Sabtu, 29 Ogos 2009

Hero: Muhammad Izz Al-Afham

 Ini gua perkenalkan hero gua yang dah masuk tiga bulan. Sebelum ni gua tak sempat nak kenalkan pada lu. Bukan apa, bila gua nak ambil gambar je dia cakap, tak yahlah bah, gua tak ready lagi, kepala botak rambut tak tumbuh lagi nih.

Untuk pengetahuan lu, moto Kawasaki Ninja 250R gua akan wariskan kat hero gua ni.

DSC00850

Patutnya hero gua ni dah boleh meniarap. Tapi keja dia asyik menetek dan membesarkan badan jer, dia lupa nak meniarap. Gua yang tolong tiarapkan dia untuk ambil gambar ni. Misi kata hero gua ni dah kira obes. Berat lebih tapi panjangnya kurang. BMI dia kalahkan BMI gua.

Gua tak salahkan dia sebab dia kurang panjang. Dah dia yang pilih nak ikut ibu dia. Kalau ikut gua mesti dia panjang sikit dari sekarang.

DSC00850

Walaupun obes dia tetap hero. Ramai aweks yang nak dok dekat. Sama macam gua zaman muda-muda dulu. Selalu kena kerumun dengan aweks walaupun rupa agak kelabu asap.

Sebab gua ingat satu pesanan. "Kita semua ni sama saja di sisi Allah, walaupun gua lagi hensem dari lu. Yang bezakan kita adalah takwa kita." - apa kena mengenanya gua tak tahu...

DSC00850

Chow!

Adakah Seafood Di Kedai Cina Halal?

Gua memang minat sangat dengan channel Asian Food Channel. Juga gua suka tengok program masakan di chanel lain. Salah satunya adalah rancangan Ho Chak! di 8tv.

Jadi, daripada pengalaman gua menonton tv, dengan yakin gua nak bagitahu lu, seafood di kedai seafood Cina adalah tidak halal.

Walaupun diisytiharkan di restoran tu tidak serve babi, atau pork free. Tapi dua bahan yang digunakan untuk menyedapkan seafood adalah tidak halal bagi orang Islam.

  1. Wine - arak yang digunakan dalam kebanyakan masakan sayur-sayuran Cina.

  2. Broth - rebusan tulang babi yang digunakan untuk memasak sup/seafood. Air tulang babi katanya akan lebih menyedapkan seafood.


So, gua seru lu tengok AFC, rancangan Ho Chak! di 8tv, dan tinggalkan seafood di kedai Cina.

Sekian, adanya.

Sila samak perut dan usus anda . Hahaha!

Rabu, 26 Ogos 2009

Ebook Belajar Hukum Tajwid : Belajar Mengaji

Kebiasaannya, bila tiba bulan puasa. Isi lama blog gua ni akan kerap dikutip oleh pelayar-pelayar internet. Dua post gua yang paling kerap diakses dalam bulan puasa adalah:
  1. Ebook Mari Belajar Mengaji; dan
  2. Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa
Kepada mereka yang baru berasa insaf dan tergerak hati nak belajar mengaji, downloadlah ebook tu. Gua tak kisah. Memang dari dulu gua bagi free jer ebook tu. Ilmu tu gua cedok dari laman web kerajaan Arab Saudi. Gua tak kisah pasal bandwidth. Pasal blog gua ni katanya unlimited bandwidth limitnya.

Bagi yang baru-baru belajar puasa tu. Gua tahu lu akan rasa nak letakkan kasut Umbro lu kat dada gua dengan kederasan 60 batu sejam bila baca post gua pasal Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa tu. Tapi tu semua bukan salah gua. Sapa suruh lu ponteng kelas pergi curi buah jambu masa Ustazah Rokiah ajar bab puasa dulu? Gua?

Selamat Membaca!



Dunia Makin Bengong Sekarang Ini

Gua pelik:

Dia minum arak. Dia salah. Dia akan kena sebat. Dia insaf lalu tak mahu merayu. Yang korang kecoh-kecoh kata undang-undang syariah zalim apa kes?

