Isnin, 8 September 2008

Al-Fatihah

Assalamualaikum,..

Tuan-tuan, aku masih hidup lagi.

Mungkin korang sudah kekonfiusan dengan berita yang tersebar melayang menyatakan bahawa aku dah meninggal. Hari Rabu hari tu bukan aku yang meninggal. Tapi abang aku yang meninggal. Abang aku yang nombor 3. Pada tanggal 3 Ramadhan dia meninggal sebab kena serangan jantung. Aku masih ingat, dua tahun lepas, tanggal 3 Ramadhan juga abangku yang nombor dua meninggal dunia. Mengikut jejak rupanya.

Ramai yang datang melawat keluarga arwah dan jenazah arwah. Abang aku yang ini meninggal pada umur 53 tahun. Ramai kawan-kawan dari TUDM, Airod dan ATSC datang melawat. Oh, abangku ini dulunya seorang mekanik jet pejuang TUDM. Kalo kamu pernah masuk ke kem TUDM Kuantan di Jalan Gambang, bila kamu ketemu sebuah jet pejuang yang diletakkan sebagai monumen disitu, pastikan kamu melihat nama abangku ada terpahat di situ, Che Daud Che Hasan.

Arwah mula diserang sakit dada petang Rabu itu. Kemudiannya sempat dibawa ke hospital dengan ambulans. Masuk ke unit jagaan rapi, ICU selama 15 minit dan kemudiannya disahkan sudah meninggal dunia. Sekejap sahaja, senang sahaja nyawa itu dicabut. Tidak perlu tangguh walau sesaat, walau untuk melihat anak-anak yang jauh.

Aku memecut dari Seri Kembangan ke Kuantan selepas mendapat perkhabaran itu. Pukul 3 pagi juga aku sampai ke Kuantan.

Arwah disemadikan pada pukul 10 di Perkuburan Islam Kampung Pandan.

Al-Fatihah.

2 ulasan:

  1. salam takziah dari aku dan alfatihah buat arwah.

    BalasPadam
  2. salam takziah beb..aku juga salah seorang yg bermasalah dengan jantung walaupun masih muda..but bile fikirkan sume tu ditgn Allah..aku redha kalau pergi dulu sebelum yg lebih tua..insya-allah semoga umur aku dipanjangkan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...