Tulis gaya Tun Dr Mahathir.
1. Seperti juga Majlis Peguam, gua kecewa Mahkamah Rayuan overturned keputusan Mahkamah Tinggi menghentikan SPRM daripada melakukan soal siasat selepas waktu bekerja (waktu pejabat).
2. Gua, dan lu orang semua perlu hormati waktu bekerja. Penjenayah tidak sepatutnya melakukan jenayah selepas waktu bekerja. Perompak, penyamun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya perlu punch in dahulu sebelum merompak, menyamun, merogol, meragut dan sebagainya. Sudah tentu, polis tidak boleh menyiasat jenayah selepas waktu bekerja. Perompak, penyamun, perogol, peragut dan seangkatan dengannya hanya perlu menunjukkan jadual waktu kerja masing-masing kepada polis, dan mereka boleh dilepaskan sekiranya terserempak dengan polis di luar waktu bekerja. Bomba perlu tunggu waktu bekerja sebelum memadamkan api.
3. LPKP tidak perlu menyiasat kemalangan bas ekspres yang berlaku di luar waktu bekerja. Buat tidak tahu saja. Panggilan hotline tidak perlu berfungsi di luar waktu bekerja. Nombor SMS aduan dan telefon yang ditampal dibelakang bas itu sekadar dekorasi sahaja.
4. Perkara yang sama perlu digunakan pada hujung minggu dan cuti umum. Tiada soalan, siasatan dan memadamkan api pada hari cuti. Penguatkuasa pengangkutan jalan juga boleh tidur pada hari minggu dan di luar waktu bekerja. Tidak perlu melakukan penguatkuasaan kepada undang-undang jalan raya. Tidak perlu tahan pemandu bas yang memandu dengan laju dan cuai. Kalau kemalangan di tengah malam buta, buat tidak tahu saja. Tunggu waktu bekerja esok baru mulakan apa-apa yang patut dimulakan. Selagi tiada kemalangan ngeri yang mengorbankan banyak nyawa, buat tidak tahu saja.
5. Bagaimana pula dengan politik dan berpolitik? Tiada berpolitik selepas waktu bekerja, tentunya.
6. Jika kita ada banyak cuti, maka kadar jenayah akan turun kerana jenayah hanya dilakukan pada waktu bekerja. Kemalangan bas ekspres tidak akan berlaku kerana tiada perjalanan di luar waktu bekerja biasa. Hari cuti semua orang duduk di rumah, tidak usah susah-susah naik bas balik kampung jenguk ibu bapa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan