Rabu, 11 November 2009

Sijil Halal JAKIM - Adakah Satu Kewajipan?

Gua sebenarnya tertarik dengan post seorang kawan gua pasal isu persijilan halal di Malaysia. Err.. sebenarnya dia cerita pasal donut.


Gua rasa apa yang gagal difahami oleh rakyat Malaysia adalah pengesahan sijil halal oleh JAKIM bukanlah satu kewajipan kepada setiap pembuat makanan atau pengendali perniagaan.

Kalau gua buat keropok lekor dan gua nak pekkan, gua boleh sahaja letak cap halal di pek keropok lekor gua tu. Tapi cap halal gua tu bukan cap halal JAKIM lah. Halal tu adalah atas jaminan gua sendiri sebab gua yang buat keropok tu, gua tahulah apa bahan-bahan dia dan kaedah pembuatan dia tu adalah dengan cara yang halal.

Sijil halal JAKIM ni kira macam pengesahan pihak ketiga. Yerlah, bukan semua orang percaya dengan gua. Ada jugak yang kata, dah gua nak jual keropok lekor gua, mestilah gua kata halal. Kalau gua tak kata halal tak ada orang Islam yang nak beli keropok lekor gua pulak.

Bila dah ada logo halal dari JAKIM maknanya ada orang bagi pihak lu orang dah datang ke kilang keropok lekor gua (yang terletak belakang rumah gua sebelah reban ayam) dan sahkan yang keropok lekor gua tu suci dan halal. Itu sahaja.

Tidak menjadi kesalahan untuk diletakkan logo halal di mana-mana produk. Biasanya logo sekadar tulisan jawi atau rumi, yang bunyinya halal. Cuma logo itu adalah tanggungjawab pengeluar, dan tidak disahkan oleh JAKIM. Produk tadi tetap halal kalau pengeluarnya membuat dengan cara halal.

Produk-produk luar negara banyak yang guna logo halal dari badan pentauliahan halal luar negara.

Badan pentaulihan halal luar negara juga ada prosedur yang ketat untuk pengeluaran sijil halal, jadi kenapa lu orang boleh percaya dengan logo JAKIM tapi tidak percaya dengan logo halal luar negara? Kalau nak kata dioarang dibayar untuk dapat logo halal, JAKIM juga dibayar untuk keluarkan logo halal.

Kira logo halal ni macam dapat sijil ISO lah. Ada yang dapat sijil dari SIRIM (Malaysia punya), ada yang dapat dari badan antarabangsa macam Lloyd Register, ABS, TUV dan macam-macam lagi.

Jadi, pesan gua kepada pengusaha keropok kecil-kecilan, pembuat sos cili, sos pencecah, kicap dan lain-lain, juga gua tujukan kepada Makcik Esah yang buat karipap, Makcik Kiah yang buat karas, Pakcik Abu mi kuning, dan lain-lain, meniaga dulu, tak payah nak sibuk-sibuk dapatkan logo halal JAKIM. Nanti dah dapat order dari serata negara baru fikir pasal logo halal JAKIM.

Gua percaya dengan makcik dan pakcik semua. Selagi nama makcik dan pakcik bukan Chee Ee Sa, atau Ma Chee Kia atau Bak Kut Teh.

Orait?

Tapi gua nak pesan jugak. Kalau lu nak makan kat mana-mana restoran tu lu tengok-tengok jugaklah. Kalau dah dalam menu pun ada bahan yang lu tahu tak halal, walaupun dia bagi jaminan restoran dia halal, baik lu cabutlah. Kadang-kadang non-muslim tak faham pun pasal halal haram.

Yang dia paham ada babi haram, yang lain tak kisah. Sebab tu pada satu ketika, kedai-kedai seafood suka gunakan istilah pork-free untuk tarik pelanggan muslim.

p/s: Seingat gua ia tidak wajib. Atau maklumat gua sudah outdated?

9 ulasan:

  1. Sijil Halal itu tidak wajib, sebenarnya ia adalah satu STANDARD seperti MS ISO 22000, HACCP dan sebagainya lah untuk manufacturing produk.

    JAKIM (dulu, sekarang HDC) adalah badan yang bertanggungjawab untuk memberi pengiktirafan Halal ni. Untuk dapat sijil Halal, penguasa akan bawa sampel balik ke lab dan buat ujian bagi bahan yang digunakan serta inspection tempat / alatan yang terlibat dalam membuat produk makanan tersebut.

    Setelah menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh badan tersebut, baru dapat sijil Halal. Sijil Halal ni ada tempoh, kena renew dan kadang2 penguasa akan buat random inspection dalam tempoh sijil tersebut.

    Prof. aku cakap, Halal negara lain pun boleh dipercayai cuma kita tak dapat nak check kesahihan logo Halal tersebut sepertimana kita senang nak check Halal dengan JAKIM.

    Bagi penguasa SME, kalau pembuat die Melayu, aku percaya dia halal cuma kekadang aku ragu2 dengan kebersihan die jer la. Lagipun, pengusaha produk makanan local, tidaklah guna ingredient yang hi-tech seperti bermacam jenis emulsifier, stabilizer dll.

