Khamis, 17 September 2009

Anggaplah Itu Semua Cobaan

Gua nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. (FYI: Gua cuti raya sampai 26 Sept 2009)


source

Kalau sebelum ini gua pernah kutuk lu, makan chickades lu tanpa minta kebenaran, habiskan 100+ lu yang lu simpan dalam icebox dalam bilik tu, kutuk susu lu besar tak padan ngan badan lu yang cekeding walaupun memang gua suka tengok susu lu (hehe), tak datang kenduri kawin lu walaupun masa tu gua tader buat apa cuma layan tidor, lupa nak kejutkan lu semayang subuh, lupa nak cover rahsia lu kencing dalam kayak, tak sound kawan-kawan yang cuba nak cabul lu sambil gua gelak-gelak buat rilek, ambik jungle hat lu tanpa kebenaran, tak sanggup jadi belayer lu sebab lu tu berat sangat, pecahkan rahsia lu korek hidung atas tangga masa malam mess, lupa nak hon/angkat tangan masa selisih kat jalan walaupun masa tu gua rempit 80km/h jer, gua sikat rambut belah tepi, naik basikal lepas handle, tinggikan suara, buat-buat tak tahu masa jumpa kat shopping complex, tak bayar hutang lu lagi sebab gua tengah sesak, tak balas komen lu dalam FB, letak nama lu dalam hitlist Mafia, dan lain-lain... (nanti gua tambah kalau ada lagi...)

Jangan bimbang jangan takut. Anggaplah itu semua COBAAN...

Dan lu perlu maafkan gua.

p/s: Sila-silalah tambah dosa gua kat lu yang gua tak sebut dalam ruangan komen. Nanti gua cuba minta maaf. Sebab gua ni lahir bulan Safar. Orang bulan Safar gini perangainya.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...