Khamis, 4 Oktober 2007

Jom Masak Untuk Berbuka

Apa yang kita boleh masak dengan bahan-bahan ini...

DSC03007
Sayur sawi. Sayur ini adalah sejenis sayur hijau. Kalo kat Kelantan sayur ni lebih dikenali sebagai sayur lobak. Kalo korang mintak lobak merah, makcik pasar tu bagi carrot. Tapi jangan memandai-mandai mintak lobak hijau plak, nanti makcik tu hampuk kepala korang ngan sayur ni.. Kalo orang kat negeri lain, dia panggil sawi jer...

DSC03004
Yang ni namanya tomato. Korang pegilah mana pun, korang mesti panggil dia tomato. Tak bleh panggil nama lain..

DSC03011
Yang ini udang. Kalo korang tak tahu ini udang.. korang memang hampeh. Udang pun tak kenal.. bengap tahap gaban jugak la namanya..

DSC03008
Yang ni pulak kobis. Ini kobis yang tak berbunga.. kobis bunga lain ekk..

DSC03005
Yang ni cili boh.. cili boh ni adalah cili kering yang digiling bersama-sama sedikit bawang putih. Kalo cili yang digiling jer dan tak campur bawang putih namanya cili giling lah.. apa lagi namanya...

DSC03006
Yang ini pulak namanya bebola ikan.. kalo korang cari bebola ikan, cari yang keluaran bumiputera.. macam mana nak tahu keluaran bumiputera.. tengok rupa dia semacam jer tak senonohnya, tak solid macam bola-bola ikan yang lain. Tapi kalo korang memang hampeh tak reti nak beza, korang tengok nama syarikat pengeluar, kalo nama Ah Chong, tu bukan bumiputera la ngok!.. Paling hampeh, korang tengok jer yang ada tanda halal, serah kat JAKIM dosa-dosa tu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Perrghh.. penatlah pulak hurai pasal bahan-bahan..
Err.. tak yah masaklah.. Kita berbuka kat restoran jer...

Kita ajak kawan-kawan kita...

DSC03036

Jangan lupa ajak bos kita sekali.. nanti dia yang akan bayar... yang penting, parking kereta kita depan kereta bos bagi dia tak bleh nak cabut awal tanpa bayar bil..

DSC03035

Kemudian kita kena sabar menanti masa berbuka.. jangan percaya sangat dengan azan kat tv tu sebab tu azan ikut masa KL. Kita dengar radio tempatan, biasa kalo dah dekat-dekat nak berbuka ada iklan pasal makanan, kicap, restoran... tune iklan pun semacam jerk..

DSC03038

Sebelum berbuka jangan lupa baca doa.. tapi jangan baca doa awal sangat pulak...

DSC03037

Habis makan, bagi bil kat orang yang paling banyak mukanya dalam gambar-gambar di atas.. bagi dia yang settlekan...

Chow...

2 ulasan:

  1. [...] dia pun best. Korang boleh pilih untuk makan masakan tempatan Pulau Pinang atau masakan ala Thai. Kari kepala ikan dia pun memang power tak hengat. Dari segi harga, memang harga dia harga macam makan kat gerai tepi [...]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...