Selasa, 28 Julai 2009

Asyik Kerja Saja Nanti Jadi Bodoh

All work and no play makes Jack a dull boy
Ini adalah pepatah Mat Salleh yang memberi maksud, asyik kerja saja nanti jadi bodoh. Atau asyik serius sangat nanti tak reti nak senyum. Itu tafsiran aku saja.

Berada bawah beberapa ketua membuatkan aku mula membanding-bandingkan. Seingat aku, bermula dari Ogos 2008 ketika aku mula berpindah ke organisasi baru ini, dan hampir masuk setahun ini, tidak pernah ada aktiviti bersama keluarga yang dianjurkan. Family day jauh sekali. Nak kenal-kenal keluarga staf memang susah sekali. Kalau boleh kenal pun, kerana pengasuh tak ada dan staf terpaksa bawa anak ke pejabat.

Tidak seperti di organisasi terdahulu, banyak aktiviti bersama keluarga yang dianjurkan. Boleh juga melepaskan tekanan ketika melakukan aktiviti jungle trekking, BBQ dan main tarik tali ketika family day.

Kadang-kadang kepala aku rasa macam nak pecah. Selagi belum tutup mata, kerja, kerja, kerja!

Rabu, 22 Julai 2009

Test Automatic Tag To Link

Dengan plugin ini, setiap perkataan dalam post ini, yang perkataannya adalah tag, maka secara automatiknya perkataan tersebut akan dilinkkan ke muka surat untuk tag tersebut.

Contohnya, jika tag itu adalah zarina ann julie, maka, zarina ann julie tersebut akan dilinkkan. Oh, aku tidak pernah melinkkan zarina ann julie itu sendiri. Ia berlaku dengan automatik.

Isnin, 29 Jun 2009

CuepacsCare : Masa Menunggu 9 Bulan?

Kepada sesiapa yang ingin masuk CuepacsCare. Ini masa menunggu sebelum diri anda dan keluarga anda dicover sepenuhnya.
  1. Tiga bulan menunggu (selepas tandatangan borang) sebelum gaji anda dipotong oleh Angkasa untuk CuepacsCare.
  2. Selepas tiga bulan gaji dipotong, barulah Cuepacs akan menyumbang kepada syarikat takaful (barulah secara efektifnya anda mencarum untuk CuepacsCare). Aku confuse, potongan dua bulan lagi tu Cuepacs letak mana? Masuk poket siapa?
  3. Selepas tiga bulan barulah diri anda dan keluarga anda dilindungi sepenuhnya dan menikmati kemudahan-kemudahan itu.
Jumlah masa menunggu: Sembilan (9) bulan! WTF?!

Nampaknya ramai kawan-kawan sepejabat aku tertipu dengan ejen itu! Manis mulut bila berbicara!

Satu saja pesan kepada Cuepacs: Performance Now!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-3371 4248 (Medicare Assistance Sdn Bhd-CuepacsCare) atau emel ke mediline@tm.net.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...