Setiap kali gua dengar lagu paddle pop gua akan teringat kat motosikal roda tiga abang gua. Masyuk juga sebenarnya kerja jual aiskrim ni. Masa tu gua tingkatan 5, cuti raya kat kampung. Maka dengan selamba gua rembat motor abang gua pergi jual aiskrim. Masa tu kat Kelantan ada 2 bijik jer motor aiskrim paddle pop. Kira paddle pop aiskrim paling hapening la masa tu. Siap ada lagu. Aiskrim lain ada bunyi loceng jer...
Sebab budak-budak baru dapat duit raya, jualan gua kat area kampung sendiri dah cecah RM70. Masa tu harga aiskrim gua lagi mahal 10 sen daripada yang kedai Husin hujung kampung tu jual. Bila budak-budak tanya apsal mahal, dengan selamba kodok jer gua cakap nak cover duit minyak. Free delivery lah katakan. Macam gampang!
Sejam dua jam round kampung, gua dah tak larat. Gua hairan macam mana abang gua boleh loyal kerja jual aiskrim ni sampai sekarang. Dah 12 tahun tu. Mesti dia dapat untung kaw-kaw tuh. Sampai kat rumah gua bagi hasil jualan kat abang gua, kira punya kira, abang gua hulur RM30 kat gua. Gua happy macam Siti Nurhaliza tu gua yang punya. Mula la rasa nak joli.
Masa gua cerita gua pernah jadi penjual aiskrim, ADUN kat Kuala Lipis tu dah kagum. Satu-satunya orang yang kagum dengar cerita penjual aiskrim. Yerlah biasa dia tengok gua ni hensem jer, mana sangka gua pernah buat kerja-kerja rencam nih.. Apa ke nama ADUN tu.. ada tengku-tengku skit..
Buruh Kasar di Bengkel Mustafani
Habis SPM gua tak tahu nak buat apa. Abang gua yang buka bengkel repair kereta ajak gua join. Jadi tukang sapu sampah pagi-pagi, jadi tukang tukar spark plug dan minyak hitam. Jadi tukang hulur spanar dan screwdriver. Abang gua bagi RM10 sehari, tambah elaun makan pagi, dan sebuah kenderaan iaitu kapcai Honda C70 lampu bulat dengan plat DF1224.
Kerja gua pagi-pagi, singgah kedai kopi, sental nasi kerabu sebungkus dengan teh O secawan. Sampai bengkel, sapu sampah dan kemas apa yang patut. Bagi bengkel tu presentable sikit. Barulah awek tak rasa berdebar-debar nak singgah bengkel abang gua tu.
Adeh, gua sakit perut pulak. Nanti gua sambung lagi...
Kerja-kerja lain yang gua penah buat adalah:
- Jurutera Pelatih di Kilang Papan
- Buruh Kasar di Bengkel Che Daud
- Buruh Kasar Pasang Antena
- Jurutera Servis
- Pegawai Tadbir Kontrak
- PTD
lalalallalallalaaaaa...........!!!
BalasPadamUiks banyak keje ni mesti banyak pengalaman neh...
BalasPadambleh la tahan.. hehe
BalasPadampengalaman mematangkan kita daripada org lain.
BalasPadam