Rabu, 6 Mei 2009

Doktor Wanita Muslimah: Apa Tanggungjawabnya?

Amaran: Ini adalah perbincangan serius. Sila muntahkan diri anda dahulu sebelum anda dimuntahkan oleh tulisan ini.

Soalan : Apakah hukum mendedahkan aurat diri kepada orang lelaki, contohnya semasa ibu yang ingin melahirkan anak sudah tentunya akan mendedahkan aurat. Malah ada doktor lelaki yang menyambut bayi tersebut. Apa pandangan Islam dalam hal tersebut?
Jawapan Islamik oleh Ustazah Sakinah:-

Dalam ilmu usul fiqh, terdapat satu prinsip yang disebut sebagai ‘perkara darurat mengharuskan perkara yang haram’. Para ulama sepakat bahawa harus bagi seorang doktor lelaki melihat bahagian anggota wanita yang sakit jika perlu berserta mengikut syarat yang ditetapkan oleh syariat. Begitu juga dengan aurat lelaki yang harus dilihat oleh doktor perempuan. Selain itu prinsip syarak juga menyebut bahawa ‘darurat itu diukur mengikut kadar keperluannya’.

Jadi, jika diharuskan melihat,membuka, menyentuh aurat dan sebagainya mengikut keperluan rawatan. Ia tidak dibolehkan dalam keadaan biasa. Hal ini dibolehkan dengan syarat tertentu,iaitu:

1. Mendahulukan rawatan lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita, mendahulukan doktor muslimah, kemudian doktor wanita kafir, kemudian lelaki muslim kemudian barulah lelaki kafir.

2. Tidak melebihi tempat biasa yang perlu dibuka. Cukup dengan hanya mendedahkan tempat yang perlu sahaja.

3. Jika huraian pesakit sudah mencukupi, maka tidak perlu sentuh atau buka aurat.

4. Wanita hendaklah ditemani suami, mahram atau wanita lain yang berakhlak.

5. Doktor tersebut seorang yang amanah, tidak pernah didakwa dengan pelbagai perangai buruk.

Wallahu a’lam.


Jawapan dari seorang Muslim yang bernama En. leLabu :-

Apa kata kalau kita serahkan sahaja dosa-dosa kita selaku suami yang tidak berkuasa menjaga aurat isterinya (kerana ketiadaan kuasa, wang, kemahiran), atau isteri-isteri yang terpaksa mendedahkan auratnya semasa melahirkan ke atas batu jemala mereka ini:
  1. Doktor wanita muslimah yang sangat berkehendakkan kekayaan dan meninggalkan kerjaya di hospital bersalin untuk membuka klinik sendiri. Mereka ini walaupun berjilbab labuh tapi melupakan tanggungjawab mereka untuk melindungi aurat wanita muslim yang lain. Mereka ini perlu sedar bahawa menjadi kewajipan ke atas mereka untuk bekerja di hospital bersalin bagi menyambut kelahiran umat Islam dan juga menjaga aurat muslimah yang melahirkan.
  2. Doktor wanita muslimah yang sangat berkehendakkan kekayaan sehingga meninggalkan hospital bersalin kerajaan (di mana kebanyakan rakyat muslimah pergi untuk bersalin) dan membuka hospital bersalin swasta sedangkan mereka menyedari bahawa ramai wanita muslimah yang tidak mampu untuk mendapatkan perkhidmatan mereka.
  3. Pemimpin-pemimpin yang mengaku Muslim tapi terlalu bodoh untuk menyedari bahawa perlunya satu dasar kesihatan bahawa hanya doktor wanita muslimah dibenarkan bekerja di hospital bersalin kerajaan.
Masalah dengan kita adalah kita ada ramai professional tapi amat kurang professional yang menerapkan nilai Islam.

Kerana aku seorang yang tidak mampu, maka isteri aku terpaksa bersalin di hospital bersalin kerajaan di Pulau Pinang. Berdasarkan carta organisasinya, hampir 90% doktor yang bakal menyambut kelahiran adalah doktor-doktor bukan Islam.

Dan doktor-doktor pakar di situ pula adalah doktor lelaki bukan Islam. Ya, aku dan isteri mungkin terlepas berdosa (mungkinkah?)sebab darurat dan tiada keupayaan untuk mendapatkan khidmat doktor muslimah untuk menyambut kelahiran anak kami.

