Lepas tarawih, dulu-dulu, sebelum gua tersadai di negeri Pulau Pinang, gua akan selalu cari makanan kegemaran ni. Biasanya dengan kawan-kawan seperjuangan.
Gua teringat masa zaman pembelajaran gua dulu. Gua dan kawan-kawan selalu gerak sama-sama nak kemana-mana. Gua ingat masa gua kat Pahang, paling koman pun 5 bijik motor sekali gerak. Berderu-deru atas jalan raya. Kadang-kadang bawak laju, kadang-kadang bawak perlahan. Tapi masa tu istilah mat rempit tak ujud lagi. Kalau istilah tu ada, memang gua dan kawan-kawan ni pasti dipanggil mat rempit oleh Intan, awek depan rumah tu.
Tak payahlah cerita pasal lauk berbuka. Gua nak cerita makanan yang menajdi idaman gua setiap kali tiba Ramadhan. Ini makanan lepas solat tarawih gua:
Colek Perut + Colek Campur
Colek perut dan colek campur yang best hanya gua perolehi di Kelantan. Itu pun kalau gu-gu balik dari perantauan. Biasanya teman makan colek adalah Fuad dan Aming. Tapi dah dua tiga tahun tak pekena colek sejak gua sibuk menguruskan rumahtangga. Aming pun sibuk dok layan bini. Fuad pun dah jarang jumpa.
Tahun ni pulak gua beraya kat Penang. Lagilah tak sempat nak merasa colek perut dan colek campur yang best tu. Colek campur tu ada dalam bulan Ramadhan je. Tahun lepas balik raya di Kelantan tapi tak dapat merasa colek campur. Sampai-sampai terus sentap tengok ramai sangat dok beratur. Sampai ke tepi jalan.
Mengikut kata hati gua yang memang kurang sabar, asyik nak baran je, gua blah pegi pekena colek buah kat kedai sebelah.
Kerang Rebus
Kerang rebus kat mana-mana pun ada. Sekarang gua main rebus kerang sendiri je. Sukati gua nak makan banyak mana. Sekilo gua beli kerang hidup baru RM2. Kalau kat kedai RM3 tu baru satu pinggan kecik.
Masa gua sekolah dulu lagi mahal kerang ni. Makcik kantin yang gua dan kawan-kawan gua gelar Binyok (singkatan bagi bab* tonyok) tu jual kerang kat budak-budak ni 10 sen dua. Macam jual gula-gula. Punyalah sial makcik tu. Dia tak kira dah gua ni anak yatim, tetap dia jual 10 sen dua bijik juga. Tu belum kira jual ayam goreng yang dah berulat, jual keropok lekor yang dah berkulat dan macam-macam lagi.
Itu pun ada nafsu nak jadi pemimpin. Berkat sumpahan gua dan kawan-kawan gua masa kami belum akil baligh dululah agaknya, dia kalah masa jadi calon pilihanraya masa tahun 1999/2004 dulu. Perangai macam Binyok pun ada hati nak bertanding. Nak lawan Nik Aziz pulak tu... tak sedar diri betul. (Cheh, tak pasal-pasal gua mengumpat orang pulak bulan-bulan puasa nih.)
Colek Buah
Yang ni adalah colek buah. Colek buah biasanya menjadi pengganti bila colek perut dah habis.
Otak-otak
Yang ni paling banyak kat Johor. Kat mana-mana kedai pun ada banyak otak-otak ni. Biasanya dimakan secara regular masa tengok bola kat kedai mamak. Sampai sekarang gua masih terngiang-ngiang kesedapan dia tu.
Sekarang ni rasanya seluruh negara pun dah ada otak-otak nih. Otak-otak Kempas gua rasa nama dia. Cara nak bakar pun kena betul jugak nak bagi otak-otak ni best. Jangan bakar lama sangat nanti tak sedap.
Keropok
Ini kira paling koman. Dah tak tahu nak makan apa sangat.
Uh, bulan-bulan puasa di siang hari bercerita pasal makanan. Pedih perut gua dibuatnya...
Tu la.. Lamo doh x layan colek. Orang berkeluarga ni skalo sibuk sket.. Terlepah lagi laa tahun ni.. Aku dok kelate dekat seminggu doh ni, x dok aktiviti lepah terawih.
BalasPadamsian ko demo. ajak la aming. dio anak bini dio org kelate. konfem balik raya tahun nih.
BalasPadamtau takpa..yg dok promote makanan siang2 hari ni buat apa...adoiiii
BalasPadamkta pn mmg klw blik kelate mst cri colek perut kt t.merah, mmg sedap duk ngigau2. tp loni kta bru jmp colek perut sedap lgi dr t.mrh. colek perut di tmn selasih, btu cave gombok, sedap x leh nk oyak gano, try la rse mst nk lg. he3
BalasPadam