Rabu, 2 September 2009
Michael Jackson, Ustaz Asri & Kita Semua: Pergi Tak Kembali
Selalu terhegeh-hegeh. Gua baru perasan. Yang kita ni selalu terhegeh-hegeh.
Dulu masa Michael Jackson tu hidup tak ada pulak buka lagu di komputer masa buat kerja. Kutuk dia ada lah. Dari hitam pekat nak jadi putih melepak. Fitnah pulak dia naik "raa" dengan budak-budak.
Sudah dia mati barulah terhegeh-hegeh nak cari lagu dia. Sibuk tengok video clip dia. Budak-budak yang tak kenal Michael Jackson sebelum ni pun dah pandai buat moonwalk.
Pasang lagu kuat-kuat. Pusing dua tiga round. Media player tu pun kalau boleh bercakap dah lama dia sebut, "WTF?!"
Sama juga lah. Dulu tak minat pun dengar lagu nasyid. Macam nak bernanah telinga tu kalau dengar lagu nasyid. Lagi-lagi kalau lagu nasyid dari Rabbani. Yang boleh masuk sikit lagu-lagu nasyid jiwang dari Inteam. Lagu nasyid kurang hajar. Nak bercinta melempias nafsu pun guna nama nasyid. Itu pun hapal sebab nak tekel awek ala-ala jilbab labuh belajar sekolah Arab.
Sekarang bila Ustaz Asri dan pergi tak kembali, barulah terhegeh-hegeh cari cd Rabbani. Kononnya minat habis dengan Rabbani. Abis geledah sejarah asal-usul Rabbani. Asal dari Nadamurni lah, Al-Arqam lah. (Oh, jamaah Al-Arqam tukar nama lagi. Dulu Rufaqa', kena haram, sekarang dah jadi Global Ikhwan pulak. Aku pun dijemput sekali pergi perasmian Kelab Poligami diorang hari tu. Rugi tak pergi!)
Gua, lu, dia, mak dia, bapak dia. Sapa-sapa saja. Sama saja perangai.
Nanti bila dah mati, baru kita terhegeh-hegeh nak mintak dengan Allah pulangkan kita ke dunia. Nak buat amal. Terhegeh-hegeh. Bila ada peluang ni, tak pernah nak direbut!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kerana cinta kita semua lahir dan kembali mencari cinta yang hakiki
BalasPadam