Rabu, 17 Disember 2008

Tujuh Kali Turun, MAS Tak Turun-Turun

Aku kadang-kadang hangin jugak bila suka-suka hati jer cakap Paklah dibuat tak endah oleh semua orang. Mentang-mentanglah Paklah dah tak mahu bertanding Presiden dan juga bakal melepaskan jawatan PM, diaorang buat tak tahu jer kat Paklah. Korang tak kesian ker tak PM kita tu?

Yang paling buat aku meluat bila MAS cakap tak nak hapuskan surcaj bahan api pada masa ni. Korang perasan tak? Bila harga minyak naik, MAS dan Airasia kenakan surcaj. Bila minyak dah turun tak pulak MAS hapuskan surcaj tu. Itu yang aku cakap, kalo nak untung dengan naikkan harga, sapa-sapa pun boleh jadi CEO.

Paklah sampai pening kepala awatlah harga barang tak turun-turun walaupun harga minyak dah turun tujuh kali. Patutnya syarikat-syarikat GLC ni lah yang menunjukkan contoh yang baik dengan menurunkan harga. Ini macam nak menekan kerajaan pulak tak nak turunkan surcaj tu. Dah lah kerajaan Malaysia pelanggan utama MAS, tapi langsung taknak support kerajaan. Hampeh betullah!

Kalo MAS yang ada kaitan dengan kerajaan pun degil nak turunkan harga, apatah lagi peniaga lain yang langsung tak ada kaitan dengan kerajaan? Tapi Airasia boleh pulak hapuskan surcaj tu. So, CEO MAS tu tak rasa malu ker? Tak malu ke wei? Hahak.

...untuk halwa mata korang. seorang yg sungguh pandai parking. anak aku yg baru 13 bulan pun gelak tengok kereta nih...

Mana blajar parking nih?

6 ulasan:

  1. tu aku tabik kat CEo Air Asia. Pandai mengambil peluang bila ekonomi berubah macam mana pun. MAS adalah copycat, strategi pun tiru bulat-bulat.

    Walaupun Pembantu Khas Tony Fernandes ialah Bekas Pengurus Kumpulan Feminin yang glamer dengan lagu Angin Bayu tu,tapi mamat tu byk idea gimik promote produk Air Asia.

    Lain kata, depa ni business savvy.

    BalasPadam
  2. apa kata kita semua jangan naik sangat kapal terbang sebab kita kena harus green savvy skang nih. aku risau ah dengan global warming. sorry comment aku takde kena mengena dengan entry kau, tapi aku rasa kalau semua orang tak naik sangat kapal terbang, it will really hit the companies kan? so apa kata kita boycott je semua? heheheheh.

    BalasPadam
  3. ada statistic ke yg emission drpd kapal terbang penyumbang utama global warming? erk..

    abis tu kalo boycott naik kapal terbang, nak pegi sabah sarawak ngan apa? nak kayuh whaler? kayak? tak larat dah aku...

    yg aku concern satu jer, dah harga minyak turun, hapuslah surcaj tu, tunjuk contoh kpd syarikat/peniaga/rakyat yang lain. huhu.

    BalasPadam
  4. Nape herga emas tak turun2 nih..
    Sian kat bakal laki aku tu.. =)

    Awat keta kenari tu parking lagutuh..
    Malu aku sebagai pengguna Kenari...

    BalasPadam
  5. sebab kat situ byk sangat parking kot. kat depan keta tu ada sticker usm. ni mesti keta student usm ataupun pensyarah pusat pengajian seni, usm..hehe.

    BalasPadam
  6. ala..apasal ada nama pusat pengajian seni nih?????????dengki la tu!!!!!!!!!!

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...