Seingat gua, kalau sapa-sapa buat kenduri, ramailah orang kampung yang menghulurkan bantuan.
Makcik-makcik datang bawak pisau masing-masing. Dalam sekelip mata saja habis bawang putih, bawang besar, bawang merah, halia, lengkuas, sayur, ayam dan daging dipotong. Tak pernah pulak diorang mintak upah, atau mintak disediakan pisau untuk kerja gotong royong sukarela tersebut.
Seingat gua, pakcik-pakcik akan datang berduyun-duyun. Ada yang tolong tumbangkan lembu. Ada yang cari kayu api. Kerja masak memasak ni kira macam kacang saja. Ada yang punya periuk besar akan bawak periuk besar dari rumah, untuk dipinjamkan kepada tuan punya kenduri. Tak pernah ada orang kampung gua mintak dengan kerajaan untuk beli periuk besar, dapur gas dan tungku untuk buat kenduri.
Seingat gua orang kampung gua akan berebut-rebut bagi pinjam pinggan kepada tuan punya kenduri. Di belakang pinggan itu akan ditulislah initial masing-masing nanti takut tertukar bila masa dipulangkan. Yang nama Che Na akan selamba badak tulis belakang pinggan dia dengan huruf CN. Yang nama Mek Kiah akan tulis MK. Apa saja asalkan dapat dikenalpasti itu pinggan dia. Walaupun sepuluh biji, dia tetap mahu menyumbang. Itu namanya semangat bekerjasama. Tak pernah orang kampung gua minta peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk untuk senangkan kerja-kerja kenduri.
Trend sekarang yang bagi gua merosakkan hubungan penduduk kampung adalah ketua-ketua kampung mula mintak peruntukan kerajaan untuk beli pinggan mangkuk kenduri, kerusi meja kenduri, dapur, set buffet dan periuk besar untuk kenduri. Kononnya senang bila kenduri, mintak saja dengan tok ketua untuk guna barang-barang tu.
Tapi tok ketua lupa sesuatu. Kalau dulu, bila nak buat kenduri, tuan punya kenduri akan berhubung dengan semua orang kampung untuk pinjam barang, kini dengan tok ketua saja. Hubungan sesama orang kampung dah semakin kurang. Orang kampung dah rasa segan nak datang rumah kenduri sebelum hari kenduri untuk tolong-tolong apa yang patut.
Kalau dulu:
- diorang datang untuk hantar pinggan yang nak dipinjamkan
- diorang datang untuk kopek bawang dengan bawak pisau sendiri
- diorang datang untuk tolong kumpul kayu api
- diorang datang untuk cuci pinggan mangkuk
- pinggan mangkuk dah tok ketua yang sediakan
- masak dah pakai dapur gas
- paling teruk, pakai katering - datang makan saja
Dah jadi macam orang bandar. Tak kenal jiran sekeliling. Sebab jiran itu tidak perlu pun dalam menyelesaikan kehidupan harian. Bila nak kenduri, guna katering. Servis boleh dibeli, tapi hubungan sesama masyarakat akan hilang...
p/s: gua tulis ni sebab dalam kawasan gua ni setiap kampung akan dapat dapur, set buffet, pinggan mangkuk dan kerusi meja kenduri... hehe. gua yang pening kepala nak buat perolehan hujung-hujung tahun ni.
p/p/s: lu orang perasan tak? dulu kalau kenduri, makan hidang, meriah. sambil makan boleh sembang-sembang. duduk dengan orang kampung sebab nak cukupkan korum. mintak tolong hulur lauk, hulur nasi tambah, air basuh tangan dsb. tapi sekarang ni, bila buffet, masing-masing cedok nasi sendiri, duduk dengan keluarga sendiri, makan, balik. dah tak ada nak sembang-sembang dengan orang kampung/masyarakat setempat yang jumpa kat rumah kenduri tu.
salam..
BalasPadamwaa..ambo pun kelate, demo kat mana?..
Ambo sokong sgt tuh, loni ile doh smgt kejiranan,
macam duk perumaha pulak...huhu
sad2