
Kisah ni dah lebih dua minggu, tapi kena ceritakan jugak sebab itulah kali pertama seorang warganegara Malaysia kena
halau dipersilakan keluar dari ofis aku.
Ada seorang lelaki dan isterinya datang jumpa aku, sebab nak mintak kebenaran untuk jual rumah dia kepada bukan bumiputera. Di Penang, kalau nak jual rumah, orang Melayu khususnya kepada bukan Melayu, kena dapatkan kebenaran daripada ofis aku. Kalau ofis aku tak bagi nanti tak bleh pindah milik, jual pakai S&P bleh la, tapi pejabat tanah tak kan proses,
title rumah tu tetap tak tukar.
Kisahnya, lelaki ni dah pernah minta dulu, dalam tahun 2002 tapi
ditolak. Disuruh jugak jual kepada bumiputra/Melayu. Tapi tak jumpa jugak bumiputera. Maklumlah di Penang ni, rumah mahal, gaji orang-orang Melayu pulak tak seberapa. Jadi, datanglah lelaki tadi nak buat permohonan baru.
Kerani aku pun suruhlah dia isi borang, dah bagi borang
blahlah baliklah, sepatutnya. Sebab borang tuh kena hantar dengan
supporting documents sekali, tapi dia degil, nak tahu keputusan permohonan dia masa tu jugak (
mana bleh, aku kena verify dia punya permohonan dulu). Dah lah tu, tak nak dengar cakap kerani aku, nak kena aku jugak cakap ngan dia, macam lah kalau cakap ngan aku bleh lulus masa tu jugak (
sama jer cakap ngan sapa pun - prosedur tetap prosedur).
Dah dia masuk bilik aku, aku terangkanlah elok-elok, kena isi borang dulu, nak dokumen-dokumen terkini, sebab permohonan dia yang lepas dah berapa tahun, kena ada maklumat terkini. Dah dia marah-marah, cakap menyusahkan dia nak sediakan dokumen lain pulak. Banyak pulak cekadak mamat nih, dah la nak minta tolong orang, siap marah-marah orang pulak. Aku terangkan elok-elok langsung tak nak dengar, nak ikut cakap dia jer. Yang buat aku menyampah, siap
berlagak pulak tu dia manager syarikat. Aku peduli apa kau
manager ker apa?
Manager apa macam nih kalau prosedur senang, isi borang pun tak nak ikut. Masa tu jugak aku
halau mempersilakan mamat ni keluar. Dengan bini dia sekali terkedu kena
halau dipersilakan keluar dengan aku. Dah la masuk ofis aku, siap berlagak dengan aku, kan dah kena
halau dipersilakan keluar.
Esoknya, pagi-pagi lagi dia datang ofis nak mintak maaf ngan aku. Tahu pulak takut permohonan dia kena tolak. Tapi aku tak jumpa pun dia, sampai pukul 10 pagi dia tunggu tapi aku tak nak jumpa, aku tengah marah lagi, nanti lagi teruk jadinya. Dia balik macam tu jer. Dan hari ni, permohonan dia
dah diluluskan. Buat sakit hati aku pun, aku sokong untuk diluluskan jugak (
sebab memang patut disokong). Amanah tetap amanah walaupun orang sakitkan hati kita.
~leLabu~