Adakah benar?
Aku takkan cakap yang Labanon gebang lebih-lebih kerana aku sendiri tahu bagaimana agresifnya Labanon dalam memasarkan produk-produk digitalnya. Dan tidak mustahil untuk dia mencapai jualan yang banyak sebegitu. Namun, dari apa yang Labanon tulis dan dari pengalaman aku sendiri: Dunia IM ni penuh dengan gebang lebih-lebih!
Pertama kita perlu lihat proses pembuktiannya...
- Screenshot penerimaan email tempahan tidak mampu membuatkan kepala aku terhangguk-hangguk. Kerana aku sendiri tahu bagaimana sistem pembayaran yang digunakan. Sesiapa sahaja boleh menghantar borang pengesahan bayaran dan klik sahaja butang submit, satu email akan dihantar ke penjual, walaupun korang belum buat bayaran. Kemudian ia akan divalidate manually oleh penjual. Senang cerita, kalo aku isi borang itu 237 kali, maka si penjual akan menerima 237 email dengan tajuk yang sama, katakan "Pengesahan Pembayaran Bla Bla Bla..." Jadi memberikan screenshot itu tidak berjaya meyakinkan aku, mungkin newbie boleh terlopong...
- Kemudiannya screenshot akaun paypal. Apa yang ditunjukkan hanyalah sedikit daripada akaun paypal itu. Namun bagi aku ini bermakna bayaran ebook yang dijual tidak dibayar melalui paypal. Namun apa salahnya tunjukkan total duit yang ada dalam paypal... untuk itu aku bersetuju dengan komen seseorang di sini. Nak orang lebih percaya, tunjukkan akaun bank yang duit ada ribu-ribu! Hehe...
- Kemudiannya, jika mendapat RM10K sebulan, ia bukanlah RM10K keuntungan. RM10K hanyalah nilai jualan yang belum ditolak kos promosi. Aci kerat jari, dalam dunia IM, promosi adalah yang paling penting. IM suka gebang yang produk mereka boleh jana wang juta-juta, tapi dalam sales letter diorang, tak pernah cerita detail pasal kos promosi. Yang sebenarnya dalam dunia internet, nak jual apa pun, kalo promosi yillek.. tader orang tahu, tader orang beli... Siap duit ribu-ribu untuk promosi, buat sales letter power, memang akan ada yang beli..
...I can earn more than RM10k from Internet...p/s: Aku mesti bagitahu korang, Labanon memang dah lama dalam IM dan dah banyak produk yang dihasilkan. Juga agresif dalam pemasaran produk-produknya. Jadi tidak mustahil dia mendapat jualan yang ribu-ribu. Cuma aku katakan, cara dia membuktikan dia mendapat ribu-ribu itu [dengan screenshot email dan paypal] adalah lemah, mungkin yang masih baru dengan internet akan percaya, namun kalo yang dah lama... ?
Salam bro lelabu,
BalasPadamLama tak dengar cerita :D
Baiklah yer memang benar bukanya untung 100% dalam 10k tu.. tetapi saya berjaya dapat 10k tu!
Dan jika dikira daripada pendapatan ebook tersebut hanya dalam 7-8k sahaja.. namun pendapatan2 lain yang menggenapkan 10k tersebut.
Namun, saya tidak berniat untuk mengheboh2kan apa yang saya dapat dan saya tak mintak pun orang suruh percaya dan terima kasih bagi yang meninggalkan komen.
Alhamdulillah dan terima kasih kerana komen-komen sebegini memberikan saya satu lagi idea untuk menerbitkan ebook!
sekian :)
p/s: saya tak marah orang nak kata apa-apapun :D kerana anda ada hak! tq
[...] dan anda boleh berbuat demikian kerana bukti yang dinyatakan oleh saya begitu lemah dengan hanya screen shot tempahan. Sekali lagi tidak ada gunanya untuk saya menipu dan sudah tentu saya juga boleh [...]
BalasPadambro, tulisan gua nampak mcm negatif ker bro?
BalasPadamerkk..
gua percaya lu dpt tu.. cuma gua tak percaya kat post tu.. haha.
How he does it? Anybody knows how he do it? Just by selling Ebook? That easy?
BalasPadamactually you also can actually earn a lot of money online but Labanon already have NAME and also people TRUST him that's why it is easy to earn RM10k but I think there is many more young IM that earn more than him.. if i'm not mistake there is 1 malaysian boy age this year will be 15 earn RM15+++ monthly now.. but he's very low profile
BalasPadamSaya percaya diri sendiri. Ayah seaya besarkan saya dengan RM 300. Orang sebelah umah saya, gaji RM 500 (terkini) dapat besarkan ank 10 orang... Uhuhuhu....
BalasPadamYang penting bukan pada nilai apa yang kita dapat, Tetapi, berkatnya apa yang kita dapat....
Tak negatif kannn... Uhuhuhu
setiap insan ada rezeki yg tuhan bg kat dia.
BalasPadamwalaupun gaji dia tak naik dan tetap RM500 sedangkan anak bertambah. Tuhan bg rezeki cara lain, contohnya: kalo masa anak sorang dia makan 2 pinggan nasi baru kenyang, mungkin bila anak dah sepuluh, dia makan nasi suku pinggan pun Tuhan dah bagi dia kenyang!
ramai orang tak pikir rezeki Tuhan bagi mcm ni. ramai yang nak beranak ramai bila ekonomi stabil katanya... lucu org kita, pikir rezeki Tuhan tu duit semata...
