Selasa, 13 Oktober 2009

Jangan Sembang Lama-lama

Mungkin lu tak hadapi situasi ini. Tapi gua hadapinya.

Lu tengah sibuk buat kerja, ada pulak klien jabatan datang nak menyembang dan macam-macam. Macam gua, memang kena berurusan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pemimpin politik, orang kampung, kontraktor dan lain-lain. Bukan gua tak mau layan, tapi gua punya waktu yang terhad. Gua kena balik awal sebab gua nak merempit pulak.  Gua tak boleh membiarkan mereka lama-lama dalam bilik gua.

Gua nak saja kata, "Wei beb, gua ada banyak kerja ni. Boleh tak lu berambus dari bilik gua. Tak payah nak gosip-gosip dengan gua. Gua tak main gosip-gosip artis nih!"

Ada jugak yang selagi tak habis cerita, tak mahu keluar. Apa dia ingat bapak dia yang bayar gaji gua sampai gua kena layan dia bersembang lama-lama.

Untuk menghalau mereka ini secara separa sedar. Ini yang gua buat, dan apa yang lu boleh buat:

  • Kalau bilik lu menggunakan pendingin hawa yang stand alone (bukan yang centralised), lu boleh tujukan blower pendingin  hawa tu ke tempat duduk tetamu bilik lu. Sentiasa simpan remote di dalam poket. Pastikan suhu diturunkan sesejuk mungkin apabila ada tetamu yang akan masuk. Bila saja tetamu masuk, buat-buat macam nak kemaskan diri dan capai lu punya jaket atau blazer.

  • Kalau bilik lu menggunakan aircond yang berpusat, yang lu tak boleh kawal suhu dia, lu beli satu kipas angin berdiri (stand fan) dan pasangkan menghala ke kerusi tetamu bilik  lu.


Kalau yang kulit tebal macam biawak mungkin diorang akan terus duduk di kerusi tetamu tu dan sembang lama-lama. Kalau yang kulit nipis, aci kerat jari, dalam 5 minit diorang dah tak tahan sejuk, menggigil-gigil dan terasa nak terkucil. Dengan sendirinya mereka akan membawa diri sendiri blah dari bilik lu.

Sekian adanya perkongsian pengalaman dari gua. Lu nak ikut, lu ikut. Lu tak nak ikut lu tahan la telinga dengar diorang bersembang tak tahu nak berhenti.

Macam la gua kesah apa yang diorang sembangkan!

9 ulasan:

  1. bagus juga idea lelabu, boleh dipraktikkan

    kerja yang banyak menyembang adalah yang terlibat dgn ramai orang

    asyik menyembang jek aduhh...bila keje nak siap!

    BalasPadam
  2. Gua selalu kata nak pergi tandas.

    BalasPadam
  3. seb baik tepon atas meja nih jarang brenti berdering.. bule cut short sumer conversation.

    ps: one more method, use english language to make small talk, sure buleh prevent org x berkenaan dari masuk dlm bilik utk menyembang.

    BalasPadam
  4. huhu. gua guna cara yg org tak perasan sangat nak halau dia. method separa sedarlah katakan.

    kalo asyik speaking nanti org kata gua belagak pulak. dahlah speaking london slang kelate.

    BalasPadam
  5. Aku da pernah guna cara 2. pastu tetamu leh cakap, "eh sejuk lah" dan diikuti tindakan menutup kipas. Chis..

    Aku punye style, bila ade tetamu dok lame kat bilik aku, aku diam2 mesej suami aku soh dia kol ofis, then aku berlakon2 konon tengah cakap dengan orang penting seperti menggunakan kata nama seperti Datuk.

    Setakat ni, cara tu sangat berkesan.

    BalasPadam
  6. papaya~sungguh kurang sopan tetamu lu itu. apa dia ingat kipas tu bapak tiri laki mak dia punya ker?

    BalasPadam
  7. ahahahahaha. sungguh menarik post ni.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...