Selasa, 23 Disember 2008

Karyaku Perlukan Sokongan

Antara kerja yang aku perlu lakukan untuk meneruskan hidup ini adalah menulis pelbagai laporan, kertas kerja, minit mesyuarat dan lain-lain.

Semua jenis penulisan tersebut perlu disemak terlebih dahulu oleh immediate boss atau pun boss sendiri. Dan setiap kali aku menghantar sesuatu draf untuk disemak, aku sangat-sangat berharap agar terdapat pindaan pada draf yang aku hantar.

Aku akan berasa sangat gembira apabila immediate boss atau boss sendiri membetulkan apa yang aku tulis atau setidak-tidaknya menambah barang sepatah dua perkataan dalam penulisan aku itu.

Dengan membetulkan atau menambah pada apa yang aku tulis, aku berasa kerja aku itu dihargai dan aku tahu immediate boss aku atau boss aku sendiri telah membaca satu persatu hasil kerja aku. Kadang-kadang aku sengaja menaip dengan salah sesuatu perkataan. Nanti kalau perkataan itu tidak dibetulkan, maknanya immediate boss atau boss aku sendiri tidak membaca dengan teliti.

Apabila apa yang aku tulis itu dikembalikan kepada aku tanpa sebarang pindaan, aku akan berasa sangat kecewa. Sepatutnya dilakukan penambahan jika tiada kesalahan, barulah ia membuka mata fikirku, menjadikan aku lebih faham kenapa dia menjadi immediate boss atau boss aku. Semudah kerana dia lebih hebat daripada aku. Fikiran dia lebih tajam daripada aku dan ideanya lebih bernas daripada idea yang mampu aku jana.

Lagi banyak pindaan yang dibuat lagi membuatkan aku bertambah respect kepada immediate boss atau boss aku itu. Kalau dia tolak bulat-bulat hasil penulisan yang aku draf, aku dengan penuh yakin akan cakap, "lu buatlah sendirik!".


titik. aku bosan. titik.

5 ulasan:

  1. Sedih kan? rasa macam dia tak baca pun benda yang ko buat tu.

    BalasPadam
  2. Salam,

    Apabila kita berada di pangkat bawah, kita selalu terfikir orang di pangkat atas, apabila kita sudah berada di pangkat atas kelak jangan lupa mengenang nasib kepada orang bawahan seperti kita telah lalui suatu ketika dahulu semasa menjadi orang bawahan..

    Triple A
    www.binausahawan.com

    BalasPadam
  3. ok lah tu.. dari bos kita baca, dia rasa report tu boleh p jawoh, terus dier tambah nama dier kat bawah, dan ngaku report tu dier yg buat pd org yg lebih top dari dia..dan dia beroleh kredit dari report kita. kita dpt lnpt ala2 kadar ja..

    yg dpt nama dier, yg dpt bahana kita..

    BalasPadam
  4. bos aku masa kat jpn kedah dulu.. kalau draf tu kalau xpinda memang xsah.. kadang2 dia pinda apa yg dipindanya sendiri.. hehe.. tapi betui kata hang.. aku rasa keja aku di appreciate.. and hasil dia lebih baguih

    BalasPadam
  5. sokong dengan hal2 pindaan ni....aku pun terlalu skit sgt benda2 yang aku wat yang x dipinda....hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...