Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru, Cikgu Matno!

Klise tahap dewa untuk gua tuliskan azam tahun baru 2010 atau kenang balik apa yang gua dah buat sepanjang tahun 2009.

Apa kata gua cadangkan lu orang semua ucapkan Selamat Tahun Baru kepada Cikgu Matno.

Selamat Tahun Baru, Cikgu Matno!

p/s : *kami sayang Cikgu Matno!!, kami sayang Cikgu Matno!!, kami sayang Cikgu Matno!!, kami sayang Cikgu Matno!! Sebab Cikgu Matno BESTTTTTTT!

p/p/s:  Cikgu, gua tak der MBA lagi...

Selasa, 29 Disember 2009

Kamus Budak-budak Naik Supersport Ninja 250R

Kamus ninja! Baca sejarah ninja di sini !

Abam = Abang
Area Kilat = Kajang, Bangi, Serdang, Putrajaya, Puchong
Babab = Nak pukul tapi ala-ala manja sikit
Bari = Baru bagi
BTW = By the way
BTTL = Bini Tak Takut Laki, Boleh Tapi Tidur Luar
Brunch = Breakfast + lunch (selalu jadik bila bangun lambat)
Buras = Budak
Back fire = Ekzos keluar api
Cantas = Cantik
Cikaro = Awek
CP = Check point (tempat berhenti)
Gastros = Sapedek = Melantak
G = Goverment
GNM = Gian Naik Motor
gws - get well soon
gambir = gambar
Hupgrade = upgrade / tukar motor cc lebih besar
JMT = Jangka masa tiba (ETA)
JMB = jangka masa bergerak (ETD)
Korank = korang/kau adalah orang
MTTM = mertua tak takut menantu
Metarolex = Mengurut batu@egghead untuk kasi power
MTTM = menantu tak takut mentua
Otek = Bogon = Bond = Polis..(bahasa rempit)
Open Table = Payung = Belanjer
On The Bike = Masa suntuk, ready kat atas moto
OTW = On The Way = Memang lambat ler jawab nyer
PORT BAIK = Tempat menarik nak buat TTS
Posh bag = Tayar spare = Perut boroi
Pillion = Pembonceng seat belakang (tak kira la awek ker.. makcik .. atau org umah..)
PV = private
RV = rendezvous @ merendek = Tunggu tepi jalan sambil menghabiskan sebatang dua rokok
Roman = lebih kurang sama
Sebura = Sebulat suara
Seleper = Meleper satu pusingan
Serong Kicap = Lap badan tegak, moto miring foot rest cecah aspal
TTS = Teh Tarik Session
TB = Takut Bini
TA = Takut Awek
TABO = Takot bos
TD = Track Day
Tuan Rumah @ Host = sendiri mau ingat lah
Tuan tanah kedaung = host jgk
Tayar Golek =Lincah = Bertolak
Timer = Abiskan sebatang rokok baru on the bike
UGPM = You got private message
Vusa = Mintak permit kerja luar
Warup = Warm up.
WTS = want to sell.
WTB = Want to buy.

Isnin, 28 Disember 2009

Tahap Kecewa Gua Sama Level Dengan TDM Bila Mahkamah Rayuan Overturned Keputusan Mahkamah Tinggi

Tulis gaya Tun Dr Mahathir.

1. Seperti juga Majlis Peguam, gua kecewa Mahkamah Rayuan overturned keputusan Mahkamah Tinggi menghentikan SPRM daripada melakukan soal siasat selepas waktu bekerja (waktu pejabat).

2. Gua, dan lu orang semua perlu hormati waktu bekerja. Penjenayah tidak sepatutnya melakukan jenayah selepas waktu bekerja. Perompak, penyamun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya perlu punch in dahulu sebelum merompak, menyamun, merogol, meragut dan sebagainya. Sudah tentu, polis tidak boleh menyiasat jenayah selepas waktu bekerja. Perompak, penyamun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya hanya perlu menunjukkan jadual waktu kerja masing-masing kepada polis, dan mereka boleh dilepaskan sekiranya terserempak dengan polis di luar waktu bekerja. Bomba perlu tunggu waktu bekerja sebelum memadamkan api.

3. LPKP tidak perlu menyiasat kemalangan bas ekspres yang berlaku di luar waktu bekerja. Buat tidak tahu saja. Panggilan hotline tidak perlu berfungsi di luar waktu bekerja. Nombor SMS aduan dan telefon yang ditampal dibelakang bas itu sekadar dekorasi sahaja.

