Ada blogger berdegar-degar menulis tentang "erti hidup pada memberi". Gua memang selalu baca tulisan blogger ni. Gua boleh kira minat jugak dengan tulisan dia dan ilmu yang dia kongsikan. Cuma gua benci tentang satu perkara yang blogger ini lakukan yang pada gua mungkin dia tidak sedari.
Gua benci apabila dia meletakkan button sumbangan untuk menampung kos server, bunyinya begini:
ERTI HIDUP PADA MEMBERI. mengalu-alukan sumbangan anda untuk menampung perjalanan server. Klik di sini untuk menyumbang. Terima kasih.
Sedangkan, pada gua kos server telah tertampung dengan iklan yang disiarkan.
Dengan iklan, pendapatan blog tersebut sudah menjadi begini, (pada waktu post ini ditulis):
SAIZ 300 pixels X 100 pixels = 35kb
19 iklan x RM50 sebulan = RM950
SAIZ 125 pixels X 125 pixels = 25kb
8 iklan x RM25 sebulan = RM200
Jumlahnya sebulan adalah = RM1,150
Gua tak tahu pulak hosting provider mana yang digunakan, cuma gua bandingkan dengan Exabytes. Kos bagi satu dedicated server adalah RM799 sebulan.
Jadi, kos server sudah tertampung dengan penyiaran iklan di blog tersebut. Kalau tak cukup jugak, tambahkan lagi ruangan iklan.
Bukankah ERTI HIDUP PADA MEMBERI?
Salam.
BalasPadamTerima kasih atas feedback yang diberikan.
Server saya tidak mencecah rm1000 sebulan. Pembayaran dibuat dengan menggunakan Paypal. Asalnya saya masukkan wang sendiri ke dalam Paypal tersebut. Tetapi ramai pihak yang MEMINTA saya menyediakan ruang penerimaan donation melalui Paypal kerana mereka berada di luar negara.
Sumbangan diberi bukan secara meminta-minta seperti yang tuan kata. Malah sesekali saya masih guna wang sendiri kerana akaun paypal kekurangan dana dan sesekali ada lebihan dan tidak perlu saya ceritakan ke mama lebihan itu saya salurkan.
Manakala menyediakan ruang iklan di blog, ia adalah sebahagian daripada side income saya yang dibuat dalam bentuk perniagaan yang sah kerana saya bekerja sendiri serta saya ada isteri dan empat anak untuk diberi nafkah. Iklan itu ramai yang mengambil pakej diskaun jadi bayarannya lebih rendah dari calculation tuan.
Maaf kalau ia memberi impresi yang salah kepada tuan.
terima kasih atas respons tuan.
BalasPadamseorang yang naif seperti saya akan cepat bertindak bodoh kalau tengah syok baca ilmu-ilmu yang dikongsikan, apatah lagi dgn tagline yang cukup bermakna itu, tapi bila skrol ke akhir, ada plak butang sumbangan. macam minta balasan lah pulak.
org yg sudah lama mengikuti blog tuan sememangnya sudah faham. tapi bg yg baru macam mana? income utk blog sudah ada tapi masih memerlukan sumbangan. kan pelik bunyinya.
yg mengganggu saya satu saja. tagline dan butang donation itu tidak selari. walau bagaimanapun, itu blog tuan, sukahati tuanlah nak buat macam mana pun kan. saya dok menyibuk apa kes?
maafkan keterlanjuran saya. err.. apa kata kalau saya cadangkan income daripada blog dipusing-pusingkan untuk maintenance blog saja...so, tidak perlu lah ada lagi butang donation.