Jumaat, 5 Oktober 2007

Mari Bergambar Raya Bersama LeLabu

Bukannya di Penang dah sambut hari raya. Tapi kitorang saja jer tangkap gambar untuk hantar kad raya online kepada semua rakan-rakan yang lain, seluruh Malaysia. Puasa pun tak cukup lagi takkan lah kami kemaruk sangat nak raya.. Ni kira raya acah-acah jer nih..

Lelaki Idaman?
Walaupun rupa tak seberapa, ini lah jejaka yang ada untuk menjadi idaman gadis-gadis seluruh Malaya! Jangan amik kisah sangat yang dah beruban tu, bak kata pepatah, kelapa yang tua lagi banyak minyaknya.

Bak kata Karam Singh Walia, "Naik tak bertangga, turun tak berpintu!" (Sampai sekarang pening lagi dok pikir apa maksud dia!!) Hampehnya Karam Singh. Ni kalo dia jadi cikgu bahasa mesti semua budak-budak fail! Bak kata pepatah, "tupai melompat lantai terjungkit!" (mesti korang pun tak tahu apa maksud pepatah tu..)

Tiga Dara Pingitan
Haa.. ni pulak gambar tiga dara pingatan? Pelik? Jangan pelik,.. walaupun dalam gambar ada empat orang tapi yang sorang tuh dah beranak dua, takkan dara lagi kot.. hehe

Memperkenalkan, dari kiri:-

Nurul Liana - bila korang nak tepon aku, dan dail no ofis aku, Liana akan angkat dan sambil tersenyum simpul ala-ala siput sedut berkata " Bahagian Bla Bla Bla, Selamat Pagi, Liana bercakap boleh saya bantu?.." Maka dengan sendirinya korang terasa cair dan tak jadi nak marah.. walaupun tadi korang memang hangin satu badan ngan aku..

Suriani - yang ni tak yah cerita la.. mak budak nih..

Shakila - ni kira staf baru jugaklah ni. Jaga pentadbiran. Aku tak tahu lagi apa kaitan dia ngan aku dan tugas dia tader kaitan sangat ngan tugas aku. Setakat ni aku reti mintak pen jer ngan dia..

Lydia - yang ni pulak staf seksyen ekonomi. Pun tader kaitan sangat ngan aku. Tapi adik dia yang sekolah rendah yang ikut pergi Taman Negara hari tu memang mulut macam bertih. Tak henti-henti cakap.. Kalo tak dengar dia cakap maknanya dia tidor.. teringat cerita Ahmad Albab.

Merpati Dua Sejoli?
Ini pulak gambar merpati dua sejoli.. sekarang ni memanglah korang nampak diorang macam malu-malu.. Tapi ada harapan nak naik pelamin ni diorang ni..

Tapi.. bulan-bulan puasa pun yang laki tu gatal nak peluk.. nasib baik peluk kerusi jer.. kalo peluk budak pompuan tu memang sah sah kena pelangkong ngan kasut aku ni..
 
Seksyen Sosial
Ni pulak gambar staf seksyen sosial.. ini jer lah dua tiga kerat staf yang ada..

Dari kiri:-

Kak Nab, leLabu, Bos, Pak Din, Rosniza dan Suhana.

Ada dua orang lagi staf seksyen sosial sebenarnya.

Seorang nama dia Arni, baru masuk kerja seminggu, tapi masa amik gambar tadi dia tersesat masuk dalam gambar seksyen pentadbiran dan seksyen ekonomi. Dia pening lagi kot..

Yang keduanya Masidah. Sedang cuti bersalin.

Harapan Bangsa..
Hancuss la gambar ni.. ni gambar staf lelaki sahaja yang ada masa gambar ni diambil.. yang lain dah cabut entah kemana.. Lelaki yang kat background tu tak termasuk ekk..

Jom Tengok Kasut Boss
Tajuk gambar ni adalah, MARI TENGOK KASUT!!

Di suatu pagi yang hening, dihiasi angin sepoi-sepoi bahasa, maka terciptalah dialog ini...

Arni, "Uishh, lawa nyer kasut Syah, merelip-relip!"

Balkish, "Terserlah bila ko kepit kaki ala-ala pengatin macam tu.. care* tu beb!"

Syah, "Huhu.. aku bleh nampak kasut aku walaupun berdiri tegak.. nampak sangat perut dah kempis!"

Bos, "Err..Tader orang nak puji kasut saya ker?"

leLabu, "Uisshh.. lawanya kasut bos!"

Saiful&Suhana, "Hmm.. bodeklah..bodeklah..." (cakap dalam hati jer..)

*care (sebut ca - re -  mengikut kamus orang Johor membawa maksud best, hebat, sempoi!)

Gambar Staf BPPB
Ha.. inilah dia gambar yang dicari.. tengoklah puas-puas.. Diorang kemaruk nak beraya tu...

Chow!

1 ulasan:

  1. oh yeah nak raya... nak duit raya. nak raya... raya sakan laa

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...