Rabu, 6 Mei 2009

Restoran Radix Fried Chicken

Hari itu hati berbunga-bunga. Perasaannya sama bila kali pertama dapat awek. Rasa sungguh bahagia.

Sudah lama aku mengidamkan untuk merasa resepi ayam goreng keluaran bumiputera. Cuma belum berkesempatan.

Radix fried chicken

Peluang untuk makan di Radix Fried Chicken ini tidak mungkin dilepaskan. Apatah lagi ada yang sudah sanggup melunaskan bilnya. Tidak perlu keluar walaupun satu sen. Dapat makan free.

Juga rasa seperti pertama kali makan dibelanja awek ke berapa entah. Awek ini sungguh kedekut. Walaupun ketika itu dia sudah bergelar engineer dan aku masih lagi berhempas pulas menyiapkan report latihan praktikal. Apa salahnya laburkan sedikit duit untuk aku yang masih belajar ni. Boleh gitu?

plak perasmian

Restoran yang baru dibuka ini mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Jelapang Padi.

Bukan setakat menghidangkan hidangan yang lazat-lazat, juga menghidangkan pemandangan yang boleh mencuci mata. Anak-anak gadis yang comel bertudung dan tersenyum manis menyambut pesanan amat menyejukkan hati. Hati berbunga-bunga lagi. Rasa seperti mahu bercinta kembali dengan gadis Jelapang Padi.

Ops.. aku tak pernah bercinta dengan gadis Jelapang Padi. Juga, takkan pernah bercinta dengan gadis Jelapang Padi. Aku sudah punya gadis Pulau Mutiara. Haha.

Hidangan Tersedia

Walaupun hidangannya seakan-akan cedokan daripada restoran ternama itu. Tetapi ia tetap unik. Warna kuningnya seakan-akan ramuannya semata-mata kunyit dan garam. Entah macam mana terfikirkan ayam goreng kunyit. Isi ayam yang diperap dengan garam, kunyit dan sedikit lada sulah. Kemudiannya digoreng garing tiba-tiba muncul dalam kepala otak aku.

Ah! Ini bukan masa untuk ke kedai tom yam. Ini masa untuk pekena ayam goreng Radix Fried Chicken!

Hidangan Tersedia

Tetapi sekali tengok, seperti restoran ini menggunakan peralatan-peralatan yang dilupuskan dari restoran ternama itu. Sampaikan tempat straw pun seakan-akan tempat straw restoran ternama itu yang sudah direject.

Hidangan Tersedia

Hidangan sampingannya pula kelihatan sungguh sedap. Ada fries, cheesy wedges dan juga nugget. Sama jer... Macam pernah kulihat semua ni. Tapi di mana yer...

Hidangan Tersedia

Kids Corner pun ada juga. Mengingatkan sesuatu... ya! Chick apa ntah.. chicka chicka boom ke apa nama untuk budak-budak di restoran ternama itu.

Hidangan Tersedia

Semuanya bertudung. Aku tidak pernah meminta khidmat mereka untuk posing sedemikian rupa. Juga, tumpukan perhatian kamu kepada tudung mereka dan jangan alihkan pandangan ke bahagian bawah atau pun sisi. Mereka ini masih lagi gadis-gadis suci yang belum ternoda dek tangan-tangan mat rempit lagi. Aku agak la...

Hidangan Tersedia

Ruang makan yang cantik. Wallpaper yang agak menarik.

Hidangan Tersedia

Hidangan Tersedia

Hidangan Tersedia

Eh! Dah habis?

9 ulasan:

  1. salam...

    agak menyedihkan bila di katakan restoran RFC menggunakan peralatan yg di 'LUPUSKAN' oleh restoran yg ternama tu. Subhanallah,sesungguhnya kos pembinaan sebuah restoran RFC mencecah RM 1.5juta. pada saya agak keterlaluan bila menggunakan statement tu.
    Ini adalah alternatif kepada umat ISLAM. Kenalilah pengarah urusan sykt yg menubuhkan rangkaian RFC ini terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan seperti itu... www.hpa.com.my

    BalasPadam
  2. Subhanallah ..