4. Perkara yang sama perlu digunakan pada hujung minggu dan cuti umum. Tiada soalan, siasatan dan memadamkan api pada hari cuti. Penguatkuasa pengangkutan jalan juga boleh tidur pada hari minggu dan di luar waktu bekerja. Tidak perlu melakukan penguatkuasaan kepada undang-undang jalan raya. Tidak perlu tahan pemandu bas yang memandu dengan laju dan cuai. Kalau kemalangan di tengah malam buta, buat tidak tahu saja. Tunggu waktu bekerja esok baru mulakan apa-apa yang patut dimulakan. Selagi tiada kemalangan ngeri yang mengorbankan banyak nyawa, buat tidak tahu saja.

5. Bagaimana pula dengan politik dan berpolitik? Tiada berpolitik selepas waktu bekerja, tentunya.

6. Jika kita ada banyak cuti, maka kadar jenayah akan turun kerana jenayah hanya dilakukan pada waktu bekerja. Kemalangan bas ekspres tidak akan berlaku kerana tiada perjalanan di luar waktu bekerja biasa. Hari cuti semua orang duduk di rumah, tidak usah susah-susah naik bas balik kampung jenguk ibu bapa.

Khamis, 17 Disember 2009

Tindakan Gua Menggalakkan Lebih Ramai Peminta Derma Dan Sedekah

Pasti lu orang pernah didatangi peminta sedekah/derma masa tengah makan kat kedai makan.

Gua pun pernah. Yang datang tu minta derma untuk bina masjid. Gua bagi jer. Gua dah terbayang pahala wakaf. Kalau ramai yang buat ibadat di masjid, mungkin gua dapat share sama, sampai ke hari Kiamat, insya-Allah.

Kawan gua pulak kata dia tak bagi sebab perbuatan gua tu akan menggalakkan lebih ramai peminta derma dan peminta sedekah. Dia kata jugak, dia kalau nak derma, dia akan terus masukkan dalam tabung kat masjid, dia tak bagi kat peminta derma bergerak begitu. Gua hangguk jer la. 

Masalahnya, dia tu (dan gua juga) kerap sangat ke pergi masjid? Hahahah. Macam-macam alasan nak menghalalkan tindakan diri.

Bagi gua, tak kisahlah apa saja tujuan peminta derma, sedekah tu. Sindiket ke, penipu ker. Asalkan yang memberi derma tu ikhlas dan insya-Allah akan dapat pahala.

Lebih baik bersangka baik kan? Husnu dzan kata pak-pak lebai...

p/s: salam maal hijrah!

Kisah Pinggan Mangkuk

Seingat gua, kat kampung gua, nun kat Kelantan sana, tak ada kerja orang-orang kampung nak mintak peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk.

Seingat gua, kalau sapa-sapa buat kenduri, ramailah orang kampung yang menghulurkan bantuan.

Makcik-makcik datang bawak pisau masing-masing. Dalam sekelip mata saja habis bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, lengkuas, sayur, ayam dan daging dipotong. Tak pernah pulak diorang mintak upah, atau mintak disediakan pisau untuk kerja gotong royong sukarela tersebut.

Seingat gua, pakcik-pakcik akan datang berduyun-duyun. Ada yang tolong tumbangkan lembu. Ada yang cari kayu api. Kerja masak memasak ni kira macam kacang saja. Ada yang punya periuk besar akan bawak periuk besar dari rumah, untuk dipinjamkan kepada tuan punya kenduri. Tak pernah ada orang kampung gua mintak dengan kerajaan untuk beli periuk besar, dapur gas dan tungku untuk buat kenduri.

Seingat gua orang kampung gua akan berebut-rebut bagi pinjam pinggan kepada tuan punya kenduri. Di belakang pinggan itu akan ditulislah initial masing-masing nanti takut tertukar bila masa dipulangkan. Yang nama Che Na akan selamba badak tulis belakang pinggan dia dengan huruf CN. Yang nama Mek Kiah akan tulis MK. Apa saja asalkan dapat dikenalpasti itu pinggan dia. Walaupun sepuluh biji, dia tetap mahu menyumbang. Itu namanya semangat bekerjasama. Tak pernah orang kampung gua minta peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk untuk senangkan kerja-kerja kenduri.

Trend sekarang yang bagi gua merosakkan hubungan penduduk kampung adalah ketua-ketua kampung mula mintak peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk kenduri, kerusi meja kenduri, dapur, set buffet dan periuk besar untuk kenduri. Kononnya senang bila kenduri, mintak saja dengan tok ketua untuk guna barang-barang tu.

