Ini adalah post terakhir aku sebelum aku melangkah masuk ke Maktab Polis DiRaja, Cheras. Aku akan jadi pegawai polis untuk dua minggu. Kalo ikut kelulusan, mungkin aku akan jadi ASP atau ikut suka hati komander kat situ, mungkin aku akan jadi konstabel. Tapi rasanya pilihan kedua tu lebih besar kemungkinannya. Apa jadahnya diorang nak bagi aku jadi ASP? Yer tak?
So, dalam masa dua minggu ni korang janganlah dok buat pasal sangat kat area KL dan Selangor. Kalo naik motor tu jangan dok merempit. Pastikan motor korang ada roadtax dan korang ada lesen. Sebab aku tak mahu jadi salah sorang polis yang baling kon kat korang semasa korang cuba nak lari dari road block.
Bagi yang giler pegi clubbing cucuk langit, jangan balik lambat-lambat sangat. Manalah tau kalo korang salah sorang yang aku gari masa buat rush kelab malam yang bukak melebihi waktu yang dibenarkan. Tapi lagi baik kalo korang tak yah lah dok pegi clubbing tu, buat tambah dosa jer! Tapi kalo korang banyak dosa pun aku pedulik hapa, kan?
Mulai saat ini, frontpage blog ni akan disetkan dengan page Photo. Sebabnya, semasa aku menjadi polis buat sementara waktu, aku akan terus hantar gambar-gambar yang aku ambik dengan tepon buruk aku ke flickr. Jadi, korang bleh tengok gambar terbaru melalui blog ni. Dan aku jugak akan update melalui twitter. Maknanya, lepas korang tengok gambar, klik kat post terbaru di sidebar tu.
Sekian sahaja, ttimma kasseyy...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan