Sabtu, 23 Mei 2009

Seorg baby boy yg tall, dark n...

Seorg baby boy yg tall, dark n handsome telah selamat dilahirkan sebentar tadi.

Tgh berdebar2 depan labour roo...

Tgh berdebar2 depan labour room menunggu kelahiran anak kedua. Tgh tggu kebenaran masuk ke labour room.

Rabu, 20 Mei 2009

Gambar Gadis Seksi Di PokokKecil dot com?

Seorang kawan aku bercita-cita membuka syarikat sendiri sebelum berumur 27 tahun. Itu yang aku ingat bila dia membina weblog pertamanya.

Walaupun agak terlambat, akhirnya dia berjaya juga menubuhkan syarikat sendiri. Produknya unik. Jadi, apakata kalau kita sama-sama menjengah ke kedai Pokok Kecil.

Mungkinkah di situ terdapat:
  1. Gadis-gadis mungil berpakaian seksi memeluk pokok kecil?
  2. Gajet-gajet terkini dengan tubuh badan mungil macam gadis seksi?
Kita redah saja!

Aku Berpindah Ke Sungai Petani

Telah bertiup angin kencang mengatakan aku akan ke pejabat di Sungai Petani. Jadi ada beberapa kerat anak buah yang tidak senang hati dengan pemergian aku itu. Ada juga yang melompat-lompat kegembiraan. Ingat pesanku ini. Supaya kamu merelakan kepergianku.
Jika selama ini aku sebutir permata. Izinkan orang lain juga melihat sinarku. Jika aku sebutir kaca. Izinkan permata yang lain menyinarkan matamu.

Nanti, bila aku sampai ke pejabat baru, aku kongsikan ceritanya.

Khamis, 14 Mei 2009

Cara Mendidik Anak Yang Tidak Buat Kerja Sekolah

Situasi:

Anak kamu pulang dari sekolah lebam betis kerana dirotan cikgu. Dirotan cikgu sebab tidak siap kerja sekolah. Tidak siap kerja sekolah sebab kamu tidak pernah peduli pun anak kamu ada kerja sekolah atau tidak.

Reaksi:

Apa reaksi kamu?

1. Panggil kawan-kawan, saudara-mara lalu menyerang cikgu yang merotan anak kamu; atau

2. Menginsafi diri bahawa kamu yang salah lalu merotan diri sendiri.


Sila jawab di ruangan komen kalau rajin.

Rabu, 6 Mei 2009

Doktor Wanita Muslimah: Apa Tanggungjawabnya?

Amaran: Ini adalah perbincangan serius. Sila muntahkan diri anda dahulu sebelum anda dimuntahkan oleh tulisan ini.

Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?
Jawapan Islamik oleh Ustazah Sakinah:-

Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.

Jadi, jika diharuskan melihat,membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu,iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Wallahu a’lam.


Jawapan dari seorang Muslim yang bernama En. leLabu :-

Apa kata kalau kita serahkan sahaja dosa-dosa kita selaku suami yang tidak berkuasa menjaga aurat isterinya (kerana ketiadaan kuasa, wang, kemahiran), atau isteri-isteri yang terpaksa mendedahkan auratnya semasa melahirkan ke atas batu jemala mereka ini:
  1. Doktor wanita muslimah yang sangat berkehendakkan kekayaan dan meninggalkan kerjaya di hospital bersalin untuk membuka klinik sendiri. Mereka ini walaupun berjilbab labuh tapi melupakan tanggungjawab mereka untuk melindungi aurat wanita muslim yang lain. Mereka ini perlu sedar bahawa menjadi kewajipan ke atas mereka untuk bekerja di hospital bersalin bagi menyambut kelahiran umat Islam dan juga menjaga aurat muslimah yang melahirkan.
  2. Doktor wanita muslimah yang sangat berkehendakkan kekayaan sehingga meninggalkan hospital bersalin kerajaan (di mana kebanyakan rakyat muslimah pergi untuk bersalin) dan membuka hospital bersalin swasta sedangkan mereka menyedari bahawa ramai wanita muslimah yang tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
  3. Pemimpin-pemimpin yang mengaku Muslim tapi terlalu bodoh untuk menyedari bahawa perlunya satu dasar kesihatan bahawa hanya doktor wanita muslimah dibenarkan bekerja di hospital bersalin kerajaan.
Masalah dengan kita adalah kita ada ramai professional tapi amat kurang professional yang menerapkan nilai Islam.

Kerana aku seorang yang tidak mampu, maka isteri aku terpaksa bersalin di hospital bersalin kerajaan di Pulau Pinang. Berdasarkan carta organisasinya, hampir 90% doktor yang bakal menyambut kelahiran adalah doktor-doktor bukan Islam.

Dan doktor-doktor pakar di situ pula adalah doktor lelaki bukan Islam. Ya, aku dan isteri mungkin terlepas berdosa (mungkinkah?)sebab darurat dan tiada keupayaan untuk mendapatkan khidmat doktor muslimah untuk menyambut kelahiran anak kami.