Tapi tok ketua lupa sesuatu. Kalau dulu, bila nak buat kenduri, tuan punya kenduri akan berhubung dengan semua orang kampung untuk pinjam barang, kini dengan tok ketua saja. Hubungan sesama orang kampung dah semakin kurang. Orang kampung dah rasa segan nak datang rumah kenduri sebelum hari kenduri untuk tolong-tolong apa yang patut.

Kalau dulu:
  • diorang datang untuk hantar pinggan yang nak dipinjamkan
  • diorang datang untuk kopek bawang dengan bawak pisau sendiri
  • diorang datang untuk tolong kumpul kayu api
  • diorang datang untuk cuci pinggan mangkuk
Kini, orang kampung datang untuk makan pada hari kenduri saja sebab:
  • pinggan mangkuk dah tok ketua yang sediakan
  • masak dah pakai dapur gas
  • paling teruk, pakai katering - datang makan saja
Pada hemat gua yang rabun kronik ni, lebih banyak bantuan remeh temeh diberikan kepada orang kampung, makin renggang hubungan sesama masyarakat. Contoh gua, macam tadilah, kerajaan dah bagi pinggan mangkuk kenduri untuk kegunaan satu kampung, secara tidak langsung, penduduk kampung tidak perlu bergantung kepada sesama mereka, hubungan mula longgar. Semua asyik pikir nak berbaik dengan tok ketua saja.

Dah jadi macam orang bandar. Tak kenal jiran sekeliling. Sebab jiran itu tidak perlu pun dalam menyelesaikan kehidupan harian. Bila nak kenduri, guna katering. Servis boleh dibeli, tapi hubungan sesama masyarakat akan hilang...

p/s: gua tulis ni sebab dalam kawasan gua ni setiap kampung akan dapat dapur, set buffet, pinggan mangkuk dan kerusi meja kenduri... hehe. gua yang pening kepala nak buat perolehan hujung-hujung tahun ni.

p/p/s: lu orang perasan tak? dulu kalau kenduri, makan hidang, meriah. sambil makan boleh sembang-sembang. duduk dengan orang kampung sebab nak cukupkan korum. mintak tolong hulur lauk, hulur nasi tambah, air basuh tangan dsb. tapi sekarang ni, bila buffet, masing-masing cedok nasi sendiri, duduk dengan keluarga sendiri, makan, balik. dah tak ada nak sembang-sembang dengan orang kampung/masyarakat setempat yang jumpa kat rumah kenduri tu.

Selasa, 15 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru

Selamat pengantin baru gua ucapkan kepada tuan punya www.almaribuku.com.

Walaupun dah merancang lama untuk menghadiri kenduri Fuad dan Siti Adibah di Kuala Nerang pada 12 Disember 2009, tapi Allah adalah perancang yang lebih utama.

Petang Jumaat 11 Disember 2009, dua-dua orang anak gua dimasukkan ke wad sebab demam.

Fw: DSC00723

Fw: DSC00723

TTS dengan geng Ninja Utara jam 9.30 malam 12 Disember 2009 pun tidak dapat dihadiri.

Di sini gua nak mohon berbanyak maaf kepada Fuad dan pasangan, dan juga kepada geng Ninja Utara kerana tidak dapat hadir ke majlis.

Alhamdulillah, akhirnya anak-anak gua dibenarkan keluar pada hari Isnin.

Fw: DSC00723

Fw: DSC00723

Itulah sedikit catatan ringkas hujung minggu.

Selasa, 8 Disember 2009

Derma Bukan Tontonan - Herman Tino


Sebab gua tengah kering idea. Gua nak lu orang derma-dermakanlah idea kat gua...

dan hayatilah lirik lagu ni.

Ahad, 6 Disember 2009

Gua Layan Ismahalil Hamzah Di THR Gegar Permata Pantai Timur

DJ yang paling best dalam hidup gua.



Dari zaman sekolah menengah, Radio Muzik, THR, RFM.

Kini (dah lama sebenarnya) dia kembali dengan THR Gegar. Ahad-Khamis, 3.00 petang sampai 8.00 malam.



Bagi yang dok area utara, tengah dan selatan, pastikan dengar melalui astro channel 863 atau online. Jangan dengar dengan radio transistor biasa, nanti lu terdengar Ismahalil cakap tamil pulak.

Selamat melayan... Assalaaaaamualaikum, you're my friend!

nota: gambar-gambar dipaparkan tanpa kebenaran daripada www.thr.fm/gegar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...