Buat teman-teman pembaca setia blog lelabu.com :-
Mulai 18.02.2008 aku akan mengikuti satu kursus selama 6 bulan dan akan kembali semula bertugas pada akhir bulan Ogos. Oleh yang demikian, aku tidak boleh memberi jaminan blog ini akan diupdate seperti selalu.
Namun, aku akan tetap cuba mengupdate blog ini. Kalo tak sempat sangat, aku akan update melalui twitter.
Pengumuman ini akan kekal disini selama aku berkursus. Nak baca post terkini, sila scroll down.
Ahad, 17 Februari 2008
Selasa, 12 Februari 2008
Lelabu dot Com Di Rumah Baru
Alhamdulillah, blog ini telah bertukar hosting lagi selepas hosting lama buat hal yang sangat-sangat mendukacitakan aku.
Secara ringkas, ini adalah hosting ketiga blog ini:-
Sekarang dalam proses peralihan dns tapi kalo korang bleh baca blog ini maknanya blog ini dah dihostkan oleh namsahaz.com sebab tadi aku try ping server cgy, server tu down. Dah la masa nak transfer database cpanel tak boleh masuk... macam-macam hal lah...
Secara ringkas, ini adalah hosting ketiga blog ini:-
- pertama : hosting dengan jomhost.com
- kedua : hosting dengan cgyhost.net
- ketiga : hosting dengan namsahaz.com
Sekarang dalam proses peralihan dns tapi kalo korang bleh baca blog ini maknanya blog ini dah dihostkan oleh namsahaz.com sebab tadi aku try ping server cgy, server tu down. Dah la masa nak transfer database cpanel tak boleh masuk... macam-macam hal lah...
Isnin, 4 Februari 2008
Repekan Mingguan
Aku sebenarnya sering berbeza pendapat dan sering kali pendapat aku adalah pendapat yang tidak popular. Ketika orang lain sibuk memuji-muji dan mengucapkan tahniah kepada remaja yang berjaya mengaut puluhan ringgit daripada internet, aku pula mempertikaikan kesahihan screenshot yang dipaparkan di blog remaja terbabit. Bagi aku ia kelihatan seperti mendapat puluhan ribu dan kedengaran seperti mendapat puluhan ribu, tapi...
Juga ketika orang lain sibuk memperkatakan meninggalnya Loloq, aku masih suka menghighlightkan meninggalnya mantan mufti Selangor.
Juga ketika orang memperkatakan tentang jangan bertaqlid maka aku masih terkial-kial macam mana kalo tidak bertaqlid. Masakan aku kena mengkaji satu persatu ayat-ayat al-quran dan hadis tanpa bertaqlid kepada guru-guru yang sebelumnya telah mengkaji al-quran dan hadis. Puak-puak Wahabi katakan jangan bertaqlid kepada guru dan menerima mentah-mentah apa yang diajar. Tapi bagaimana untuk aku tidak terima sedangkan aku dalam kebodohan ketika itu. Kalo aku mengkaji hadis dan al-quran sendiri, mana mungkin aku faham tanpa merujuk guru.
Bagi aku, guru itu sudah pakar dalam agama, mereka mengkaji agama, jadi aku ikut apa yang mereka sarankan. Sama juga doktor itu pakar dalam hal kesihatan, jadi bila sakit aku merujuk mereka. Takkan kalo sakit aku nak kaji sendiri? Lagi sakit lah aku...
Jadi, wahabi-wahabi yang benci sangat dengan ulamak ni, kenapa? Aku cukup benci dengan perkataan mereka bila menyebut jangan mengikut ulamak mengkhinzir buta. Sedangkan orang yang bercakap itu sendiri, pengikut-pengikutnya mengikutnya mengkhinzir buta juga. Jadi dia tu apa?
Oh, apa aku merepek masuk ke topik Wahabi ni?

Sabtu, 2 Februari 2008
RM10K Dan Seorang Budak Lelaki Baru Lepas Sekolah
Budak itu adalah Labanon dan "kejayaannya" mendapat RM10K sebulan disebutkan di blog ini dan juga di blog ini.
Adakah benar?
Aku takkan cakap yang Labanon gebang lebih-lebih kerana aku sendiri tahu bagaimana agresifnya Labanon dalam memasarkan produk-produk digitalnya. Dan tidak mustahil untuk dia mencapai jualan yang banyak sebegitu. Namun, dari apa yang Labanon tulis dan dari pengalaman aku sendiri: Dunia IM ni penuh dengan gebang lebih-lebih!
Pertama kita perlu lihat proses pembuktiannya...

- Screenshot penerimaan email tempahan tidak mampu membuatkan kepala aku terhangguk-hangguk. Kerana aku sendiri tahu bagaimana sistem pembayaran yang digunakan. Sesiapa sahaja boleh menghantar borang pengesahan bayaran dan klik sahaja butang submit, satu email akan dihantar ke penjual, walaupun korang belum buat bayaran. Kemudian ia akan divalidate manually oleh penjual. Senang cerita, kalo aku isi borang itu 237 kali, maka si penjual akan menerima 237 email dengan tajuk yang sama, katakan "Pengesahan Pembayaran Bla Bla Bla..." Jadi memberikan screenshot itu tidak berjaya meyakinkan aku, mungkin newbie boleh terlopong...
- Kemudiannya screenshot akaun paypal. Apa yang ditunjukkan hanyalah sedikit daripada akaun paypal itu. Namun bagi aku ini bermakna bayaran ebook yang dijual tidak dibayar melalui paypal. Namun apa salahnya tunjukkan total duit yang ada dalam paypal... untuk itu aku bersetuju dengan komen seseorang di sini. Nak orang lebih percaya, tunjukkan akaun bank yang duit ada ribu-ribu! Hehe...
- Kemudiannya, jika mendapat RM10K sebulan, ia bukanlah RM10K keuntungan. RM10K hanyalah nilai jualan yang belum ditolak kos promosi. Aci kerat jari, dalam dunia IM, promosi adalah yang paling penting. IM suka gebang yang produk mereka boleh jana wang juta-juta, tapi dalam sales letter diorang, tak pernah cerita detail pasal kos promosi. Yang sebenarnya dalam dunia internet, nak jual apa pun, kalo promosi yillek.. tader orang tahu, tader orang beli... Siap duit ribu-ribu untuk promosi, buat sales letter power, memang akan ada yang beli..
...I can earn more than RM10k from Internet...p/s: Aku mesti bagitahu korang, Labanon memang dah lama dalam IM dan dah banyak produk yang dihasilkan. Juga agresif dalam pemasaran produk-produknya. Jadi tidak mustahil dia mendapat jualan yang ribu-ribu. Cuma aku katakan, cara dia membuktikan dia mendapat ribu-ribu itu [dengan screenshot email dan paypal] adalah lemah, mungkin yang masih baru dengan internet akan percaya, namun kalo yang dah lama... ?
Langgan:
Catatan (Atom)