Tukar tempat kerja
Sekarang aku tidak lagi bekerja di Pulau Mutiara yang banyak kedai nasi kandar. Aku telah ditukarkan ke Pejabat Pembangunan Negeri Kedah Darul Aman. Mungkin kerana bos aku benci tengok aku lama sangat berada di Penang atau mungkin jugak aku yang menyampah tengok muka bos aku yang kat Penang tu. Walaupun setiap kali sembahyang aku doakan semoga bos aku tu dinaikkan pangkat dan dengan serta merta boleh dia cabut dari pejabat lama aku tu, nampak gayanya doa seorang yang ‘karut’ macam aku ni belum lagi dimakbulkan Allah. Mungkin aku kena kurangkan kekarutan dan lebih fokuskan kepada perkhidmatan kepada rakyat Malaysia.
Tempat kerja baru ni masih dalam proses mengenali diri aku. Ker aku yang dalam proses memahami kerja baru aku? Lantaklah yang mana satu pun asalkan aku dapat terus berkhidmat untuk negara yang tercinta nih. Cuma bila jadi hamba kerajaan ni terpaksalah aku meninggalkan anak bini yang kini masih lagi di Penang. Bini plak kerja USM, tader can lah nak tukar-tukar macam pegawai kerajaan lain. Tader dalam kamus dia la nak bertukar kerana mengikut suami bertugas. Terpaksalah aku berulang-alik Penang-Alor Star seminggu sekali. Nak balik hari-hari pun boleh, tapi ongkosnya tidak mengijinkan pak…
Internet yang terbatas
Internet di tempat baru ini agak terbatas kerana banyak laman-laman bersosial dan porno yang diblock dan juga capaiannya yang agak lembap. Mungkin kerana terlampau ramai yang menggunakan internet di pejabat ni buat masa ini. Apabila setengah daripada staff di pejabat ini berpindah ke pejabat masing-masing di seluruh negeri Kedah, mungkin talian internet akan kembali pulih seperti sedia mula. Mungkin akan bertambah laju dan pantas, bolehlah aku merempit...
Rumah sewa
Aku menyewa di sebuah rumah di Hutan Kampung bersama seorang rakan (moshuchikata.blogspot.com) sama kerja tapi pejabat lain-lain. Sewanya bagi aku tidaklah mahal kerana hanya RM300 untuk sebuah rumah dua bilik. Kalau dibandingkan dengan harga sewa rumah di Penang tentunya bagi aku tidak mahal. Tapi kalau dibandingkan dengan sewa rumah di Kelantan mungkin mahal… apa-apa pun rumah ini akan menjadi tempat persinggahan aku semasa hari kerja sahaja. Hari minggu aku akan tetap kembali ke Pulau Pinang.
Semalam aku berenti gerai tepi jalan tu nak beli nasi buka puasa. Mentang-mentanglah aku pakai seluar pendek (masih tutup aurat tau..) dan t-shirt jer, diorang ingat aku tak puasa barang kali. Kat gerai tu jual lauk jer. Aku tanya la makcik tu nasi ada tak? Makcik tu dengan muka saspens dan perlahan tanya aku, nak nasi betul ker? Oii makcik, dah dekat nak buka makcik oii.. ingat aku tak puasa ker? Lepas tu yang ada dekat-dekat situ dok pakat gelak… hampeh nyer makcik..
Selamat hari raya
Akhir sekali, aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog leLabu dot com kerana sampai sekarang masih sudi menjengok blog ini. Walaupun blog ini sangat gersang dengan post-post baru kebelakangan ini, tapi masih ada yang setia.
Walaupun kebelakangan ini tiada isu-isu panas yang dibincangkan, tapi selepas ini blog ini akan kembali aktif membincangkan isu-isu dalam kain, luar kain dan isu-isu yang tak cukup kain untuk dibincangkan.
Blog ini bukan blog yang niche. Jadi, ia sebuah blog yang cacamerba. Aku akan tulis apa yang aku nak tulis. Peduli apa aku kan….
Selamat Hari Raya Idilfitri, Maaf Zahir Batin.
Ceh! ko serumah ngan shukO rupanya. hujung minggu ke Danok la tu....
BalasPadam