Khamis, 25 Disember 2008

Ex- Ex- leLabu : Satu Mimpi Sahaja

Masa korang baru-baru akil baligh dulu, mesti korang minat dengan selebriti. Korang tampal gambar dia kat pintu bilik atau korang memang termimpi-mimpi dengan selebriti tu.

Ala.. semua orang pernah remaja apa? Penah terbaca Media Hiburan dan URTV. Atau paling tidaknya korang pernah jugak terselak kain anak Mak Kiah jual karipap helaian majalan Mangga tu. Eh, ok apa baca majalah Mangga. Lepas korang tengok gambar-gambar artis Malaysia yang seksi-seksi dengan gambar lurah-lurah, parit-parit dan longkang-longkang tu, korang plak disajikan dengan hadis-hadis Nabi dan kisah-kisah pengajaran...huhu.

Kalau korang nak tahu, masa aku baru-baru akil baligh dulu aku minat sangat dan sampai terjatuh cinta ngan selebriti ni, Preity Zinta. Sebagai seorang peminat hindustan tegar, memang aku tak lepas tengok cerita hindustan setiap minggu kat tv. Manalah tau kalau Preity Zinta salah sorang heroinnya...

Preity Zinta

Kalau selebriti Hong Kong plak, aku jatuh cinta kat Cecilia Cheung. Tapi lepas gambar-gambar dia dengan lelaki itu tersebar di internet. Aku buat keputusan untuk break dengan dia. Ish, ngeri aku tengok hutan tebal dia tu. Haha.

Cecilia Cheung

Artis Malaysia pulak, aku pernah jatuh cinta ngan Sofea Jane. Tapi hubungan kami tak ke mana sebab dia memilih orang lain. Betapa sedihnya aku masa tu, lalu aku membawa diri jauh dari kampung halaman (walaupun aku bukan sekampung dengan dia).. huhu.

Sofea Jane

Sapa selebriti yang korang pernah "cintai"? Heheh..

Selasa, 23 Disember 2008

Karyaku Perlukan Sokongan

Antara kerja yang aku perlu lakukan untuk meneruskan hidup ini adalah menulis pelbagai laporan, kertas kerja, minit mesyuarat dan lain-lain.

Semua jenis penulisan tersebut perlu disemak terlebih dahulu oleh immediate boss atau pun boss sendiri. Dan setiap kali aku menghantar sesuatu draf untuk disemak, aku sangat-sangat berharap agar terdapat pindaan pada draf yang aku hantar.

Aku akan berasa sangat gembira apabila immediate boss atau boss sendiri membetulkan apa yang aku tulis atau setidak-tidaknya menambah barang sepatah dua perkataan dalam penulisan aku itu.

Dengan membetulkan atau menambah pada apa yang aku tulis, aku berasa kerja aku itu dihargai dan aku tahu immediate boss aku atau boss aku sendiri telah membaca satu persatu hasil kerja aku. Kadang-kadang aku sengaja menaip dengan salah sesuatu perkataan. Nanti kalau perkataan itu tidak dibetulkan, maknanya immediate boss atau boss aku sendiri tidak membaca dengan teliti.

Apabila apa yang aku tulis itu dikembalikan kepada aku tanpa sebarang pindaan, aku akan berasa sangat kecewa. Sepatutnya dilakukan penambahan jika tiada kesalahan, barulah ia membuka mata fikirku, menjadikan aku lebih faham kenapa dia menjadi immediate boss atau boss aku. Semudah kerana dia lebih hebat daripada aku. Fikiran dia lebih tajam daripada aku dan ideanya lebih bernas daripada idea yang mampu aku jana.

Lagi banyak pindaan yang dibuat lagi membuatkan aku bertambah respect kepada immediate boss atau boss aku itu. Kalau dia tolak bulat-bulat hasil penulisan yang aku draf, aku dengan penuh yakin akan cakap, "lu buatlah sendirik!".


titik. aku bosan. titik.

