Rabu, 30 September 2009

Jemputan Ke Rumah Terbuka

Dengan berbesar hati gua jemput lu semua datang ke rumah terbuka sempena Aidilfitri famili gua di alamat:

340-A, Mukim 7, Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 3 Oktober 2009. Dari jam 12.00 tengahari hingga jam 5.00 petang.

Menu open house dua tahun lepas adalah:

Satay
Lontong
Bihun Sup
Kuih Raya

Cendol
Air Oren

Menu tahun ni belum tentu lagi. Kebarangkalian yang tinggi untuk lu jumpa:

Mee Kari
Char Koay Teow
Kuih Muih Raya

Cendol
Air Oren

Kalau lu kelapangan, daripada tersadai depan tv layan Buletin 1.30 baik lu start motor Kawasaki Er6n lu (kalau lu ada motor ni laa..), pecut datang rumah gua makan mee kari.

Peta ke rumah gua:

Lu masuk highway PLUS arah ke Georgetown/Pulau Pinang. Bayar tol PLUS, masuk ke Jambatan Pulau Pinang. Bayar tol jambatan (RM7-kereta, RM1.40-motor), pecut ke Balik Pulau. Tuan-tuan, silalah baca signboard yang ada.

Sudah sampai ke Balik Pulau, sila ikut signboard menuju ke Kem Bina Negara. Lu tegak jer sampai lu jumpa Masjid Raudhah Pulau Betong di sebelah kanan lu. Itu maknanya lu tak sesat. Kalau lu sesat memang lu tak jumpa masjid ni. Kembalilah ke pangkal jalan. Bertaubatlah.

Sampai masjid, call gua, gua bagi arah seterusnya yang perlu lu ikut.

Selasa, 29 September 2009

Rumah Terbuka La Pulak

Raya dah lepas. Open house la pulak.



Tataplah gambar raya ni puas-puas. Kadang-kadang nampak hensem pulak gua nih.

Tapi yang gua perasan, gua akan kelihatan hensem dan cerah masa gua tengah gunting rambut kat kedai mamak. Masa tu gua rasa gualah lelaki hensem berkulit cerah dikelilingi mamak-mamak tukang gunting. Rasa megah sambil dengar lagu Tamil dicorong radio.

Khamis, 17 September 2009

Anggaplah Itu Semua Cobaan

Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. (FYI: Gua cuti raya sampai 26 Sept 2009)


source

Kalau sebelum ini gua pernah kutuk lu, makan chickades lu tanpa minta kebenaran, habiskan 100+ lu yang lu simpan dalam icebox dalam bilik tu, kutuk susu lu besar tak padan ngan badan lu yang cekeding walaupun memang gua suka tengok susu lu (hehe), tak datang kenduri kawin lu walaupun masa tu gua tader buat apa cuma layan tidor, lupa nak kejutkan lu semayang subuh, lupa nak cover rahsia lu kencing dalam kayak, tak sound kawan-kawan yang cuba nak cabul lu sambil gua gelak-gelak buat rilek, ambik jungle hat lu tanpa kebenaran, tak sanggup jadi belayer lu sebab lu tu berat sangat, pecahkan rahsia lu korek hidung atas tangga masa malam mess, lupa nak hon/angkat tangan masa selisih kat jalan walaupun masa tu gua rempit 80km/h jer, gua sikat rambut belah tepi, naik basikal lepas handle, tinggikan suara, buat-buat tak tahu masa jumpa kat shopping complex, tak bayar hutang lu lagi sebab gua tengah sesak, tak balas komen lu dalam FB, letak nama lu dalam hitlist Mafia, dan lain-lain... (nanti gua tambah kalau ada lagi...)

Jangan bimbang jangan takut. Anggaplah itu semua COBAAN...

Dan lu perlu maafkan gua.

p/s: Sila-silalah tambah dosa gua kat lu yang gua tak sebut dalam ruangan komen. Nanti gua cuba minta maaf. Sebab gua ni lahir bulan Safar. Orang bulan Safar gini perangainya.

Rabu, 16 September 2009

Alias Bagi Petrol RON97 : Minyak Mahal Atau...

Ini bukan gua yang tulis. Tokei stesen minyak tu yang tulis. Gua tukang cuci gambar saja.

DSC00545

Hang Tuah Gagal Dalam Peperiksaan SPM

Video ni gua tujukan khas untuk lu yang bangga sangat dengan Hang Tuah. Apa lu ingat Hang Tuah tu bagus sangat?

Hang Tuah tu SPM pun fail lu tau tak?

Lu tak percaya?

Ini bukti gua bagi lu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...