    Itu lah akibatnya, bila sijahil menulis
    Menulis hanya mengikut kata hati semata-mata
    Menulis untuk berseronok-seronok
    Tidak mahu mengembangkan ilmu

    Fikiran masih terjajah atau dijajah
    Produk penjajah masih menjadi kebanggaan
    Sampai bila ?
    Tahu tak dah berapa tahun negara merdeka ?
    Tapi otak,
    mengalahkan zaman 40 tahun sebelum merdeka
    Merdeka bagi mereka,
    Beramai-ramai menjerit di Dataran Merdeka

    Tahukah apa itu perjuangan ?
    Halal, Haram ?
    Memalukan, memualkan

    Usaha yang ada cuma seronok dipersendakan
    Bagi tahu gua,
    Apa sumbangan Lu ?
    Apa usaha Lu ?
    Berseronok dengan mempersendakan usaha murni orang lain
    Yang penting bagi lu, "mentedarah"

    Astaghafirullah

    BalasPadam
  3. hehe.

    inilah akibatnya bila si jahil membaca tulisan aku. kotak fikiran sempit, hanya nampak komen yg negatif.

    utk jadikan komen dia lebih sedap, sulamkan dengan tasbih dan istighfar. tahniah! anda sudah menjadi ustaz!

    masalah dgn org sebegini adalah hanya tahu bercakap. tak boleh terima teguran dan akan gunakan nama agama/bangsa untuk tutup kebodohan diri sendiri.

    sekian, terima kasih.

    p/s: apasalahnya kalau ambil iktibar dgn teguran yg tak positif tu. takkanlah restoran tu nak jamu makan kat org melayu saja... takkan tader perancangan masa depan.

    weh, feedback dari pelanggan tu macam emas pentingnya tau...

    BalasPadam
  4. Bagus radix ni... satu usaha yang patut dibanggakan

    BalasPadam
  5. Memang tidak dinafikan bahawa Rfc mengambil ilham daripada restoran tersohor itu, kan? Apa salahnya? Semua fast food macam tu. Jual pun benda yang sama. Yang membezakan ialah keenakan!

    Apa-apa pun aku suka Rfc! Memang enak! Lagi sedap daripada ayam goreng tersohor itu! Makanlah dengan sos cili Thai mereka! Memang syoklah!Aku bangga rumpun kita berjaya mengeluarkan restoran fast food! Aku berharap agar Rfc akan semakin maju dan bercambah diseluruh negara! Yang penting! Standard hendaklah dikekalkan.

    BalasPadam
  6. nice view... satu perkongsian yg bijak. Tetapi ulasan berkaitan RFC kurang menyengat. Banyakkan intipati apakah RFC tu...pengasas...pekerja mcmn...produk jualan...tempat...[kena kembangkan ayat]

    BalasPadam
  7. Rasanya peralatan yang ada, pastinya bukan dilupus dari restoran ternama tersebut, cuma jenis yang sama digunakan.

    Ayat yang agak provokatif sebenarnya =P

    Sedikit update mengenai RFC, mereka semakin banyak membuka cawangan di seluruh negara. Pastinya kejayaan sedemikian dicapai atas sokongan bukan hanya daripada orang Islam, juga orang bukan Islam yang meyakini kualiti dan rasa hidangan dari RFC.

    Teruskan menulis, tanpa takut kepada sebarang kritikan dan cercaan. Saya juga sudah lali dengan pelbagai komen menghina di blog saya.

    BalasPadam
  8. ha... saya menyokong perniagaan Islam.. Betullah yang penulis cakap tu.. hampir sama je.. maybe lepas nih kalau syarikat radix bace, boleh mencipta sesuatu yang unik dari KFC and McD..kan??
    Apa2 pun, jangan gaduh2.. Same2 Islam tak baik gaduh2...
    Lagi satu, jangan lah marah dia.. Bagilah nasihat menggunakan kata-kata yang baik2.."sijahil" tu tak patut digunakan..

    Semoga Radix FC dapat mengembangkan cawangan diorang keseluruh Mlaysia dan peringkat antarabangsa. AAAmiiin. Sekian

    BalasPadam
  9. @shah, shah, husnuzzon(bersangka baik) kan lebih bagus...awak gune astaghfirullah dan subhanallah.. dalam mase yang same awak menggunakan perkataan yang kasar juge. Cube fikir balik ye syah.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...