Gua sebenarnya tertarik dengan post seorang kawan gua pasal isu
persijilan halal di Malaysia.
Err.. sebenarnya dia cerita pasal donut.Gua rasa apa yang gagal difahami oleh rakyat Malaysia adalah pengesahan sijil halal oleh JAKIM bukanlah satu kewajipan kepada setiap pembuat makanan atau pengendali perniagaan.
Kalau gua buat keropok lekor dan gua nak pekkan, gua boleh sahaja letak cap halal di pek keropok lekor gua tu. Tapi cap halal gua tu bukan cap halal JAKIM lah. Halal tu adalah atas jaminan gua sendiri sebab gua yang buat keropok tu, gua tahulah apa bahan-bahan dia dan kaedah pembuatan dia tu adalah dengan cara yang halal.
Sijil halal JAKIM ni kira macam pengesahan pihak ketiga. Yerlah, bukan semua orang percaya dengan gua. Ada jugak yang kata, dah gua nak jual keropok lekor gua, mestilah gua kata halal. Kalau gua tak kata halal tak ada orang Islam yang nak beli keropok lekor gua pulak.
Bila dah ada logo halal dari JAKIM maknanya ada orang bagi pihak lu orang dah datang ke kilang keropok lekor gua (yang terletak belakang rumah gua sebelah reban ayam) dan sahkan yang keropok lekor gua tu suci dan halal. Itu sahaja.
Tidak menjadi kesalahan untuk diletakkan logo halal di mana-mana produk. Biasanya logo sekadar tulisan jawi atau rumi, yang bunyinya halal. Cuma logo itu adalah tanggungjawab pengeluar, dan tidak disahkan oleh JAKIM. Produk tadi tetap halal kalau pengeluarnya membuat dengan cara halal.
Produk-produk luar negara banyak yang guna logo halal dari badan pentauliahan halal luar negara.
Badan pentaulihan halal luar negara juga ada prosedur yang ketat untuk pengeluaran sijil halal, jadi kenapa lu orang boleh percaya dengan logo JAKIM tapi tidak percaya dengan logo halal luar negara? Kalau nak kata dioarang dibayar untuk dapat logo halal, JAKIM juga dibayar untuk keluarkan logo halal.
Kira logo halal ni macam dapat sijil ISO lah. Ada yang dapat sijil dari SIRIM (Malaysia punya), ada yang dapat dari badan antarabangsa macam Lloyd Register, ABS, TUV dan macam-macam lagi.
Jadi, pesan gua kepada pengusaha keropok kecil-kecilan, pembuat sos cili, sos pencecah, kicap dan lain-lain, juga gua tujukan kepada Makcik Esah yang buat karipap, Makcik Kiah yang buat karas, Pakcik Abu mi kuning, dan lain-lain, meniaga dulu, tak payah nak sibuk-sibuk dapatkan logo halal JAKIM. Nanti dah dapat order dari serata negara baru fikir pasal logo halal JAKIM.
Gua percaya dengan makcik dan pakcik semua. Selagi nama makcik dan pakcik bukan Chee Ee Sa, atau Ma Chee Kia atau Bak Kut Teh.
Orait?
Tapi gua nak pesan jugak. Kalau lu nak makan kat mana-mana restoran tu lu tengok-tengok jugaklah. Kalau dah dalam menu pun ada bahan yang lu tahu tak halal, walaupun dia bagi jaminan restoran dia halal, baik lu cabutlah. Kadang-kadang non-muslim tak faham pun pasal halal haram.
Yang dia paham ada babi haram, yang lain tak kisah.
Sebab tu pada satu ketika, kedai-kedai seafood suka gunakan istilah pork-free untuk tarik pelanggan muslim. p/s: Seingat gua ia tidak wajib. Atau maklumat gua sudah outdated?