    BalasPadam
  2. eh, sekarang sijil halal JAKIM dah buat balik laaa.. kan hari tu menteri umumkan..

    kdg2 org ingat halal tu berkaitan dgn ingredient nyer saja. kaedah pembuatan pun ada halal tak halal jgk sebenarnya... cthnya buat ayam goreng guna ayam yg dicuri, konfem tak halal kan? heheh

    http://lelabu.com/blog/2007/07/06/kepak-jer-kepala-dia/

    BalasPadam
  3. aku pun actually agak fussy bila melibatkan sijil halal ni la...tapi not for every single tempat makan la...sebab cam aku suka makan baskin robbins la kan...and baskin robbins punya sijil halal is from Canada...dulu aku ingat ada la kawan aku mempertikaikan kehalalan canada...well my backlash is, dah nama pon orang islam...satu dunia la sama kan...sebab kita semua islam bersaudara...why should we hesitate with orang islam yang lain yang dok kat negara bukan islam...and fyi, sijil halal canada and thailand are among the toughest nak lulus...aku pun tak tau pasal apa...but this is what my friend told me lah (correct me if i'm wrong)...aku ingat lagi salah satu penceramah waktu aku gi kursus umrah lama sudah dulu tu, dekat tanah suci itu, kalau ada mazhab yang kata boleh buat, then benda tu boleh buat walaupun mazhab sendiri cakap tak bley...coz islam is universal...tapi aku still berpegang pada mazhab shafie la...this particular info just to share lah....

    bila melibatkan bab halal ini kan...kalau ko pergi obesi memang ler sakit...sebab kalau terlampau lah fussy, seafood pon korang tak makan...and kedai yang jual beer pon korang takkan makan...walaupun makanan dia kita boleh makan...but just coz ada alcohol at the shop, dah tak nak makan kat situ (fyi serata europe, kedai jual makanan halal ada jual beer and sewaktu dengannya)...so terpaksa la bawak meggi sendiri and chef wan dalam tin kalau nak makan nanti...and kalau sewa apartment plak nanti terasa was2 la plak nak guna cutlery set dia sebab maybe orang sebelumnya masak menatang pink? terpaksa la plak bawak pinggan mangkuk sendiri...hurmmm....

    aku bukan la seorang yang super alim...tapi i try to be the good muslim as i can la kan...and sometimes, all we need is just faith that god will look after us where ever we go....

    BalasPadam
  4. Ler, JAKIM dah amik balik. Website JAKIM ni memang ngong ar. Tolong ar update!

    Anyway, typo error, penguasa SME patutnya pengusaha SME.

    BalasPadam
  5. weh, JAKIM ada tulis lah kat website dia (e-halal) HDC handover kat dia balik. hang yg tak terbaca kot. baik buat permohonan maaf secara terbuka kat JAKIM. siarkan kat blog. hahaha.

    BalasPadam
  6. Makanlah apa yg diyakini. Jauhi syubhat

    BalasPadam
  7. "kenapa lu orang boleh percaya dengan logo JAKIM tapi tidak percaya dengan logo halal luar negara"

    Kat Malaysia sendiri pun ada je bersepah product yang saje tampal logo halal, padahal halal ke tak, tak tau la. Pernah dengar cite premis cop halal, tapi ada je jual arak?

    Kebanyakkan orang percaya sijil halal JAKIM, sebab kita ikut pemahaman ilmu kita sama. (tapi saya tak tak yakin dengan coke cola)

    Contoh, kat luar negara.. ada yang kata ferrero rocher halal.

    Hujah diorang: The Hadith from Sahih Muslim, Abu Dawud, Tirmizi, Nasai, Ibn Majah says that Rasulullah Sallallahu Alaihe Wasallam said:
    Khamr is from these two trees: dates and grapes". (I'laus sunan Vol.18 Pg.26)

    Zaman sekarang kita pernah dengar.. arak boleh diperbuat daripada barley, corn dan juga nasi. Jadi, automatically, arak yang diperbuat daripada selain daripada kurma dan anggur jadi halal...walaupun peminum leh jadi mabuk ke?

    Kita pegang pada hadith ni:
    “Setiap yang memabukkan adalah haram.” (HR. Al-Bukhari no. 4087, 4088 bab ba’ts Mu’adz ilal yaman qobla hajjatil wada’, no. 5773, Muslim no. 1733)

    “Dan aku melarang kalian dari segala yang memabukkan.” (HR. Abu Dawud no. 3677, bab al-’inab yu’shoru lil khomr)

    Jadi, pendapat kita dan mereka, ada yang berbeza. Oleh itu, tak salah kalau kita tak percaya pada badan halal luar negara. Kecuali JAKIM dah iktiraf mereka.. jadi itu bawah tanggungan JAKIM.

    Kat Malaysia pun susah nak kawal orang yang pakai cop halal suka hati.. ni lagikan kat luar negara. Kat Malaysia, kalau orang suka hati tampal cop halal, masih boleh lagi dibawa ke 'pihak berkuasa'. Kalau kat luar negara, pihak berkuasa apa?

    BalasPadam
  8. Yg ada sijil halal jakim pun xsemestinye 100% halal, ade gak a few products kena tarik balik sijil halal diorg sebab HDC overlook process dia. E.g. pringles. Skrg, aku baca ingredient lagi yakin dari sijil halal HDC.

    BalasPadam
  9. [...] bolehlah check kat link di bawah . Cara-cara nak memohon sijil halal pon ada kat laman web Jakim . Sijil halal satu kewajipan ke ? Renung-renungkalah [...]

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...