Jumaat, 2 Mei 2008

Lu Apa Kes Tak Nak Senaman?

Apanya yang ko kecoh sangat?


Soalan ni aku memang nak tanya pasal ada orang yang tak nak ikut sama bersenam seni sebab alasan agama.



Semasa aku dok kursus ni, dah dua kali diadakan senam seni Malaysia. Ala, senaman yang menggabungkan tarian-tarian etnik Malaysia untuk dijadikan senaman yang digemari rakyat Malaysia. Senang ceritanya tujuannya nak mendidik rakyat Malaysia bersenam. Sebab kebanyakkan rakyat Malaysia ni kalo pasal senaman memang pemalas. Mungkin juga kerajaan nak menaikkan senam seni ni bagi menggantikan poco-poco yang berasal dari negara seberang dan semakin popular seluruh dunia.


Walaupun aku tak pandai nak menari dan bersenam sekaligus, tapi aku cuba jugak, dengan langkah sumbang. Yang aku bengang, ada yang tak nak buat sebab alasan tarian dan seni tu perkara lagha. Hampeh betul la.. kalo senaman dikatakan tidak mengikut lunas agama, macam mana nak pertahankan agama kalo semua rakyat Malaysia lembik?


Takkanlah setiap masa nak bersenam ikut sunnah nabi? Dan mampukah kita? Takkan hari-hari nak berlari? Takkan hari-hari nak bergusti? Lagilah, takkan hari-hari nak menunggang kuda? Mana nak dapat kuda? Kita rakyat marhain tak mampu nak beli kuda. Jangan ada yang kata aku menghina nabi pulak! Yang aku nak tekankan, ikut zaman la wei! Nak ikut sunnah pun kena ikut keadaan. Zaman sekarang nak menunggang kuda tu susah. Jadi, kalo yang sunnah tu kita tak mampu nak ikut, apa salahnya kita buat, selagi tak bercanggah dengan agama, perkara yang tidak pernah dibuat nabi, tapi matlamatnya sama?


Jadi, kalo nabi bersenam dengan berlari, bergusti dan menunggang kuda. Apa salahnya kalo kita bersenam dengan berjoging, buat tepuk lalat, star jump, squad jump, tunggang basikal, berpoco-poco atau bersenam seni? Semuanya bersenam, dan takder pun yang bercanggah dengan agama. Niat tu nak bersenam! Dan, sampai sekarang, senam seni tu, yang kitorang buat dalam kursus ni, lelaki sebelah kiri, perempuan sebelah kanan, tak der percampuran lelaki perempuan pun. Jadi apa yang ko nak kecoh sangat? Lainlah kalo ada unsur-unsur pergaulan bebas...


Tak kira ko fundemental ker, aliran pondok ker, neo-salafi ker, aku peduli hapa! Tapi apa jadahnya ko tak nak bersenam. Bersenam tu sunnah nabi, jadi aku bersenam lah! Dengan bersenam akan menyihatkan badan, badan yang sihat akan jadi lebih kuat dan cergas, badan yang kuat boleh digunakan untuk pertahankan bangsa dan negara.


Bayangkan, ko memang ada peluang bersenam dengan senam seni jer, pastu ko tak nak bersenam. Pastu ko jadi tak kuat, pastu ko nak angkat lastik pun tak larat, nak aim pun mata tak larat nak picing, ada orang kuffar serang negara Islam Malaysia, macam mana ko nak pertahankan negara? Pastu apa ko nak cakap depan nabi kalo ko tak mampu nak pertahankan agama Islam? Ko nak cakap yang ko tak kuat sebab ko tak bersenam sebab semua senaman sekarang tak sama macam senaman zaman nabi?


Lu ppikkirr lerr sendiri..


*ada yang tak setuju ngan aku, sila angkat tangan! Sukati aku laaa...hehe :-P Oh, ya! Tun Dr Mahathir dah ada blog sendiri, yay!

3 ulasan:

  1. hi, just blog hopping terjumpa this page plak...

    tak perasan plak ada kalangan kita takmo senaman.

    sapa tu weih?

    DPA dah nak abis, layan jer..................

    BalasPadam
  2. kalau tak de percampuran antara laki n prempuan ok la. then prempuan dok blakang laki (bukan kiri) tau.. lagi bagus prempuan buat tempat berasingan dr laki. sangat dituntut. jauh fitnah n syubhah. prempuan tutup aurat. tiada aksi yg boleh mnimbulkan fitnah. bgtu juga lelaki.. senaman tak boleh ada unsur2 yg bertentangan syara sperti unsur mengairahkanú unsur penerapan drpda agama lain mcm taichi (walapun bersenamútp ada sifat tasyaabuh yg tak disedari. kena elakkan) dan perkara lain.. í jgan lepas sangat berckap bila dikaitkan soal agamaú sunnah n syara. kalau kita tak de kredibiliti dlm agamaú nak bg komentar kena hati2ß ditakuti percakapan kita boleh mmbawa dosa dan fitnah khususnya bila nonmuslim cuba mendekati islam..àTakkanlah setiap masa nak
    bersenam ikut sunnah nabi? Dan
    mampukah kita?ñ bila sebut soal sunnah apa cara sekalipun biar ad adab... jgn ikut suka nak cakap je.. .....INGAT BERSENAM BILA LANGGAR BATAS SYARIAT BERDOSA..

    BalasPadam
  3. batas kita yg langgar. eloknya lu ckp, kalo tak mau tgk pompuan, lu tutup mata, bukan lu melemahkan badan dgn terkurung dlm bilik ngadap kitab tanpa buat senaman.

    baru gua perasan, sekarang ni ramai ulamak yg pandai bercakap pasal agama saja tapi badan semua lembek-lembek. sebab semua ikut cakap lu kot. alo kawan, nabi dulu pergi berperang tahu tak? badan nabi kuat. nabi kuat luar dalam. ilmu ada, kekuatan badan pun ada.

    apa gunanya ilmu banyak tapi badan lembek?

    lu ckp pasal sunnah nabi. gua tak pernah cakap tanpa adab. cuma dalam konteks senaman ni, lu mampu ke nak beli kuda nak buat senaman. yg penting adalah senaman, kalau kaedah yg disarankan nabi tak mampu kita sediakan, adakah perlu kita tinggalkan senaman? kita kena teruskan jugak kan?

    guna otak masa menulis. sebab tu sebelum ni gua pernah tulis, org agama kena belajar sains, belajar ekonomi, belajar sejarah. islam tak suruh kita jumud.

    ilmu sains, ekonomi, sejarah dll tu perlu ada untuk kita kuatkan agama.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...