Khamis, 6 Mei 2010

Orang-orang Yang Kekurangan Kasih Sayang

Walaupun gua nampak macam hampeh macam ni. Gua masih percaya perancangan Tuhan adalah yang terbaik.

Tuhan bagi ilmu secara beransur-ansur. Sebab tu kadang-kadang gua nampak kawan-kawan gua, dah tua bangka pun perangai macam budak-budak. Badan dah berbulu pun sibuk nak menetek lagi. Badan dah berbulu pun nak berkepit dengan ibu bapa lagi.

Ada orang yang gua kenal kekurangan perasaan kasih sayang, kurang sensitiviti, kurang empati. Tuhan belum turunkan perasaan tu dalam sanubari mereka, mungkin. Mungkin mereka belum bersedia untuk handle perasaan-perasaan macam tu.

Masa gua kecik-kecik dulu mana pernah gua pikir perasaan mak bapak gua. Gua asyik nak mak bapak gua penuhi apa yang gua mahu. Nak pergi lawatan sekolah la, nak beli kasut harga ratus-ratuslah. Sedangkan mak bapak gua bukan kerja gomen kaya raya hidup senang pun. Apa jadahnya nak menghabiskan duit beli kasut ratus-ratus. Kalau ada Crocs harga RM30, baik beli yang itu dari beli yang ratus-ratus. Plastik sama jer pun. Tak ada sapa nak tengok dekat-dekat kasut yang gua pakai.

Dah baligh, mimpi pun sedar-sedar kain dah basah. Barulah timbul sikit perasaan cerdik tu. Barulah sedar sikit kasih sayang mak bapak. Tapi selagi tak cukup umur, Tuhan tak bagi pun perasaan tu. Kalau Dia bagi memang tak tertanggung gua nanti. Terus tak jadi budak-budak. Umur 15 tahun gua rasa gua dah berenti sekolah mintak kerja jadi jaga supermarket.

Orang yang tak pernah bercinta takkan faham bagaimana rasanya mabuk cinta tu. Rindu dendam. Tak dapat tengok tuan, tengok bumbung rumah pun jadi. Tak dapat cakap, SMS pun jadi. Mandi tak basah, tidur tak lena. Makan tak lalu, sepinggan jadi dua pinggan. Orang yang tidak pernah bercinta dia takkan faham perasaan-perasaan macam tu.

Orang yang tak ada anak tak akan rasa perasaan kasih sayang pada anak-anak. Takkan rasa betapa susahnya hati bila anak-anak demam. Rela diri tak makan asalkan dapat bagi anak-anak makan. Takkan pernah merasa, begitulah rasa kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Sebab itu, orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini, tak rasa apa-apa bila baca berita pasal pembuangan bayi. Orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini tidak rasa apa-apa bila baca berita remaja kena tembak sia-sia, budak-budak kena culik, kena bunuh. Orang-orang kekurangan kasih sayang ini tak rasa apa-apa bila baca berita pasal anak kepada seorang ibu/bapa mati dengan tragis.

Orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini akan kata, padan muka, mak bapak tak pandai jaga anak. Mak bapak sibuk kerja tinggalkan anak-anak dan lagi, dan lagi.

Orang-orang kekurangan kasih sayang ini takkan rasa perasaan bagaimana gua rasa bila malam-malam pandang wajah anak-anak, dan memikirkan masa depan mereka. Hidup lagikah mereka esok?  Membesar elokkah mereka esok? Selamatkah mereka esok?

Orang-orang kekurangan kasih sayang ini tak pernah fikir bahawa dunia ini mungkin tidak selamat untuk anak-anak mereka. Orang-orang kekurangan kasih sayang ini, Tuhan belum anugerahkan perasaan itu kepada mereka... Dan gua percaya, perancangan Tuhan adalah yang terbaik!

p/s:  Sorry gua teremosi sikit. Dalam hati ada taman, beginilah jadinya.

2 ulasan:

  1. sama la bro...gua dalam hati pon ada taman rashidah utama...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...