Tapi apakah pemimpin-pemimpin yang mengaku Islam itu juga berada dalam keadaan darurat untuk tidak mencadangkan satu dasar bahawa setiap hospital bersalin kerajaan hanya perlu ada doktor wanita muslimah?

Atau adakah doktor muslimah yang ingin membuka klinik sendiri dan hospital bersalin swasta berada dalam keadaan darurat sehingga perlu meninggalkan hospital bersalin kerajaan?

Wanita-wanita di luar sana, *pepet kamu akan dilihat oleh bukan sahaja suami kamu, tetapi juga lelaki-lelaki bukan Islam yang lain. Tidakkah kamu rasa tercabar? Atau kamu sememangnya suka *pepet kamu menjadi tontotan umum?

Ada komen?

10 ulasan:

  1. Hmmm, no komen la on doctor2 muslimah yang taknak join gynaecology.. Sebab kakak aku sendiri taknak buat kepakaran dalam bidang itu.. Aku pun tak paham kenapa.. Tapi base on kakak2 and mak aku yang dah bersalin, gynaecologist lelaki lebih lemah lembut berbanding gynae wanita..

    Aku pun kalau bersalin nanti, aku nak cari gynae pempuan..

    BalasPadam
  2. satu point yg perlu aku hilightkan.

    kenapa umat islam hari ini sangat kisah tentang hukum hakam, tapi gagal mencorakkan kehidupan ke arah mematuhi hukum hakam agama itu.

    cth: pasal lelaki kencing berdiri. tidak adakah arkitek/pencipta muslim yang terfikir untuk tidak meletakkan tempat kencing berdiri itu di dalam tandas lelaki?

    apa yg diperlukan adalah professional dengan minda islamik.

    jika terus begini. islam akan terus mundur dan umat islam akan terus terpinggir. kita perlukan islam yang progressif.

    kita perlukan professional yang tahu tanggungjawab mereka kepada agama islam.

    kita perlukan doktor, ptd, engineer, arkitek, eksekutif dan tenaga professional yg tahu tanggungjawab mereka terhadap agama.

    islam bukan di atas tikar semayang sahaja. tetapi islam dalm seluruh kehidupan.

    opss.. terlebih ckp pulak.

    BalasPadam
  3. kenapa?sebabnya...
    1. umat islam mggunakan sepenuhnya hukum yang ada dengan cara mudah kerana berpegang "islam itu mudah"..cth: xperlu semayang jemaat sbb nk bermusafir wlaupun musafir tu kul 4 ptg!!! (KEPALA OTAK DIA LA!!!)

    2. pikiran kotor...cth org2 yg konon bijak pandai dlm agama menceritakan pasal best duk dlm syurga sebab nnt ada bidadari2 duk layan kita...(taik kucing dia laa!!! dalam duk ckp pasal syurga sempat lagi kepala duk pikir pasal pompuan??pasal seks?dah le citer dlm masjid)

    3. pemikirtan singkat..tindakan mengharamkan yang betul walaupun pelik...cth tindakan kerajaan mengharamkan "buku pelik tapi benar" yg citer pasal smayang...leh dukun anak smbil smayang dll...(leh cek tgk dlm website dr asri bekas mufti perlis tapi tajuk artikal dia aku xingat)

    4. sikap "membenarkan yang salah"...cth bole minum arak salgi xmabuk sbb arak dihramkan kerana memamabukkan..jadi kalo xmaduk leh minum...(macam gampang kan?)

    BalasPadam
  4. I am bit disturbed reading this post.

    as far as I am concerned, hospital kerajaan akan rely kepada nurse-nurse perempuan senior / mak bidan untuk menyambut baby. Jarang doktor yang buat kecuali kes-kes emergency.

    contoh; baby takmo kuar dan sebagainya. pilihan terakhir ialah c-section. Doktor bedah lar yang ramai lelaki. Dia sarung jer tangan, pegang pisau, pastu potong dan jahit. Yang lain - tukang cuci, tukang cukur bulu, tukang bius ADALAH staf perempuan.

    aku bercakap ni dari dua kali pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Rasa unfair la kalau kita nak salahkan kerajaan sebab ramai pekerja overworked tapi kos bayar sangat ciput.

    for me, if u can work out some extra money, RM2-3K to go to private practice, it is much better that way. infact, muslimah gynae clinic pun are the cheapest, showing they still concern on other muslim welfare.

