Isnin, 4 Februari 2008

Repekan Mingguan

Aku sebenarnya sering berbeza pendapat dan sering kali pendapat aku adalah pendapat yang tidak popular. Ketika orang lain sibuk memuji-muji dan mengucapkan tahniah kepada remaja yang berjaya mengaut puluhan ringgit daripada internet, aku pula mempertikaikan kesahihan screenshot yang dipaparkan di blog remaja terbabit. Bagi aku ia kelihatan seperti mendapat puluhan ribu dan kedengaran seperti mendapat puluhan ribu, tapi...

Juga ketika orang lain sibuk memperkatakan meninggalnya Loloq, aku masih suka menghighlightkan meninggalnya mantan mufti Selangor.

Juga ketika orang memperkatakan tentang jangan bertaqlid maka aku masih terkial-kial macam mana kalo tidak bertaqlid. Masakan aku kena mengkaji satu persatu ayat-ayat al-quran dan hadis tanpa bertaqlid kepada guru-guru yang sebelumnya telah mengkaji al-quran dan hadis. Puak-puak Wahabi katakan jangan bertaqlid kepada guru dan menerima mentah-mentah apa yang diajar. Tapi bagaimana untuk aku tidak terima sedangkan aku dalam kebodohan ketika itu. Kalo aku mengkaji hadis dan al-quran sendiri, mana mungkin aku faham tanpa merujuk guru.

Bagi aku, guru itu sudah pakar dalam agama, mereka mengkaji agama, jadi aku ikut apa yang mereka sarankan. Sama juga doktor itu  pakar dalam hal kesihatan, jadi bila sakit aku merujuk mereka. Takkan kalo sakit aku nak kaji sendiri? Lagi sakit lah aku...

Jadi, wahabi-wahabi yang benci sangat dengan ulamak ni, kenapa? Aku cukup benci dengan perkataan mereka bila menyebut jangan mengikut ulamak mengkhinzir buta. Sedangkan orang yang bercakap itu sendiri, pengikut-pengikutnya mengikutnya mengkhinzir buta juga. Jadi dia tu apa?

Oh, apa aku merepek masuk ke topik Wahabi ni?



 

4 ulasan:

  1. Hahahah, kamu jiwa kacau yerrr....

    BalasPadam
  2. ok x ni? cam dah merepek betui2 ni.. relex2.. gi minum air masak bagi clear otak tu

    BalasPadam
  3. Takperlah,setiap org ada pendapat masing2..Dlm Islam pun takder masalah kalo ada byk pandangan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...