Isnin, 10 Ogos 2009

Kuantiti Tidak Mencerminkan Kualiti

Ada yang berpandangan banyak kerja lebih masa itu menunjukkan seseorang itu bagus.

Aku tidak setuju!

Perlu juga diluangkan masa untuk aktiviti lain. Contohnya, menonton tv bersama keluarga, bersiar-siar, bersenam, terjah warung-warung, berTTs dengan geng motor, layan porno dan lain-lain lagi. Takkanlah sehari suntuk mahu duduk di pejabat sahaja?

Adakah kuantiti mencerminkan kualiti?

Kalau seseorang pekerja itu berkualiti, masa kerja sudah cukup untuk dia menjalankan semua kerja-kerjanya untuk hari itu. Kenapa perlu kerja lebih masa. Lainlah kalau dia mahukan duit lebih.

Kita tidak bercakap tentang duit lebih di sini. Kita bercakap tentang persepsi sesetengah orang bahawa, jika orang itu lama berada di pejabat bermakna dia bagus.

Mana satu pekerja yang bagus: Yang perlukan satu jam untuk siapkan satu kerja atau yang perlukan lima jam untuk siapkan satu kerja?

Jawapan aku: Yang perlukan satu jam. Jawapan korang, terserah korang lah!

Aku kadang-kadang bingung kenapa top management cuba menilai keberkesanan seseorang pekerja dengan mengambil kira berapa lama dia di pejabat. Tidak terlintaskah KPI lain untuk dinilai?

nota kaki bangku: entri ini ditulis kerana penulis punch in pukul 8 dan punch out tepat-tepat pukul 5. tiada maksud tersirat yang lain, contohnya: penulis bagus bekerja, kerja untuk hari itu boleh settle dalam waktu pejabat dan lain-lain.

2 ulasan:

  1. Salam.
    Setuju dengan pandangan. Cuma dalam kes saya, terpaksa kerja lebih masa kerana bebanan kerja yang lebih berbanding orang lain.
    Saya tak minta pun nak balik lambat tapi kalau tak stay back, kerja hari ini tak sempat siap, besok bertambah kerja lain pulak. Yang sakit hati tu sebab masa office hour buat kerja2 di luar bidang tugas ( baca: ayat terakhir senarai tugas), lepas waktu pejabat baru aman untuk buat kerja hakiki.

    BalasPadam
  2. Bro..leh bagi ym x..nak tanya about mcm mane nak jadi polis.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...