Ahad, 21 Disember 2008

Izz Di Cameron Highland

Hari tu orang lain balik beraya kat kampung tapi Izz tak nak balik kampung. Izz nak pegi Cameron Highland. Abah Izz yang tak suka jalan-jalan ni pun terpaksa ikut Izz dan ibu Izz. Abah Izz pikir mungkin adik Izz yang dalam perut tu kot yang nak pegi sangat.

Adik

Izz sejuk. Jadi Izz beli sweater oshkosh ni. Parah jugak duit abah Izz.

Adik2

Izz bercita-cita nka jadi racer.

Adik N Abah

Izz sempat bergambar kenang-kenangan ngan abah. Gambar-gambar di Cameron Highland yang ada dalam phone ibu ngan camera pakngah belum diupload lagi. Lain kali lah...

Menjawab Bard:

Disebelah PC

Ini adalah menjawab tag Bard. Aku dah snap gambar ni pada hari Bard mengetag aku. Cuma aku bermasalah untuk mengupload gambar tersebut.

Oleh itu, baru hari ini aku berjaya! Hooray!

Aku pula ingin mengetag kamu! Ya, kamu yang sedang membaca blog aku ini!

Rabu, 17 Disember 2008

Tujuh Kali Turun, MAS Tak Turun-Turun

Aku kadang-kadang hangin jugak bila suka-suka hati jer cakap Paklah dibuat tak endah oleh semua orang. Mentang-mentanglah Paklah dah tak mahu bertanding Presiden dan juga bakal melepaskan jawatan PM, diaorang buat tak tahu jer kat Paklah. Korang tak kesian ker tak PM kita tu?

Yang paling buat aku meluat bila MAS cakap tak nak hapuskan surcaj bahan api pada masa ni. Korang perasan tak? Bila harga minyak naik, MAS dan Airasia kenakan surcaj. Bila minyak dah turun tak pulak MAS hapuskan surcaj tu. Itu yang aku cakap, kalo nak untung dengan naikkan harga, sapa-sapa pun boleh jadi CEO.

Paklah sampai pening kepala awatlah harga barang tak turun-turun walaupun harga minyak dah turun tujuh kali. Patutnya syarikat-syarikat GLC ni lah yang menunjukkan contoh yang baik dengan menurunkan harga. Ini macam nak menekan kerajaan pulak tak nak turunkan surcaj tu. Dah lah kerajaan Malaysia pelanggan utama MAS, tapi langsung taknak support kerajaan. Hampeh betullah!

Kalo MAS yang ada kaitan dengan kerajaan pun degil nak turunkan harga, apatah lagi peniaga lain yang langsung tak ada kaitan dengan kerajaan? Tapi Airasia boleh pulak hapuskan surcaj tu. So, CEO MAS tu tak rasa malu ker? Tak malu ke wei? Hahak.

...untuk halwa mata korang. seorang yg sungguh pandai parking. anak aku yg baru 13 bulan pun gelak tengok kereta nih...

Mana blajar parking nih?

Jumaat, 5 Disember 2008

Selepas Sebulan...

Selepas sebulan, baru hari ini aku kembali menulis. Ini pun tengah kelam kabut hujung tahun, banyak yang perlu dibereskan.

Semalam mesyuarat di Putrajaya. Sempat jugak jumpa kawan-kawan. Walaupun akhirnya kawan tu terpaksa ditinggalkan menikmati ABC seorang diri. Mungkin ada gadis-gadis mungil yang menggodanya selepas aku pergi, mungkin!

Semalam rasanya sepertin banyak yang ingin aku perkatakan. Tapi tiba-tiba aku rasa kekok menulis. Mungkin sebab aku dah sebulan tidak menulis. Apa-apapun, selamat kembali menulis kepada diri sendiri, leLabu dot com masih hidup lagi. Dan tidak lama lagi akan berwajah baru. Nantikan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...