Dia pun dah ngaku dia salah. Tapi nampak gaya macam nak timbulkan pulak isu yang undang-undang syariah zalim. Undang-undang pulak zalim bila nak dikuatkuasakan.

Gua pelik bila ramai nak jadi hero. Tapi sebenarnya zero.

Diorang lebih malu pada dunia, daripada malu kepada Allah.

Selamat berpuasa semua!

Khamis, 20 Ogos 2009

Selesema Babi : Ada Juga Yang Nak Bersikap "Babi'

Kempen takkan menjadi kalau sikap itu tidak berubah.

Bila sikap rakyat sudah berubah, sikap pemegang amanah itu pulak yang tidak berubah.

Semalam abang gua bawak anaknya yang demam ke hospital di Balik Pulau. Biasanya tak pernah pun bawak ke hospital. Tapi disebabkan kebimbangan virus selesema babi yang agresif mencari mangsa, dia bawak jugak anak ke hospital.

Lebih kurang pukul 4 lebih, dia terus bawak ke bahagian kecemasan. Tapi disuruh pulak ke bahagian pesakit luar.

Sampai di bahagian pesakit luar, yang jaga kaunter boleh buat derkk jer. Siap sembang-sembang pulak. Mungkin diorang tak nak layan sebab waktu kaunter bukak tu dah nak hujung-hujung. Kepala otak diorang mungkin dah set nak tutup kaunter. Boleh pulak diorang buat tak tahu.

Apa lagi terus kena maki laaa....

Mungkin bagi diorang dah biasa sangat tengok budak-budak yang demam, jadi perkara itu biasa bagi diorang. Tapi bagi ibubapa, perkara itu serius. Apatah lagi keadaan virus babi sekarang.

Jadi, rakyat Malaysia, tolonglah berikan kerjasama untuk kita sama-sama hapuskan virus babi ni. Jangan sampai lu orang pulak yang dibabikan sebab tak nak bantu membantu...

Kelajuan Jalur Lebar Malaysia: Di Mana Kita

Gua boring tadi, so gua test speed broadband pejabat ni di speedtest.net. Cakap banyak tak mau, lu orang tengok sendiri.

Malaysia Broadband Speed

Klik untuk besarkan.

Selasa, 11 Ogos 2009

Kerja Best Yang Pernah Kulakukan: Jual Aiskrim

Penjual Aiskrim Paddle Pop

Setiap kali gua dengar lagu paddle pop gua akan teringat kat motosikal roda tiga abang gua. Masyuk juga sebenarnya kerja jual aiskrim ni. Masa tu gua tingkatan 5, cuti raya kat kampung. Maka dengan selamba gua rembat motor abang gua pergi jual aiskrim. Masa tu kat Kelantan ada 2 bijik jer motor aiskrim paddle pop. Kira paddle pop aiskrim paling hapening la masa tu. Siap ada lagu. Aiskrim lain ada bunyi loceng jer...

Sebab budak-budak baru dapat duit raya, jualan gua kat area kampung sendiri dah cecah RM70. Masa tu harga aiskrim gua lagi mahal 10 sen daripada yang kedai Husin hujung kampung tu jual. Bila budak-budak tanya apsal mahal, dengan selamba kodok jer gua cakap nak cover duit minyak. Free delivery lah katakan. Macam gampang!

Sejam dua jam round kampung, gua dah tak larat. Gua hairan macam mana abang gua boleh loyal kerja jual aiskrim ni sampai sekarang. Dah 12 tahun tu. Mesti dia dapat untung kaw-kaw tuh. Sampai kat rumah gua bagi hasil jualan kat abang gua, kira punya kira, abang gua hulur RM30 kat gua. Gua happy macam Siti Nurhaliza  tu gua yang punya. Mula la rasa nak joli.

Masa gua cerita gua pernah jadi penjual aiskrim, ADUN kat Kuala Lipis tu dah kagum. Satu-satunya orang yang kagum dengar cerita penjual aiskrim. Yerlah biasa dia tengok gua ni hensem jer, mana sangka gua pernah buat kerja-kerja rencam nih.. Apa ke nama ADUN tu.. ada tengku-tengku skit..