    To question back, why I cannot find even a muslim male nurse around treating male patient in government hospital, especially when it comes to cleaning routine? Again, it comes back to the the same point.

    BalasPadam
  5. ya. betul. but the main point is pendedahan aurat perempuan kpd lelaki. "Dia sarung jer tangan, pegang pisau, pastu potong dan jahit."

    dan yer, kita mungkin boleh tambah dua tiga ribu utk pegi private. bagaimana pula dgn saudara islam kita yg kerja tukang sapu bandaraya? atau yang gaji sgt ciput yg mmg bergantung harap kepada wad bersalin kerajaan kelas 3.

    aku tidak menyalahkan kerajaan. cuma menyalahkan diri sendiri, dan juga kita sebagai professional yg tidak sedar bahawa tanggungjawab kita juga untuk menjaga agama dan kemaslahatan umum.

    persoalan terakhir kenapa tiada nurse lelaki. itulah perlunya satu dasar ke arah menerapkan nilai-nilai islam ke dalam perkhidmatan awam.

    aku percaya kalau ada pemimpin (tidak bermasud politikus saja, ptd juga bertanggungjawab) yg komited dgn tanggungjawab dia sebagai muslim, suatu hari hanya nurse lelaki yg akan rawat pesakit lelaki.

    ia telah berlaku dalam perkhidmatan awam, dan ia pasti berlaku. cth, dulu polis, nurse pakai skirt, skrg tidak lg.

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah setakat 2 kelahiran putera aku, aku telah choose utk beranak di private mengenangkan citer2 yg byk aku dgr psl gov hospital membuat aku ngeri. TAK ADA 1 pun doktor/staff LELAKI yg menyambut kelahiran anak2 aku.

    Sekiranya deliver di gov kita tak boleh pilih doc, tp di private kita boleh pilih doktor yg kita nak.

    Itu semua ats kemampuan masing2. Sekiranya suami tu kesian kat bini dia, tak salah dia nak bg keselesaan kat bini dia ms deliver. Kos minimum dlm RM850 (normal delivery without ambik ape2 additional/assisted delivery equip/med). Payment yg dibuat pun setimpal dgn service yg diaorg sediakan.

    Charge yg dikenakan tu pun utk menggaji doktor2, nurse2, staff2. Dan kita mungkin tak nampak yg doktor2 ni byr zakat pendapatan/menderma yg mana wang tersebut akan disalurkan jugak pd masyarakat utk pembangunan ummah sejagat. Who knows??

    BalasPadam
  7. Salam,

    Aku sependapat bab doktor wanita muslimah (yang berpendidikan tinggi) yang tidak mahu memenuhi keperluan asas fardhu kifayah masyarakat.

    BalasPadam
  8. "tidak mahu" termasuklah
    1. tidak mahu menuntut hak, sepertimana yang selalu dibuat oleh organisasi, NGO, badan dsb
    2. tidak mahu mengetengahkankan perkara ini di media-media utama atau perdana
    3. tidak mahu menjadikan ia isu hangat di media

    akibat tidak langsung, golongan/badan wanita yang sentiasa "menuntut hak" akhirnya dan sebenarnya tunduk kepada kehendah golongan lelaki yang tidak mahu yang fitrah buat golongan wanita

    BalasPadam
  9. kencing berdiri? X payah la...pi kencing kat tempat berdiri tu...dudukla mencangkung kata tempat buang air besar...kenapa nak salahkan tempat kencing berdiri tu...

    Saya dah bersalin 4 anak...nak pi tempat muslimah...mahal...suami pun tak mampu...apa pilihan kita...dasar kerajaan sepatutnya kena ubah lama dah...parti pas yang memperjuangkan kehidupan islam pun tak bangkitkan dan perjuangkan aurat isteri2 di hospital...nak2 orang2 yang miskin dan tak berkemampuan.... salah siapa....???

    BalasPadam
  10. senangnya menyalahkan doktor pompuan ye. Try la jadi doktor baru tahu betapa hebatnya depress tekanan kerja yg mereka alami. Mulut memang sedap je komplen bila duduk dlm situasi tu baru tahu realitinya. Best sangat ke cipap bini kau yang kau takut sangat doktor lelaki tu tengok? Agak2 dlm tgh kelam kabut nak sambut baby tu sempat ke doktor lelaki tu nak meleleh layan stim tengok cipap bini kau? Tak beragak nak mengondem pun...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...