Isnin, 31 Mei 2010

Hati-hati.

Kepada kawan-kawan seangkatan. Gua nak pesan. Hati-hati dalam apa yang lu nak lakukan.

Tetapkan niat yang betul. Apa-apa jadi di tengah jalan, pastikan lu di jalan yang lurus!

Gua kongsikan apa yang gua baca hari ini:-

Sekian.

Cheh, akhirnya terupdate jugak blog gua hari ini...

Selasa, 25 Mei 2010

Doktor Yang Terer

Mana lagi terer, doktor haiwan ke doktor manusia? Teeetttt! Doktor haiwan...

Kalau lu sakit, lu jumpa doktor. Doktor suruh lu duduk, dia tanya, "Sakit apa?". Apa jadahnya jadi doktor kalau dia kena tanya lu, lu sakit apa...

Kalau kambing lu sakit, lu bawak kambing lu jumpa doktor haiwan. Ada lu tengok doktor haiwan tu tanya kambing lu, "Lu sakit apa aduhai kambing?"

Hahaha.

Isnin, 24 Mei 2010

Afham Sudah Satu Tahun

Happy Birthday!

23052010273

Kek coklat moist yg sangat sedap. Harga pun boleh tahan sedapnya.

23052010275

Menu simple saja. Bihun goreng dan laksa.

23052010279

"Tu, nak nak. Ta!"

Translasi bebas:  Tu, nak kereta!

Orang suruh potong kek, dia nak kereta atas kek pulak!

Jumaat, 21 Mei 2010

Gua Jeles Dengan Si Remy Ishak

Orang kata gua tak boleh kering idea lebih seminggu. Nanti berpanjangan ke bulan. Ke tahun nanti. Jadi gua cuba naikkan syeikh, semangat dan aura untuk menulis sesuatu hari ini.

Gua jeles. Nak jugak! Hahaha. :-P

Selasa, 11 Mei 2010

Mari Mengikis Duit Kawan-kawan FB Anda

Ada lagi yang kemaruk nak kaya dengan goyang kaki. Pikirlah sikit halal haramnya!

Yang ini, gua kata haram sebab ustaz-ustaz pun banyak kata haram. Ini adalah skim cepat kaya gaya facebook. Gua dah cerita panjang lebar kat sini.



Kalau nak tahu jugak, caranya begini:

Email kepada promoter program ni nak tahu macam mana kaedahnya. Lepas tu dia akan balas email, dia kata kalau nak tahu masukkan bayaran RM100 dalam akaun dia. Lepas tu dia akan bagitahu caranya. Ini gua bocorkan cara nak dapat duit haram:-

  1. Lepas lu masukkan duit RM100 dia akan bagitahu caranya ialah lu promote la kaedah tu kepada kawan-kawan.

  2. Kalau ada kawan-kawan berminat nak tahu, mintak duit RM100 daripada kawan tu dulu, baru bagitahu caranya macam mana. Selagi tak bayar, jangan bagitahu caranya yang kononnya rahsia tu.

  3. Macam tu la seterusnya.


Lepas tu kawan-kawan yang kena kikis RM100 tadi akan kikis pulak RM100 daripada kawan-kawan dia. Begitulah seterusnya. Sampailah kawan-kawan yang terakhir dah takder kawan nak dikikis, sebab semua kawan-kawan dah pernah kena kikis. Ini memang sistem menindas kawan namanya....

Yang ini, halalan toyyiban. Dapat mengurangkan najis-najis. Korek hidung...

Khamis, 6 Mei 2010

Orang-orang Yang Kekurangan Kasih Sayang

Walaupun gua nampak macam hampeh macam ni. Gua masih percaya perancangan Tuhan adalah yang terbaik.

Tuhan bagi ilmu secara beransur-ansur. Sebab tu kadang-kadang gua nampak kawan-kawan gua, dah tua bangka pun perangai macam budak-budak. Badan dah berbulu pun sibuk nak menetek lagi. Badan dah berbulu pun nak berkepit dengan ibu bapa lagi.

Ada orang yang gua kenal kekurangan perasaan kasih sayang, kurang sensitiviti, kurang empati. Tuhan belum turunkan perasaan tu dalam sanubari mereka, mungkin. Mungkin mereka belum bersedia untuk handle perasaan-perasaan macam tu.

Masa gua kecik-kecik dulu mana pernah gua pikir perasaan mak bapak gua. Gua asyik nak mak bapak gua penuhi apa yang gua mahu. Nak pergi lawatan sekolah la, nak beli kasut harga ratus-ratuslah. Sedangkan mak bapak gua bukan kerja gomen kaya raya hidup senang pun. Apa jadahnya nak menghabiskan duit beli kasut ratus-ratus. Kalau ada Crocs harga RM30, baik beli yang itu dari beli yang ratus-ratus. Plastik sama jer pun. Tak ada sapa nak tengok dekat-dekat kasut yang gua pakai.

Dah baligh, mimpi pun sedar-sedar kain dah basah. Barulah timbul sikit perasaan cerdik tu. Barulah sedar sikit kasih sayang mak bapak. Tapi selagi tak cukup umur, Tuhan tak bagi pun perasaan tu. Kalau Dia bagi memang tak tertanggung gua nanti. Terus tak jadi budak-budak. Umur 15 tahun gua rasa gua dah berenti sekolah mintak kerja jadi jaga supermarket.

Orang yang tak pernah bercinta takkan faham bagaimana rasanya mabuk cinta tu. Rindu dendam. Tak dapat tengok tuan, tengok bumbung rumah pun jadi. Tak dapat cakap, SMS pun jadi. Mandi tak basah, tidur tak lena. Makan tak lalu, sepinggan jadi dua pinggan. Orang yang tidak pernah bercinta dia takkan faham perasaan-perasaan macam tu.

Orang yang tak ada anak tak akan rasa perasaan kasih sayang pada anak-anak. Takkan rasa betapa susahnya hati bila anak-anak demam. Rela diri tak makan asalkan dapat bagi anak-anak makan. Takkan pernah merasa, begitulah rasa kasih sayang ibu bapa kepada anak-anak.

Sebab itu, orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini, tak rasa apa-apa bila baca berita pasal pembuangan bayi. Orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini tidak rasa apa-apa bila baca berita remaja kena tembak sia-sia, budak-budak kena culik, kena bunuh. Orang-orang kekurangan kasih sayang ini tak rasa apa-apa bila baca berita pasal anak kepada seorang ibu/bapa mati dengan tragis.

Orang-orang yang kekurangan kasih sayang ini akan kata, padan muka, mak bapak tak pandai jaga anak. Mak bapak sibuk kerja tinggalkan anak-anak dan lagi, dan lagi.

Orang-orang kekurangan kasih sayang ini takkan rasa perasaan bagaimana gua rasa bila malam-malam pandang wajah anak-anak, dan memikirkan masa depan mereka. Hidup lagikah mereka esok?  Membesar elokkah mereka esok? Selamatkah mereka esok?

Orang-orang kekurangan kasih sayang ini tak pernah fikir bahawa dunia ini mungkin tidak selamat untuk anak-anak mereka. Orang-orang kekurangan kasih sayang ini, Tuhan belum anugerahkan perasaan itu kepada mereka... Dan gua percaya, perancangan Tuhan adalah yang terbaik!

p/s:  Sorry gua teremosi sikit. Dalam hati ada taman, beginilah jadinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...