Jumaat, 30 April 2010

Bahaya Bawak Kereta Laju-laju

Semalam gua memandu kereta dari Putrajaya ke Penang. Gua kalau setakat bawak kereta Savvy memang gua tak into sangat nak bawak laju-laju.  Salah satu sebab adalah kereta kecik biasanya bunyi enjin mendaum gila walaupun speedometer baru jejak 120km/j. Budak sekolah tingkatan tiga pun boleh bawak lagi laju pakai Iswara 1.3L.

Satu lagi sebab, gua tak mahu kena saman speedtrap. Walaupun gua tahu kalo bawak ke mahkamah speedtrap tu tak boleh pakai, gua confirm menang kes. Sapa yang calibrate  meter speedtrap tu? Macam mana meter speedtrap tu dianggap betul kalau tak pernah calibrate? Mana ada standard Sirim untuk calibrate meter speedtrap? So, confirm meter speedtrap tu tak pernah dikalibrasi, keputusannya sure tak sah dalam mahkamah. Gerenti gua boleh menang kes punyalah dengan guna hujah teknikal.

Tapi gua pikir lagi, nak upah lawyer pun lagi mahal dari bayar saman speedtrap. So, tader sapa rasa nak bawak kes speedtrap ke mahkamah. Buat apa berhabis beribu pasal benda dua tiga ratus? Buat apa berhabis beratus kalau setakat pakai Savvy jer?


Tiba-tiba gua rasa nak terberak. R&R Tapah lagi 20 kilometer. Kaki gua dah menggigil nak tekan pedal minyak kasi rapat. Perut gua dah memulas-mulas. Gua kemut sekuat boleh. Kalau tidak, mahu berterabur dalam kereta. Dahi dah mula berpeluh dingin.

Tiba-tiba, dengan tak semena-mena gua terbayang laporan akhbar esoknya...
Seorang lelaki 30 tahun ditembak mati di R&R Tapah. Suspek dilaporkan seorang penjenayah yang dikehendaki pihak berkuasa. Kejadian berlaku setelah adegan kejar mengejar antara suspek dengan pihak penguatkuasa undang-undang lalulintas. Dipercayai suspek memandu laju di Lebuhraya PLUS menghala utara dan memotong kereta MPV penguatkuasa undang-undang. Selepas susur masuk ke R&R Tapah, suspek bergegas keluar dari kenderaan dan menuju ke arah tandas R&R. Penguatkuasa undang-undang berjaya menembak mati lelaki tersebut apabila satu das tembakan tepat mengenai kepala suspek.

Ala.. tak berbaloi mati kena tembak sebab nak terberak. Penguatkuasa undang-undang bukan ada masa pun nak tanya apsal lu nak cepat. Dia mana tahu lu nak terberak... tak boleh nak salahkan dia jugak! Dan lu yang nak terberak bukan dengar dah orang cakap apa, dalam kepala lu teringat jamban jer. Benda lain lu dah lupa!

Semalam gua memandu kereta dari Putrajaya ke Penang. Gua kalau setakat bawak kereta Savvy memang gua tak into sangat nak bawak laju-laju.  Salah satu sebab adalah gua tak gemar sangat nak langgar undang-undang duniawi ni. Alhamdulillah pukul 1 tengah hari gua selamat merentasi selat ke Pulau Pinang.

p/s: Laporan akhbar itu adalah imaginasi penulis semata-mata. Harapnya tiada kaitan antara yang ditembak dan yang menembak.

3 ulasan:

  1. erm...en labu..cam penah dengar jek citer nih?..kat mana ek?

    BalasPadam
  2. berbaloi kalo benti utk berak...
    nikmat org cakap...
    hahaha...

    BalasPadam
  3. Hahaha...saya pandu Savvy jugak, suka bawak laju, kecuali di tempat-tempat "Hot Spot" speed trap polis.

    Mungkin sebab kereta pertama agaknya, teruja semacam nak pandu laju =)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...