[...] pendapat yang tidak popular. Ketika orang lain sibuk memuji-muji dan mengucapkan tahniah kepada remaja yang berjaya mengaut puluhan ringgit daripada internet, aku pula mempertikaikan kesahihan screenshot yang dipaparkan di blog remaja [...]
BalasPadamowh ho... kadang2 mmg ade benar juge statement diatas tu... ape pn yg penting semuanya atas diri kita juga... mksdnye lain org lain tahap kemampuan... cuma kadang2 tu kita agak sukar percaya dgn screenshoot2 yg begitu tertarik pabila melihatnya btul x... mcm sy juga pnh tgk email yg menunjukkan berjela2 screenshot maybank tp xdpt nk buktikan kesahihan btul ke x ni... cthnya mcm email program menderma haha (sy anti derma surat berantai)... yg pntg kita jgn cpt terikut2 sgt tp ambil apa yg kita fikirkan secara logik keberkesanan..... ttg dpt bnyk2 duit ribu or juta tu rsnye mcm kita ni nk menunjukkan perkara tu blh bt duit tp klu ikut pengamatan xsemua org sama tahap perolehan di samping tahap kebenaran/kesahihan... cuma btul la drpd rumusan pernyataan tu sy blh bgtau jgn terlampau fanatik percaya 100peratus tp yg pntg semua org ada rahsia masing2... asbestos karungga.. =)
BalasPadamKalau dari screenshot. Aku pun kurang percaya. Agak sukar satu ebook bahasa melayu dapat lebih 7-8k. Tapi kalau betul dia dah dapat, nak kata macam mana kan? Percaya ajela..
BalasPadamApapun, dia berjaya capai 10k. Itu satu keputusan yg cukup bagus dalam sebulan bagi yang berumur bawah 20 tahun..
Tahniah. Tapi macam lelabu kata, bukti tu tak bape kukuh walaupun kita tahu, semua bukti sangat sukar disahkan..
Lagipun labanon bgtau dia dpt dr beberapa sumber pendapatan di internet..Antaranya Ebook dia tu..Mcmana pun tahniahlah seorang anak muda Islam berjaya mencapai pdapatan lumayan di internet..Bravo!!
BalasPadamkau bila lagi Lelabu?
BalasPadamaku sekrang ni, blogging part time pun dah boleh buat USD100 per month, * 12 = $1200 * 3.2 = RM3840 (setahun) .. part time .. dan tanpa menjual apa-apa.
so, aku memang percaya kalau dia boleh buat that amount per month especially when there's a product involve.
aku dah serahkan jiwa dan raga untuk berkhidmat untuk negara! hahaha...
BalasPadamapa nak gadoh,biarlah dia dapat berapa pun. asalkan dia
BalasPadambuat sesuatu dpd tak buat apa-apa.
dalam bab ni biarlah dia yang tentukan berapa dia dapat
sebab selama ni kita tahu dia orang yang jujur....
p.s: guruku selalu berpesann "orang yang paling kita takuti ialah orang yang paling hampir (rapat) dengan kita"
[...] Miskin ker kelantan? Aku tengok rakyatnya kaya raya jer..kat Pekan KB tu banyak signboard company Melayu..tak macam kat Ipoh ni…signboard tulisan calit2 banyak ler Baru2 ni seorang budak kelantan berjaya memperoleh RM10k melalui medium internet. [...]
BalasPadamApa guna Google.com kalau anda semua beli ebook.
BalasPadambazirkan duit ajer...setakat benda dalam ebook tu belambak dah ada kat internet.
pikir pikirkanlah sebelum membazirkan duit anda...
Ohhh...
BalasPadamLabanon?
Budak yang kaya sebab jual ebook ngajar orang supaya kaya? yang tak kaya tu orang yang beli ebook tu kot.
Labanon?
Email list dia banyak kot? tambahan WC tu banyak geng komplot dia yang sedia memberi testimoni bertukar-tukar... esok aku cerita benda baik kat website ko... esok ko komen baik kat website aku...
Satu kumpulan komplot yang memang berjaya? JV yang berjaya, yang tak berjaya? yang tak boleh masuk JV dengan diorang tu...
Suka ke dengar hype Gebang macam tu? hmm... cari duit diinternet aku pun tahu.... tapi aku tak suka kalau beli ebook yang general dan benda yang konon rahsia tapi bila baca, mana rahsia....
Labanon?
Ebook cilok? atau kumpul idea mana ntah, yang search pun boleh dapat terus jual? apapun aku pun tak percaya sangat....
Jualla benda lain, bukan benda ajar orang kaya.... ? ada ke prove yang baca buku nie dah kaya-raya? aku tengok geng2 Labanon yang bagi testimoni semua ada buat ebook.... kalau dah kaya tu sedekah jer ebook tu.... buat apa nak kira? kalau nak berkira bersedialah dengan kritikan.
Kepada yang berjaya dah dapat 10K tu dan yang tak berjaya komenlah disini.... nak aku dengar... tq
hasil pasaran ebook mendapat sambutan yang meluas sekarang ni dan ramai juga yang mencuba tetapi tidak tahu bagaimana "RAHSIA LOMBONG EMAS DENGAN EBOOK .ebook ini akan membongkar rahsia dan teknik bagaimana menjana pendapatan melalui penulisan ebook. Anda hendak senang carilah ilmu dahulu sebelum maju kehadapan. Sila lawati link dibawah ini
BalasPadamhttp://www.penulisebook.com/index.php?ref=norzey