Buruh Kasar di Bengkel Mustafani

Habis SPM gua tak tahu nak buat apa. Abang gua yang buka bengkel repair kereta ajak gua join. Jadi tukang sapu sampah pagi-pagi, jadi tukang tukar spark plug dan minyak hitam. Jadi tukang hulur spanar dan screwdriver. Abang gua bagi RM10 sehari, tambah elaun makan pagi, dan sebuah kenderaan iaitu kapcai Honda C70 lampu bulat dengan plat DF1224.

Kerja gua pagi-pagi, singgah kedai kopi, sental nasi kerabu sebungkus dengan teh O secawan. Sampai bengkel, sapu sampah dan kemas apa yang patut. Bagi bengkel tu presentable sikit. Barulah awek tak rasa berdebar-debar nak singgah bengkel abang gua tu.

Adeh, gua sakit perut pulak. Nanti gua sambung lagi...

Kerja-kerja lain yang gua penah buat adalah:
  1. Jurutera Pelatih di Kilang Papan
  2. Buruh Kasar di Bengkel Che Daud
  3. Buruh Kasar Pasang Antena
  4. Jurutera Servis
  5. Pegawai Tadbir Kontrak
  6. PTD
Yosshhhh....

Isnin, 10 Ogos 2009

Kuantiti Tidak Mencerminkan Kualiti

Ada yang berpandangan banyak kerja lebih masa itu menunjukkan seseorang itu bagus.

Aku tidak setuju!

Perlu juga diluangkan masa untuk aktiviti lain. Contohnya, menonton tv bersama keluarga, bersiar-siar, bersenam, terjah warung-warung, berTTs dengan geng motor, layan porno dan lain-lain lagi. Takkanlah sehari suntuk mahu duduk di pejabat sahaja?

Adakah kuantiti mencerminkan kualiti?

Kalau seseorang pekerja itu berkualiti, masa kerja sudah cukup untuk dia menjalankan semua kerja-kerjanya untuk hari itu. Kenapa perlu kerja lebih masa. Lainlah kalau dia mahukan duit lebih.

Kita tidak bercakap tentang duit lebih di sini. Kita bercakap tentang persepsi sesetengah orang bahawa, jika orang itu lama berada di pejabat bermakna dia bagus.

Mana satu pekerja yang bagus: Yang perlukan satu jam untuk siapkan satu kerja atau yang perlukan lima jam untuk siapkan satu kerja?

Jawapan aku: Yang perlukan satu jam. Jawapan korang, terserah korang lah!

Aku kadang-kadang bingung kenapa top management cuba menilai keberkesanan seseorang pekerja dengan mengambil kira berapa lama dia di pejabat. Tidak terlintaskah KPI lain untuk dinilai?

nota kaki bangku: entri ini ditulis kerana penulis punch in pukul 8 dan punch out tepat-tepat pukul 5. tiada maksud tersirat yang lain, contohnya: penulis bagus bekerja, kerja untuk hari itu boleh settle dalam waktu pejabat dan lain-lain.

Ahad, 9 Ogos 2009

Kenapa Ninja 250R?

Aku sebenarnya amat berminat dengan naked bike, tapi kerana kekangan kewangan dan kekangan model yang berada di pasaran Malaysia, memaksa aku memilih jenis Sport.





Naza Blade 250 adalah antara motor yang aku pertimbangkan untuk angkat satu. Selepas melilau di kedai-kedai motor, kebanyakan kedai motor tidak menyarankan untuk aku angkat Naza Blade. Mereka dengan bersungguh menyarankan aku mengangkat Kawasaki Ninja 250R.

Walaupun Naza Blade (Hyosung) lebih murah, namun kualiti motor buatan Korea itu tidak setanding motor Kawasaki buatan Jepun.


Isnin, 3 Ogos 2009

Sila Belajar Parkir Wahai Saudaraku

Tengah orang sibuk-sibuk tak cukup parkir di pejabat tu. Ada pulak yang ambik dua parkir sekali gus. Kalau kereta dia tu sangat besar tak apalah jugak. Ini setakat kancil jer.

DSC00500
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...