Tapi apakah pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam itu juga berada dalam keadaan darurat untuk tidak mencadangkan satu dasar bahawa setiap hospital bersalin kerajaan hanya perlu ada doktor wanita muslimah?

Atau adakah doktor muslimah yang ingin membuka klinik sendiri dan hospital bersalin swasta berada dalam keadaan darurat sehingga perlu meninggalkan hospital bersalin kerajaan?

Wanita-wanita di luar sana, *pepet kamu akan dilihat oleh bukan sahaja suami kamu, tetapi juga lelaki-lelaki bukan Islam yang lain. Tidakkah kamu rasa tercabar? Atau kamu sememangnya suka *pepet kamu menjadi tontotan umum?

Ada komen?

Restoran Radix Fried Chicken

Hari itu hati berbunga-bunga. Perasaannya sama bila kali pertama dapat awek. Rasa sungguh bahagia.

Sudah lama aku mengidamkan untuk merasa resepi ayam goreng keluaran bumiputera. Cuma belum berkesempatan.

Radix fried chicken

Peluang untuk makan di Radix Fried Chicken ini tidak mungkin dilepaskan. Apatah lagi ada yang sudah sanggup melunaskan bilnya. Tidak perlu keluar walaupun satu sen. Dapat makan free.

Juga rasa seperti pertama kali makan dibelanja awek ke berapa entah. Awek ini sungguh kedekut. Walaupun ketika itu dia sudah bergelar engineer dan aku masih lagi berhempas pulas menyiapkan report latihan praktikal. Apa salahnya laburkan sedikit duit untuk aku yang masih belajar ni. Boleh gitu?

plak perasmian

Restoran yang baru dibuka ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Jelapang Padi.

Bukan setakat menghidangkan hidangan yang lazat-lazat, juga menghidangkan pemandangan yang boleh mencuci mata. Anak-anak gadis yang comel bertudung dan tersenyum manis menyambut pesanan amat menyejukkan hati. Hati berbunga-bunga lagi. Rasa seperti mahu bercinta kembali dengan gadis Jelapang Padi.

Ops.. aku tak pernah bercinta dengan gadis Jelapang Padi. Juga, takkan pernah bercinta dengan gadis Jelapang Padi. Aku sudah punya gadis Pulau Mutiara. Haha.

Hidangan Tersedia

Walaupun hidangannya seakan-akan cedokan daripada restoran ternama itu. Tetapi ia tetap unik. Warna kuningnya seakan-akan ramuannya semata-mata kunyit dan garam. Entah macam mana terfikirkan ayam goreng kunyit. Isi ayam yang diperap dengan garam, kunyit dan sedikit lada sulah. Kemudiannya digoreng garing tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku.

Ah! Ini bukan masa untuk ke kedai tom yam. Ini masa untuk pekena ayam goreng Radix Fried Chicken!

Hidangan Tersedia

Tetapi sekali tengok, seperti restoran ini menggunakan peralatan-peralatan yang dilupuskan dari restoran ternama itu. Sampaikan tempat straw pun seakan-akan tempat straw restoran ternama itu yang sudah direject.

Hidangan Tersedia

Hidangan sampingannya pula kelihatan sungguh sedap. Ada fries, cheesy wedges dan juga nugget. Sama jer... Macam pernah kulihat semua ni. Tapi di mana yer...

Hidangan Tersedia

Kids Corner pun ada juga. Mengingatkan sesuatu... ya! Chick apa ntah.. chicka chicka boom ke apa nama untuk budak-budak di restoran ternama itu.

Hidangan Tersedia

Semuanya bertudung. Aku tidak pernah meminta khidmat mereka untuk posing sedemikian rupa. Juga, tumpukan perhatian kamu kepada tudung mereka dan jangan alihkan pandangan ke bahagian bawah atau pun sisi. Mereka ini masih lagi gadis-gadis suci yang belum ternoda dek tangan-tangan mat rempit lagi. Aku agak la...

Hidangan Tersedia

Ruang makan yang cantik. Wallpaper yang agak menarik.

Hidangan Tersedia

Hidangan Tersedia

Hidangan Tersedia

Eh! Dah habis?

Selasa, 5 Mei 2009

Satu Hari Di KFC Balik Pulau

Suatu petang di KFC Balik Pulau.

"Snack plate yang OR tu, err... bagi bahagian dada yer!" Aku membuat pesanan.

Maka selepas itu Nadia mula menyediakan hidangan. Satu snack plate hot & spicy. Satu snack plate OR. Satu cheesy wedges. Satu milo ais dan satu pepsi.

Tiba-tiba Nadia cakap. "Err.. cik, maaf dada ni kecik sikit lah.."

Oh. Aku terkedu. Mungkinkah dia perasan aku sedang melihat dia.

"Err.. tak per.. ok dah tu.." Aku sengih.



*hari itu aku berhenti dari memboikot KFC buat sementara kerana mak buyung ingin makan KFC.

nadia cakap pasal dada ayam. aku cakap pasal dada dia. hehe.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...