Yang ini, gua kata haram sebab ustaz-ustaz pun banyak kata haram. Ini adalah skim cepat kaya gaya facebook. Gua dah cerita panjang lebar kat sini.
Kalau nak tahu jugak, caranya begini:
Email kepada promoter program ni nak tahu macam mana kaedahnya. Lepas tu dia akan balas email, dia kata kalau nak tahu masukkan bayaran RM100 dalam akaun dia. Lepas tu dia akan bagitahu caranya. Ini gua bocorkan cara nak dapat duit haram:-
- Lepas lu masukkan duit RM100 dia akan bagitahu caranya ialah lu promote la kaedah tu kepada kawan-kawan.
- Kalau ada kawan-kawan berminat nak tahu, mintak duit RM100 daripada kawan tu dulu, baru bagitahu caranya macam mana. Selagi tak bayar, jangan bagitahu caranya yang kononnya rahsia tu.
- Macam tu la seterusnya.
Lepas tu kawan-kawan yang kena kikis RM100 tadi akan kikis pulak RM100 daripada kawan-kawan dia. Begitulah seterusnya. Sampailah kawan-kawan yang terakhir dah takder kawan nak dikikis, sebab semua kawan-kawan dah pernah kena kikis. Ini memang sistem menindas kawan namanya....
Yang ini, halalan toyyiban. Dapat mengurangkan najis-najis. Korek hidung...
tu la...diorang duk tag kawan². aku dah serabut dah kena tag kat gambar duit. ces betul.
BalasPadam