadamhehehe meja aku pon kosong, org selalu igt aku takde keje....
BalasPadampadahal mmg aku x suke simpan fail atas meja walaupun tgh dalam tindakan. ada org suke letak fail penuh2 sampai tak nampak org, supaya dia kelihatan bz. wth?
bagus2, ada gak yang sependapat.